Saturday, 16 June 2012


Jika Anwar Jadi PM, Berapa Kos Ke Luar Negara ?

Sebagai menyambut perang psikologi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amat yakin dapat menawan Putrajaya dan berjaya menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-13, soalan pertama yang perlu rakyat tahu adalah, berapakah kos perbelanjaan yang akan diambil dari tabung negara untuk menampung kos perbelanjaan beliau ke luar negara?.
Pertanyaan ini amat relevan kerana semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid membuat pengakuan berkanun bahawa Anwar Ibrahim telah mengawal 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion.
Daripada RM3 billion itu, bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu berkata Anwar telah mengarahkan membayar USD 1O Million kepada sebuah badan pemikir Asia Pasific Policy Centre (APPC) milik Douglas H. Paal untuk melobi imej Anwar di Amerika Syarikat (AS).

Berikut petikan kenyataan berkanun Abdul Murad tentang badan pelobi APPC :
“Saya mesti membuat pendedahan khas tentang sebuah Pertubuhan Amerika yang dipanggil Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas Pengarah Kanan untuk Hal Ehwal Asia (1989 hingga 1993) Majlis Keselamatan Negara (NSC) Amerika Syarikat. Douglas H. Paal meninggalkan Majlis Keselamatan Negara untuk memulakan APPC pada tahun 1993 yang dibiayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bertanggungjawab untuk mengatur sumbangan sebanyak USD IO Million kepada APPC dan Douglas. H. Paal atas arahan Datuk Seri Anwar”.
“Saya percaya bahawa kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lain juga membuat sumbangan besar kepada APPC dan Douglas H. Paal. Walaupun saya tidak dapat memastikan jumlah sumbangan mereka secara tepat, saya yakin jumlahnya juga mencecah berjuta-juta dolar AS”.
“APPC dan Douglas H. Paal adalah salah satu daripada jentera utama yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan imej beliau di negara-negara Barat, terutamanya di Washington, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain. APPC juga pelobi utama untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan organisasi media antarabangsa”.
“APPC menganjurkan “Dialog Pasifik” iaitu satu persidangan di bawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang pada November 1994. Dialog Pasifik Kedua telah diadakan pada bulan Januari 1996, Dialog Pasifik Ketiga pada bulan November 1996 dan Dialog Pasifik Keempat pada bulan Januari 1998. Sepatutnya akan dibuat Dialog Pasifik Kelima yang dirancang pada bulan Disember 1998 tetapi telah dibatalkan kerana penaung persidangan itu tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Semua persidangan Dialog Pasifik telah diadakan di Malaysia kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sumber utama pembiayaan untuk APPC”.
“Dalam apa yang saya percaya seperti yang dianggap sebagai pengkhianatan kepercayaan orang ramai, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa APPC harus menguruskan rizab BNM sebanyak RM50 Bilion dan dana KWSP sebagai balasan untuk perkhidmatan yang telah diberikan. Alternatif yuran besar sebanyak USD 3 Juta akan dibayar setiap tahun kepada APPC untuk kos menjalankan Pusat di Washington. Nasib baik ini arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk APPC menguruskan dana di atas tidak dapat dikuatkuasakan”.
“Apa yang saya telah saya nyatakan di atas tanpa keraguan membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang bersedia mengorbankan tabung-tabung negara untuk faedah cita-cita politik dengan bantuan elemen-elemen asing”.
“Perkembangan semasa yang sedang berlaku di negara ini yang mengancam ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat untuk melanjutkan cita-cita politik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti yang mencukupi bagi menyokong dakwaan ini”.
Bacaan lanjut, sila klik di sini dan sini
Kenyataan Abdul Murad berkenaan dengan kecenderungan Anwar sujud ke AS terbukti setelah beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, beliau mengambil keputusan untuk berhijrah dan menetap di AS selama dua tahun sebelum kembali semula aktif sepenuh masa dalam politik negara pada tahun 2008.
Ketika menetap di AS, di antara tahun 2005 hingga 2007, Anwar juga sering berulang alik dari Washington ke Kuala Lumpur untuk membantu kempen-kempen parti naungannya, PKR.
Sudah tentu, proses ulang alik itu menelan kos yang tinggi yang mungkin tidak mampu ditampung oleh seorang pensyarah pelawat biasa yang pernah bekerja di AS.
Berikut disertakan beberapa dokumen berkenaan butiran perbelanjaan tiket penerbangan Anwar sekitar tahun 2006 hingga 2007.
Sekiranya Anwar berada di AS, beliau menggunakan agensi pelancongan ‘Dollar Wise Travel’ dan ‘Sultan Travel Inc’ untuk urusan tempahan tiket ke Tokyo, Honolulu, Los Angeles, Washington, New York, Amman dan lain-lain.
Manakala, jika Anwar berada di Malaysia, beliau menggunakan agensi pelancongan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd, Ampang untuk urusan tempahan tiket ke Washington (IAD), Singapura (SIN), Dubai (DXB), Heathrow (LHR), Brussels (BRU), Jeddah (JED), Bangkok (BKK), Vancouver (YVR), Toronto (YYZ), Riyadh (RUH), Itali (MXP), Amsterdam (AMS), Bahrain (BAH), Abu Dhabi (AUH), Istanbul (IST), Amman (AMN), dan lain-lain.
Terdapat satu dokumen yang dikeluarkan oleh Center for Advanced Orthopedics yang mencadangkan Anwar hanya menaiki penerbangan kelas bisnes atau kelas pertama kerana rekod kesihatan sakit tulang belakangnya.
Terdapat dua dokumen lain yang menunjukkan arahan pembayaran daripada Anwar Ibrahim kepada Brenda Martin dari Old Line Bank, sebuah bank yang berpangkalan di Clinton, Maryland, AS.
Anwar menggunakan kepala surat Anwar Ibrahim & Associates yang mengarahkan Brenda membayar melalui akauan Anwar Ibrahim Consulting Associates LLC kepada YHA Travel & Tours (M) Sdn. Bhd di Ampang, Selangor.
Dokumen bertarikh 17 Mei 2007 bernilai $18,000.00 dan dokumen bertarikh 17 Jun 2007 bernilai $14,620.00.
Butiran perbelanjaan ini dilakukan Anwar ketika beliau belum lagi dilantik sebagai Ketua Pembangkang dan Penasihat Ekonomi Selangor.
Selain itu, butir perbelanjaan itu hanya melibatkan kos tiket penerbangan dan tidak termasuk kos penginapan, makan minum dan kos-kos lain yang sudah tentu menelan perbelanjaan yang lebih besar.
Butiran perbelanjaan tiket penerbangan adalah seperti berikut :













No comments:

Post a Comment