AnWar dilantik diplomat jemputan (CFR) untuk rosakkan dunia Islam
Anwar Ibrahim dilantik diplomat jemputan Amerika (CFR) oleh Ambassador Richard Holbrooke (kiri) orang yang memainkan peranan penting dalam dasar luar Amerika. Anwar berceramah di luar negara pada hakikatnya memakai gelaran ini (CFR), tetapi bertopeng sebagai bekas Timbalan Perdana Malaysia.
Oleh : x-pkr
1. AnWar gemar mencuri perhatian di arena antarabangsa. Ini dilakukan agar ‘bara’ populariti beliau tetap hangat. Lagak gayanya bak diplomat tersohor. Ucapan yang disampaikan bak mentera memukau seantero dunia. Terbaru, Anwar berucap di Universiti Chulalongkorn, Bangkok. Sebelum itu beliau berucap di forum ekonomi di Timur Tengah.
2. Sejurus selepas dibebaskan dari penjara, AnWar dilantik sebagai ‘Visiting Diplomat’ di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Amerika Syarikat berpangkalan di New York. AnWar dilantik oleh Ambassador Richard Holbrooke, diplomat tersohor Amerika. Amb. Richard Holbrooke memainkan peranan penting dalam dasar luar Amerika. Pernah menjadi wakil Presiden Amerika dalam rundingan damai Asia Barat yang tiada kesudahan hingga sekarang.
3. Amb. Richard Holbrooke adalah ‘tangan ghaib’ yang membunuh umat Islam Bosnia. Bekas Presiden Serbia, Radovan Karadzic sewaktu didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Belanda menyatakan beliau bertindak menyembelih umat Islam Bosnia kerana mendapat jaminan keselamatan dari Amb. Richard Holbrooke. Diplomat ini memberi jaminan Karadzic akan dilindungi oleh Amerika. Jaminan Karadzic akan dilindungi diberi Amb. Richard Holbrooke atas kapasiti wakil Presiden Amerika bagi menyelesaikan konflik Serbia-Bosnia.
4. AnWar berkawan rapat dengan Amb. Richard Holbrooke dari usia mereka remaja. Diplomat ini juga pernah berkhidmat di Vietnam. Bukan calang-calang diplomat yang dihantar ke Vietnam bagi menerapkan doktrin Amerika di sana. Pelantikan AnWar sebagai ‘Visiting Diplomat’ hanya formaliti bagi AnWar menerima imbuhan bulanan dari institut ini. Sahihnya ribuan dolar sebulan. Berapa? Kita sekadar boleh mengandaikan saja….
5. Pastinya AnWar seorang yang istimewa dari kacamata Amb. Richard Holbrooke. Diwujudkan jawatan sebegitu hanya untuk AnWar, diberi imbuhan begitu banyak tanpa perlu memasuki pejabat. Tugas AnWar hanya menterjemah islam & keamanan mengikut doktrin Barat. Anwar sendiri mengakui beliau kerap keluar negara menjalankan misi damai Asia Barat. Di sebalik tabir, Amb. Richard Holbrooke mengawal AnWar. AnWar telah terjebak terlalu jauh dengan musuh-musuh islam ini….
6. Sebagai seorang diplomat yang tidak kita iktiraf, pastinya AnWar cukup sibuk. Sibuk melayani pelawat-pelawat di hotel penginapan pada siang hari. Manakala waktu malam pula digunakan sebagai persediaan menelaah teks ucapan yang akan diguna esok hari. Cuma saya kasihan akan AnWar, dalam kekalutan jadual beliau di luar negara, agak-agaknya siapakah yang ‘membancuh kopi’ untuk beliau…………
No comments:
Post a Comment