Mukhriz : Pendedahan Abdul Razak Disuruh Anwar Buat SD Amat Mengejutkan..
AIDCNews – 22/06/12 – “Ini satu pendedahan yang amat mengejutkan,” kata Dato’ Mukhriz Mahathir ketika diminta mengulas pendedahan seorang bekas pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris yang mendakwa beliau disuruh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2003 untuk membuat Akuan Bersumpah (SD) membersihkan nama bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
“Sekali lagi membuktikan kepada kita bahawa apa yang telah dikatakan oleh ayah saya sendiri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia telah menggunakan kuasanya untuk memaksa agensi kerajaan seperti polis dan kali ini BPR pula untuk menyembunyikan dan memesungkan fakta-fakta tertentu.
“Selalunya apa yang dia sendiri (Anwar) tuduh terhadap kerajaan itu..adalah perkara yang dia sendiri lakukan..saya harap sekiranya benar, (maka) satu siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan oleh pihak-pihak berwajib..mungkin SPRM atau polis untuk mengenal pasti kebenaran di sebalik kenyataan tersebut,”katanya di lobi parlimen, 21 Jun.
Sementara itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong ketika diminta mengulas isu yang sama berkata, tindakan Anwar memaksa Abdul Razak membuat akuan bersumpah tersebut adalah kesalahan yang berat di sisi undang-undang.
“Orang yang buat SD itu (Abdul Razak) telah menyatakan dia dipaksa..jadi ini adalah satu kesalahan..lebih baik pihak polis siasat perkara ini kerana dalam (membuat) SD mesti dibuat dengan sukarela.
“Kalaulah ada satu paksaan..ini adalah satu kesalahan yang amat berat,”katanya yang juga merupakan seoarang pengamal undang-undang.
Choo Keong yang merupakan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mencadangkan kepada Abdul Razak Idris untuk membuat laporan polis.
“Kalau dipaksa bermakna SD ini bukan SD beliau..jadi ini SD palsu..jadi saya rasa perlu buat laporan polis dengan segera supaya pihak polis boleh menyiasat perkara ini dan kalau perlu ambil tindakan yang sewajarnya,”katanya
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula berkata, beliau tidak hairan dengan pendedahan itu kerana hakikatnya banyak isu membabitkan Anwar mengugut dan memaksa pegawai kerajaan telah didedahkan.
“Bagi saya, perkara ini tidak menghairankan sebab bukan isu ini sahaja (malah) banyak lagi isu lain semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dimakna dia paksa, ugut dan kejut pegawai-pegawai kerajaan.
“Bila isu ini keluar..kes Razak Idris ini..pegawai penyiasat..saya pun kenal dia..Saya pun telah bersembang dengan beliau (Razak)..sebab itu kita yakin apa yang dikata oleh Razak (benar)..
“Anwar memang buat kerja itu (paksa orang lain)..”katanya.
Menurutnya memang sikap Anwar adalah suka memaksa orang lain untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi matlamat peribadinya, contohnya dalam isu kapal selam Scopene dan Altantunya yang sengaja ditimbulkan oleh SUARAM walaupun tanpa sebarang bukti kukuh.
“Saya rasa Anwar kena fikir semula..jangan sombong dan angkuh..sudah banyak bukti baru yang timbul berhubung salah lakunya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri,” jelasnya.
Bekas Pengarah Siasatan BPR : Anwar Suruh Buat Akuan Bersumpah !

No comments:
Post a Comment