KEBEBASAN
BERAGAMA
Kebebasan
beragama, kebebasan bersuara, bergerak dan berhimpun adalah idea-idea yang
terhasil dari perjuangan liberal, dan semua unsur-unsur ini terdapat dalam perlembagaan
kesemua negara-negara moden.
Anwar Ibrahim ada menyatakan berhubung peranan Islam dalam negara seperti
Malaysia. Beliau berkata bahawa, "Dalam mengurus sebuah negara majmuk dan kosmopolitan dimana Islam adalah agama persekutuan maka kita memerlukan tafsiran Islam yang tinggi dan mendalam, tafsiran yang merujuk kepada sejarah dan pengalaman kerohanian yang kaya dan intelektual yang segar, Islam yang majmuk, luas, kosmopolitan, rasional dan toleran. Tafsiran ahli-ahli falsafah seperti Ibn Rushd yang menegaskan keharmonian antara wahyu dengan akal dan tafsiran mistik seperti Jalaluddin Rumi dan Muhyiddin Ibn Arabi sungguh relevan hari ini dalam berdepan dengan masyarat kepelbagaian agama dan kaum."
Dapatlah disimpulkan dari sumber di atas bahawa Anwar Ibrahim dan pendukung-pendukung beliau memiliki aspirasi serta membawa idea-idea Wacana Kebebasan yang dipelupuri oleh John Locke (1632M-1704M) yang juga digelar sebagai Bapa Falsafah Kebebasan (Liberation) dan Pencerahan (Enlightenment) Eropah Moden di akhir-akhir Zaman Pertengahan Eropah.
Menurut Locke konsep liberalisime bermaksud mewujudkan Negara Liberal, iaitu pembahagian di antara hak individu dan hak pemerintah. Hak individu adalah hak kebebasan dan hak asasi. Manakala hak pemerintahan pula hak pembahagian kekuasaan antara Legislatif, Eksekutif dan Federatif. Perjanjian antara hak individu dan pemerintah ini dikenali sebagai Kontrak Sosial.
Selain Locke, tokoh-tokoh yang mendokong fahaman liberalisme ini adalah David Hume, Jean-Jacques Rousseau, Adam Smith, Thomas Paine, Benjamine Constant, James Madison, John Stuart Mill, Thomas Hobbes, Immanuel Kant, John Rawls dan lain-lain.
Konsep Liberalisme ini turut dipanjangkan kepada konsep agama iaitu Liberalisme agama yang sekarang ini lebih dikenali sebagai Pluralisme Agama (persamaan antara agama).
Anwar berkata,
"Muslim Liberal-Demokrat". Sebagai menghuraikan maksud
"Muslim Liberal-Demokrat" itu, beliau memberi contoh, jika seseorang
itu berhasrat untuk minum arak, beliau tidak menghalangnya, kerana itu adalah
hak kebebasan asasinya untuk minum arak. Tetapi beliau tidak minum arak dan
orang lain tidak boleh memaksanya untuk minum arak. Orang lain kena menghormati
hak asasinya (tidak minum arak) sebagaimana beliau menghormati hak asasi orang
lain untuk minum arak.
Manakala untuk soalan kedua, sekiranya jadi PM, beliau tidak menjawab sama ada mengalang atau memberi kebebasan kepada golongan homoseksual tetapi berkias dengan berkata, bukan tugasnya untuk 'menceroboh' hak asasi individu. Beliau tidak berhasrat untuk menyelongkar setiap isi rumah, memukul mereka (homoseksual) dan memaksa mereka mengaku sebagai homoseks.
Pada tahun-tahun 1990-an, IKD menumpukan kepada Projek Amerika yang dinamakan "Projek Dailog Pasifik " melalui kerjasama dengan Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Beberapa orang tokoh ternama kerajaan Amerika sering berulang alik ke Malaysia untuk mengikuti perkembangan lanjut projek itu, antaranya Wiliam Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika) dan Madeline AlBright (Setiausaha Negara). Kedua-duanya adalah tokoh Yahudi yang terkenal dalam pemerintahan Presiden Amerika, Bill Clinton.
Mohamad Sabu dalam pentas-pentas ceramah PAS pada tahun 1998, mengelarkan Anwar pelopor "Islam Amerika" kerana kesungguhannya menganjurkan "Projek Dailog Pasifik" dan keterlibatannya secara serius dalam The International Institute of Islamic Thought (IIIT), sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh Anwar dan almarhum Ismail Al Faruqi di Amerika Syarikat.
Selepas Anwar dipecat UMNO 1998, Kamaruddin Jaafar telah meninggalkan IKD dan menyertai PAS. IKD kemudiannya diterajui pula oleh bekas Setiausaha Akhbar Anwar iaitu Khalid Jaafar.(bekas aktivis PKPIM)
Walaupun Anwar tidak lagi menjadi TPM, namun badan Nasrani Jerman, KAF masih lagi meneruskan penajaan kepada IKD. Bermula tahun 2001 hingga sekarang, IKD dan KAF menumpukan kepada "Projek Islam Tanwiri", iaitu satu projek mengagaskan Pluralisme Agama di Malaysia.
IKD dan KAF menerbitkan buku-buku Islam yang diharamkan antaranya buku 'Islam Dan Dasar Pemerintahan', diterbitkan semula pada tahun 2004, hasil karya Ali Abdul Raziq yang pernah diharamkan di Mesir.
Penulis buku itu Ali Abdul Raziq dilucutkan ijazah oleh Majlis Ulama Mesir dan menfatwa penulis dan bukunya sebagai sesat. Di dalam buku itu Ali Raziq merumuskan bahawa Al Quran dan Al-Hadith tidak pernah menganjurkan untuk membina sebuah Negara Islam (daulah Islamiah).
Mustaqeem Mahmood Radhi, salah seorang panel IKD dan bekas kolumnis Suara Keadilan (Akhbar tabloid Parti Keadilan) pula giat menerbitkan buku-buku pluralisme agama. Antaranya bertajuk 'Islam dan Pluralisme' yang ditulis oleh Mustaqeem sendiri. Beliau merupakan bekas pelajar lulusan Jordan dan pemilik syarikat Middle Eastern Graduate Center (MEGC).
Mustaqeem dan syarikatnya MEGC juga ditaja sepenuhnya oleh KAF. Buku ini turut diharamkan oleh KDN, atas nasihat JAKIM kerana bercanggah dengan Islam. Tetapi Anwar Ibrahim mengkritik keputusan KDN dan JAKIM mengharamkan buku-buku 'pluralisme' itu dan menuduh agensi itu sebagai bebal serta buta ilmu.
Kemudiannya IKD, KAF dan Bar Council telah menaja Interfaith Council (IFC) yang menjadi isu hangat kerana berusaha untuk mengikis kedudukan Islam di Malaysia.

PAS yang bersama PKR tidak berani menyanggah kerana terlalu hormat dan takut kepada PKR kerana jiwa Islam dalam barisan PAS sudah lumpuh dan mereka tidak berupaya menyatakan kebenaran Islam.
Sebaliknya dengan melihat PKR yang dipimpin oleh ketua Umumnya Anwar Ibrahim, mengambil sikap jalan tengah seperti menyamakan semua agama ataupun menyatakan bahawa semua agama adalah benar tentulah amat berbahaya.
“ Sesungguhnya orang-orang mu’min, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati”.(QS.Al-Baqarah(2):62).
Ayat inilah yang sering dijadikan pegangan bagi pengamal kaum Islam liebralisme/Pluralisme dan dijadikan hujah bahawa semua agama adalah sama dan benar disisi Allah SWT. Padahal yang dimaksud ayat diatas adalah orang-orang Yahudi, Nasrani dan Shabiin yang mengimani seluruh rasul dan kitab termasuk Muhammad SAW dan Al-Quranul Karim. Atau bagi mereka yang hidup pada zaman sebelum Islam datang, tidak merubah-rubah kitab mereka yaitu Taurat diberi kepada Musa AS dan Injil yang diberii kepada Isa AS.
Oleh itu ingatlah peringatan Allah ini:
“ Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka
sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di
akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.(QS.Ali Imran(3):85).
Hal
ini boleh membawa petaka sangat buruk kerana pada akhirnya orang-orang seperti
ini cenderung kepada kepercayaan yang salah melalui ajaran baru Islam
Liberal/Plural tanpa merasakan kewajipan untuk melaksanakan kewajiban / syariat
sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah saw.
“Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat……….”.(QS.Al-Baqarah(2):110)
“……Sesungguhnya solat itu adalah kewajiban yang
ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.(QS.An-Nisaa(4):103).
“Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak
menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari
akhirat termasuk orang-orang rugi.(QS.Al-Maidah(5):5).
“Dan
barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan
bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat
kemenangan”.(QS.An-Nuur(24):52).
Dari
Abu Hurairah ra, Rasululah bersabda:“Bangsa Yahudi telah berpecah menjadi 71 golongan, kaum Nasrani telah terpecah menjadi 72 golongan, dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk neraka, kecuali satu”. Kemudian para sahabat pun bertanya: “Siapa mereka ya Rasulullah?”. Rasullah menjawab: “Mereka yang mengikutiku dan sahabat-sahabatku”.
No comments:
Post a Comment