PAS di Kelantan bakal menerima bencana
Ini Ceramah Hasan Ali ketika ceramah 12 Mei 2012
Ramai pemimpin PAS masih berpendapat Kelantan adalah paksi kekuatan parti PAS, Rakyatnya sanggup sehidup semati kekal bersama perjuangan PAS dan kebangkitan semula pengaruh UMNO serta pemimpinnya n tidak akan mampu menggugat keteguhan sokongan rakyat Kelantan kepada kepimpinan Nik Aziz selaku pemimpin tersohor.
Ini Ceramah Hasan Ali ketika ceramah 12 Mei 2012
Begitulah keangkuhan para pemimpin PAS yang saban hari aktif dengan dakyah mendoktrinkan masyarakat Islam melalui ceramah politik siang malam untuk membawa pandangan serba keliru. Namun keegoaan manusia ada hadnya walaupun ceramah politik berulang-kali diadakan tanpa henti. Namun cerita yang dibawa adalah cerita basi yang hakikatnya berbaur fitnah dan prasangka buruk menjatuhkan saudara seumat yang dinafikan keisalamanya melalui "Amanat Hadi" dan disahkan oleh Nik Abdul Aziz.
Sesungguhnya Allah SWT tidak akan meredai mereka yang angkuh dan takbur. Sebab sifat takbur itulah menyebabkan Iblis yang sebelum itu menjadi penghulu para malaikat terkeluar dari syurga dan dilaknat Allah. Namun pengajaran yang diceritakan oleh Allah SWT di dalam Quran tidak pula diambil iktibar oileh pemimpin PAS yang bodoh sombong kerana kemakbukan kuasa untuk menjana kekuatan di arena politik melalui pendekatan yang bukan menurut al-Quran dan Assunah.
Kebuurukan yang dtampilakn oleh pemimpin PAS bukan sahaja disanggah oleh masyarakat Islam dan musuh tradisinya UMNO tetapi para alim ulama pun turut mempertikaikan pendekatan pemimpin PAS membawa partinya ke jalan yang diredai Allah.
Malah PAS sudahpun berubah 360 darjah dari "Membangun Bersama Islam" kepada " Negara Berkebajikan" dan "PAS Untuk Semua". Maka tidak hairanlah PAS kian merudum dan hilang keperkasaan bila mana bersengkokol dengan parti kafir harbi (DAP) dan berjuang bersama parti beraliran liberalme dan pluralisme (PKR).
Tambah membingitkan lagi bila PAS sanggup mengeluarkan pelbagai fatwa yang jelas bertentangan dengan Aghli Sunnah Waljamaah dan kedangkalan PAS bila sanggup mendoakan umat Islam yang bukan ahli atau penyokong PAS dengan keburukan.
Ini Ceramah Hasan Ali ketika ceramah 12 Mei 2012
Kongkongan PAS ke atas umnat Islam khususnya di Kelantan bakal berakhir dan ada penamatnya. Pemimpin PAS lupa bahawa sebarang tindakan yang tidak diredai Allah SWT bakal berhadapan dengan bala bencana dan PAS lupa kepada kekuasaan Allah SWT yang menentukan segala-galanya di dunia ini.
Walaupun masyarakat Islam dikongkong dengan janji syurga dan amaran balasan neraka, pemimpin lupa bahawa semuanya itu adalah hak Allah SWT. Umat Islam kini bukan boleh diperbodohkan dengan kenyataan yang tidak berasas bila dikatakan PAS itu parti Islam, Undi PAS masuk Syurga dan lain-lain
Dua peristiwa berikut yang berlaku hanya dalam jangka waktu lebih sebulan sahaja adalah perbandingan a membuktikan tak selamanya PAS berupaya mengongkong pemikiran rakyat Kelantan khususnya penyokong mereka sendiri.
Pada 12 Mei 2012 lepas bertempat di Pasir Puteh Kelantan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali dalam siri jelajah roadshownya berjaya menarik perhatian lebih 3,000 orang hadirin yang turut dihadiri oleh ramai penyokong dan ahli PAS Pasir Puteh.
Sekalipun banner dan poster pemberitahuan majlis banyak yang ghaib tiba-tiba dua tiga hari sebelum majlis berlangsung, namun majlis tetap berjalan dengan jayanya.
Berbeza sekali dengan majlis ceramah yang di hadiri Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang suatu ketika dulu biasanya mampu menggamit perhatian tidak kurang empat lima ribu pendengar pada satu-satu majlis, namun akhir-akhir ini penampilan Mat Sabu dan ramai pemimpin PAS semakin suram sambutannya dari kalangan rakyat Kelantan.
Misalnya pada 29 Mac 2012 lepas, Mat Sabu dan beberapa pemimpin Pas Pasir Puteh telah mengadakan ceramah perdana di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh namun kehadirannya agak mendukacitakan. Kehadiran pendengar boleh dikira dengan jari hanya 30 orang saja yang hadir.
Mat Sabu dalam siri ceramah pada kerusi di pasir puteh 29 mac 2012
Agak jarang sebenarnya kehadiran khalayak di majlis ceramah PAS Kelantan kurang daripada seratus orang, kecuali di negeri-negeri kubu kuat UMNO sahaja pernah berlaku sedemikian.
Malah di saat Nik Aziz sedang melalui zaman gelapnya sekarang inipun masih lagi dapat tarik perhatian sekurang-kurangnya 5,000 pendengar berbanding minima lebih 10,000 orang tiap kali berceramah sebelum ini, tapi Mat Sabu dah berjaya memecahkan rekod sebagai pemimpin kanan PAS yang pertama terpaksa berceramah di hadapan 30 orang sahaja pendengar. Malu… Malu..
Jauh bezanya antara 3,000 dengan 30 orang. Satu malapetaka besar untuk PAS Kelantan di saat-saat menjelangnya pilihanraya umum ke 13. Ini semua tanda-tanda pengaruh PAS kian merudum dan bakal berhadapan cabaran paling gentir dalam sejarah pilihanraya di Kelantan.
Kerusi yang setia ketika Mat Sabu ceramah di Pasir puteh Kelantan pada 29 Mac 2012
Satu dua perkara yang perlu kita sedari, tanda-tanda kemerosotan sokongan rakyat kepada PAS Kelantan semakin ketara semenjak kemenangan nyawa-nyawa ikan PAS dalam PRK Manek Urai beberapa tahun lalu diikuti dengan gelombang merah di PRK Galas yang menyaksikan PAS jatuh terbungkam kira-kira lebih setahun setengah yang lepas.
Dan apa yang terjadi pada majlis penerangan PAS di Pasir Puteh Kelantan pada Mac lepas hanyalah lanjutan kepada proses kemerosotan yang sedang dialami oleh PAS Kelantan tika ini. Jika ia berterusan tentu saja akan bertukar menjadi malapetaka untuk PAS dan Nik Aziz.
Tidak mustahil dalam PRU akan datang, keputusan pilihanraya umum yang selama ini memihak kepada PAS Kelantan mungkin akan berubah. Kalaupun PAS masih kekal memerintah barangkali ia hanya mengulangi peristiwa gentir 2004 yang menyaksikan kerajaan PAS Kelantan memerintah negeri dalam keadaan nyawa dihujung tanduk.
No comments:
Post a Comment