Anwar Dah Terdesak Dalam Isu RM3 Bilion Bila Tun Mahathir Dikaitkan Sama
Anwar dalam ucapannya di Setiawangsa semalam berkata, Tun Mahathir tidak akan melepaskannya hidup-hidup sekiranya wujud kes dia menyeleweng RM3 bilion seperti yang sedang heboh diperkatakan sekarang. Lebih menarik lagi apabila dia berkata, walaupun TIDAK ADA KES, dia telah dipukul dan dibelasah dahulu.
TIDAK ADA KES tang mana agaknya yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim?
Adakah yang dimaksudkannya, LIWAT AZIZAN atau rasuah penyalahgunaan kuasa yang mengarahkan polis bertindak menutup kes liwatnya dengan menggertak dan mengancam mangsa serta saksi?
Kalau itulah yang dikatakan tidak ada kes, bagaimana pula tiga orang Hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara, Anwar Ibrahim memang melakukan dan mengamalkan hubungan homoseksual? Takkanlah ketiga-tiga orang hakim berkenaan telah dibayar oleh Mahathir untuk mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi pada masa yang sama melepaskan Anwar Ibrahim atas kesilapan teknikal iaitu tarikh dan nombor premis?
Kalaulah kerana rasuah penyelewengan kuasa tidak ada kes kepada Anwar Ibrahim, mustahil saksi-saksi keterangan termasuklah Musa Hasan boleh memberikan perincian yang sungguh tepat bagaimana Anwar Ibrahim menyalahgunakan kuasanya untuk menekan pihak polis dan Bukit Aman agar saksi-saksi kes liwat Azizan Abu Bakar diancam dan diugut? Kalau tidak ada kes, bagaimana boleh muncul kes liwat yang asalnya Anwar memaksa Cawangan Khas untuk membereskannya tetapi kemudian berjaya dialihkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah yang kemudian, menjadikan kes liwat sebagai satu kes perbicaraan di mahkamah walaupun tidak dikehendaki oleh Anwar Ibrahim dan kemudiannya Anwar didapati bersalah berdasarkan bukti-bukti yang dibentangkan pada waktu itu?
Musa Jawab Kes Anwar 1998
Agak hairan, manusia seperti Anwar Ibrahim boleh berbohong hidup-hidup. Ada kes, boleh dikatakan dan diceritakan yang dia tidak ada kes, tetapi telah dibelasah dan dipenjarakan… apa jenis manusia Anwar Ibrahim ini.
Sesuatu yang sangat jelas apabila Anwar Ibrahim mengaitkan Tun Dr. Mahathir dalam perjalanannya untuk menyelamatkan batang tengkuknya ialah, kononnya tidak ada kes membuatkan Tun Dr. Mahathir melepaskannya.
Bagaimanakah Anwar boleh menggunakan situasi itu untuk menggambarkan yang RM3 bilion tidak boleh dikaitkan dengan dirinya? Dari tahun 1981 sehingga 1997, Dr. Mahathir telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar Ibrahim. Bahkan, bukan Dr. Mahathir sahaja, yang turut tertipu termasuklah teman-teman rapat ABIMnya seperti Allahyarham Fadhil Nor.
Yang membangkitkan kisah Anwar adalah seorang pengamal homoseksual bukannya Tun Dr. Mahathir, tetapi PAS dan DAP. Yang mendedahkan tentang perihal penyelewengan serta skandal rasuah politiknya, bukannya UMNO dan Mahathir, tetapi PAS dan DAP bertahun-tahun sebelum dia didapati bersalah oleh mahkamah kerana rasuah salahguna kuasa dan liwat pada tahun 1998. Dan yang menggelarkan Mahathir sebagai Perdana Menteri Buta Perut kerana melantik seorang perasuah dan pengamal homoseksual bernama Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, adalah para pemimpin PAS yang berceramah saban malam.
Rujukan tentang segala macam tuduhan terhadap Anwar oleh PAS boleh anda perolehi dari arkib-arkib sesawang seperti DI SINI.
Anwar Ibrahim dalam ceramahnya menyebut tentang Abdul Razak Idris yang akuan bersumpahnya telah digunakan untuk membersihkan namanya. Namun bekas Pengarah BPR itu dalam kenyataan terbarunya, dia telah DIPAKSA oleh Anwar Ibrahim untuk membuat akuan bersumpah itu. Dan ianya kelihatan bersesuaian dengan kenyataan peguambela Anwar bahawa akuan bersumpah yang pertama terpakai kerana jikalau diubah Abdul Razak Idris boleh dikenakan tuduhan menipu.
Seandainya sudah wujud keterangan bercanggah dalam akuan bersumpah yang asal dengan kenyataan susulan, bermakna satu siasatan yang baru perlu dilakukan. Adakah itu yang ditakuti oleh Anwar Ibrahim sehingga memaksa dia melatah sebegitu rupa?
Sumber: Selangor Daily Com.
No comments:
Post a Comment