Pakar Nuklear PAS ‘Tembak’ Pembangkang Dalam Isu Lynas
Published by AIDC on June 19, 2012 |Dewan Rakyat kembali digegarkan apabila Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat, Selangor, Dr Rosli Che Mat yang merupakan seorang pakar nuklear bangkit mencelah di tengah perbahasan yang ditafsirkan ‘menembak’ rakan-rakan sendiri dalam pembangkang yang sering memanipulasikan fakta tentang Lynas.
“Saya sebagai saintis nuklear memang tetap mempertahankan bahawa dari segi radiasi memang rendah,” katanya ringkas
Dr Rosli yang ditemui wartawan Agendadaily di luar Dewan tetap menegaskan pendapatnya tentang tahap radiasi projek Lynas adalah rendah kerana beliau sendiri yang terlibat mengukurnya.
“Dari segi radiasi memang saya tahu sebab saya sendiri ukur. Yang lain-lain saya tak tahu biar pakar lain yang cakap.,” ujarnya.
Beliau turut berpuashati dengan laporan oleh jawatankuasa berkenaan kerana mengutip masalah-masalah masyarkat sekitar.
“Memang betul, saya setuju. Tapi banyak lagi data-data perlu diberikan tumpuan untuk pastikan Lynas benar-benar selamat,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment