Saturday, 9 June 2012


Siapa Dalang Bangkit Isu Kapal Selam ?

AIDCNews – 06/06/12 – Walaupun tiada bukti, namun isu kapal selam, sentiasa dibangkitkan dengan harapan untuk menyelamatkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim yang popularitinya kian merudum dan dalam masa sama, berusaha mahu merosakkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Siapakah dalang yang sentiasa membangkitkan tuduhan tanpa bukti ini ?



Salah seorangnya adalah Cynthia Gabriel, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Dalam satu fail sulit yang ditemui di pejabat PKR, nama Cynthia Gabriel ditemui dalam satu kertas kerja bertajuk “The Institute For Democracy And Reform (INDEFOR)” yang dipercayai disediakan oleh pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam tulisan tangan di muka hadapan kertas kerja ditulis NED, yang merujuk kepada sebuah yayasan dana yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), ‘National Endowment For Democracy‘.

NED menurut penggubal undang-undangnya, Allen Weinstein diasas pada tahun 1983 sebagai topeng CIA beroperasi ‘menawan’ dunia yang berselindung di sebalik bantuan dana untuk projek ‘demokrasi’.

Dalam kertas kerja INDEFOR itu, Cynthia Gabriel diperkenalkan sebagai pemerhati antarabangsa yang mewakili NDI (National Democratic Institute) dalam pemilihan demokrasi pertama selepas kejatuhan Presiden Indonesia, Suharto.

NDI adalah yayasan dana yang berpangkalan di AS yang merupakan salah satu cabang daripada NED.
Seperti diakui oleh S Ambiga dan Maria Chin Abdullah, NDI ini juga yang menaja BERSIH.

Selain diperkenalkan sebagai Pengarah Ekskutif SUARAM, Gabriel juga pernah dipilih sebagai salah seorang ahli dalam International Federation for Human Rights (FIDH), sebuah NGO hak asasi yang berpangkalan di Paris dan dilantik menjadi Setiausaha Umum untuk NGO itu di kawasan Asia.



Gabriel juga pengasas FORUM ASIA (Asia Forum for Human Rights and Developments) yang berpangkalan di Bangkok.

Selain dari Gabriel, kertas kerja INDEFOR turut menyenaraikan tiga lagi nama yang sealiran dengannya. Mereka adalah Azizuddin Ahmad, Ibrahim Suffian dan Sonia Randhawa.

No comments:

Post a Comment