Perdana Menteri Pula Dikatakan Gila Kerana Selangor Gagal Bagi Pendidikan Percuma!
Ternyata, apa yang dilakukan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Khaled Nordin dalam usaha hendak mengajar Rafizi Ramli agar tidak meroyan lebih, membuahkan hasil yang cukup menyenangkan.
Isu PTPTN masih lagi menjadi onak dan duri dalam hati para pemimpin Pakatan Rakyat manakala juak-juak dan para pecacai Pakatan yang lain, cuba memutarbelitkan kenyataan dan menyalahkan pentadbiran negara kerana kegagalan Kerajaan Negeri Selangor menyediakan pendidikan percuma sepertimana yang mereka laung-laungkan selama ini.
Alasan paling mudah yang mampu diberikan oleh Pakatan Rakyat, khususnya para pemimpin PKR dalam hal ini ialah, PENDIDIKAN PERCUMA HANYA DIBERIKAN JIKALAU PAKATAN BERJAYA MEMERINTAH PUTRAJAYA.
Terlalu berkhayal jauh selain penyakit kuat berjanji merupakan penyakit terhebat Pakatan Rakyat di Selangor dan seluruh Malaysia. Keterujaan mereka untuk mengekalkan kuasa di Selangor selain merampas Putrajaya dari tangan UMNO-BN membuatkan mereka tidak berfikir panjang tentang janji-janji yang telah ditaburkan.
Apabila Pakatan Rakyat menaja soldadu-soldadu mereka untuk menentang PTPTN, para pemimpin Pakatan Rakyat menyatakan mereka mampu memberikan dan menyediakan pendidikan secara percuma kepada rakyat di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Kegilaan untuk menghapuskan PTPTN sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan peruntukan besar kepada kumpulan OCCUPY DATARAN yang kemudian bergabung dengan BERSIH 3.0 melakukan onar dan kekacauan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Apabila PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar baru UNISEL, terjerit-terlolonglah para pemimpin Pakatan Rakyat. Kata mereka, Perdana Menteri Malaysia sudah gila kerana sanggup membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar UNISEL.
Anehnya, para pemimpin Pakatan itu tidak pula menyatakan kegilaan itu sebenarnya patut dituju kepada diri sendiri. Bagaimana tidak dikatakan gila kalau mereka yang berjanji, tetapi kemudian apabila pembekuan benar-benar dilakukan, mereka sibuk pula menyalahkan Kerajaan Pusat.
UNISEL adalah milik kerajaan negeri. Justeru, segala tanggungjawab terhadap UNISEL terletak sepenuhnya di bahu Kerajaan Negeri Selangor. PTPTN merupakan sebuah agensi yang memudahkan pinjaman. Sama fungsinya dengan bank-bank saudagar yang lain. Kalau sudah PTPTN tidak mahu memberikan pinjaman kepada UNISEL, seharusnya Kerajaan Negeri Selangor yang membiayai pendidikan di UNISEL.
Malangnya ia tidak jadi sepertimana yang dilaung-laungkan sendiri oleh Pakatan Rakyat. Sebaliknya yang mereka bisingkan ialah Perdana Menteri sudah gila kerana tidak membenarkan PTPTN memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar UNISEL. Dan apabila sudah terdesak sangat, Pakatan Rakyat keluar dengan solusi baru iaitu JUAL TANAH yang mana ramai percaya, penjualan tersebut telah pun dilakukan lebih awal dan sekatan PTPTN sekadar satu alasan untuk Khalid Ibrahim meluahkan rahsia berkenaan kepada umum.
Kini masalah PTPTN di UNISEL telah selesai. Yang tidak selesai dan baru berbangkit ialah pembayaran balik PTPTN daripada para pelajar UNISEL begitu menurun. Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, khususnya PKR masih lagi memekak dengan janji-janji kosong untuk memberikan pendidikan secara percuma sekiranya mereka berjaya menguasai Putrajaya. Perdana Menteri masih lagi dikatakan gila kerana PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar UNISEL.
Sememangnya yang gila adalah para pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka yang membuat janji. Apabila peluang untuk mereka menunaikan janji yang ditabur dalam skala yang lebih kecil, mereka gagal. Malangnya mereka tidak memperbaiki keadaan tersebut, sebaliknya menyalahkan pihak lain di atas kegagalan yang mereka sendiri ciptakan.
Kalau sebegitulah kerenah dan tindak tanduk Pakatan Rakyat, tidak mustahil sekiranya mereka berjaya menguasai Putrajaya pada PRU13 nanti, bukan sahaja harta benda negara mereka gadaikan dan songlap sebaliknya rakyat Malaysia akan terus dihidangkan dengan pelbagai janji-janji kosong. Dan apabila mereka terdesak, segala tudingan dan kesalahan akan dilepaskan kepada BEKAS PERDANA MENTERI dan KERAJAAN SEBELUM INI.
Sumber: Selangor Daily Com
No comments:
Post a Comment