Saturday 16 June 2012


Bara Islam, Melayu dan Raja

124, itu jumlah ceramah yang telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Hasan Ali setakat malam Selasa lalu dalam siri jelajahnya bertemu dengan kelompok masyarakat untuk membawa mesej perpaduan umat Islam dan Melayu.

Jumlah ceramah itu tentu sahaja akan terus meningkat. Ini selari dengan peningkatan dukungan dan sokongan daripada masyarakat terhadap perjuangan beliau memartabatkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) sejak dipecat daripada Pas dan sebagai Exco kanan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Januari lalu.

Ceramah Hasan yang ke-124 itu di kawasan elit Melayu di Bukit Jelutong, Shah Alam boleh dikategorikan sebagai unik. Ceramah bekas Pesuruhjaya Pas Selangor kali ini hanya diadakan di tepi pekarangan sebuah restoran. Kualiti pembesar suara pun ala kadar sahaja.

Ruang ceramah tidak luas, tidak lebih 200 buah kerusi disediakan. Selain hari bekerja, malam itu ada perlawanan bola sepak dinanti-nanti Malaysia menentang Singapura di Stadium Shah Alam, tidak jauh daripada kawasan perumahan ini.

Tetapi ramai orang tetap memenuhi kawasan itu. Hasan dijemput khusus oleh pemilik restoran ini. Hasan seperti selalu sentiasa bijak menarik perhatian khalayak. Beliau ikut bersorak semasa sekumpulan anak muda yang mengikuti siaran langsung perkawanan persahabatan Malaysia-Singapura itu berteriak gol dari dalam restoran.

Suasana di Bukit Jelutong ini tentu jauh berbeza daripada ceramah beliau yang ke-123 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, Tanah Merah pada malam sebelumnya. Lebih 20,000 orang hadir.

Hasan sendiri menyatakan rasa bangga dengan kehadiran sebegitu ramai penduduk Kelantan pada siri jelajah beliau itu. Beliau turut memuji orang Kelantan yang begitu mementingkan pendidikan anak-anak yang mampu menjadi tangkal untuk menangkis kemungkaran selain bekal mencapai kejayaan.

Isi ceramah bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu selalu berkisar hal itu - kemungkaran dan kejayaan. Di satu sisi beliau menceritakan kisah kemungkaran termasuk daripada pengalamannya sendiri semasa berada dalam pentadbiran kerajaan negeri dan kepimpinan tertinggi Pas.
Di sisi lain beliau memandu khalayak supaya sentiasa menjaga dan mendaulatkan Islam, Melayu dan Raja. Tiga elemen itu yang menjadi asas perjuangannya telah menjadi antara tarikan orang ramai terhadap siri ceramahnya.
Tetapi sebenarnya ada satu yang luar biasa dalam diri Hasan yang menjadi tarikan kepada umum. Beliau kelihatan dan terlihat ikhlas. Politikus ini bukan sembang kosong tetapi berpegang kepada prinsip - sama ada semasa di dalam atau di luar pentadbiran kerajaan.

Terpelanting

Beliau juga tidak pernah dikaitkan dengan sebarang salah guna kuasa dan skandal. Cuma nasib beliau yang teguh memperjuangkan Islam, Melayu dan raja mendapat tentangan bukan kepalang daripada kepimpinan partinya sehingga dirinya sendiri terpelanting daripada kekuasaan.

Selama hampir sejam ceramahnya, beliau tidak pula menyanjung dirinya sendiri, jauh sekali daripada bermegah-megah. Beliau hanya mahu khalayak membuka minda serta berfikir terhadap kerosakan dan kemungkaran yang telah dilakukan oleh seteru-seterunya.

Melalui Jalur Tiga (Jati) yang ditubuhkan bersama-sama rakan-rakannya, beliau berazam untuk mengumpul 100,000 keahlian sebelum akhir tahun ini. Rancangannya supaya ia menjadi kekuatan untuk menggesa Perdana Menteri menjadikan agama Islam sebagai mata pelajaran wajib dan menggantikan semula tanah rizab Melayu yang telah digunakan.

Sambutan orang ramai terhadap siri ceramah bicara memperkasakan ummah Hasan Ali ini tentu sahaja membuatkan Pas kecut perut. Tapi apa daya, mereka sudah termakan bisikan kuasa PKR dan DAP. Pas tidak mungkin mengaku kehebatan Hasan, tidak seperti mana semasa pakar motivasi ini menyertai Pas dulu yang penuh sanjung-sanjungan.

Musnahlah harapan jika ada yang menganggap Pas parti mulia. Islam hanya dijadikan kosmetik dan topeng sahaja, perangai mereka sama seperti politikus lain malah selalunya berlebih-lebih.

Tidak mungkin Pas menelan kata-kata mereka dulu. Semasa proses pemecatan Hasan dulu, Pusat Penyelidikan Pas (PPP) telah mendedahkan satu tinjauan bahawa pemecatan itu tidak banyak memberi kesan.

Ternampak mereka cuba menyembunyikan usaha untuk mengurus kesan daripada pemecatan Hasan. Berbekalkan tinjauan itu, serangan untuk membunuh karakter Hasan dilancarkan secara bertali arus.

Hasan reda dan kini, terbuktilah dapatan daripada tinjauan PPP hanya satu tipu helah dan putar belit.

Ia jelas tidak menggambarkan keadaan sebenar. Tinjauan pendapat yang diuar-uarkan itu ternyata tidak sahih. Apa yang mahu dijawab oleh kepimpinan Pas kepada hampir sejuta ahlinya?

Seperti yang pernah disebut oleh Hasan, memang kasihan para ulama, ustaz, petani dan nelayan yang tertipu dengan dapatan tinjauan itu. Hasan semasa mengulas tinjauan PPP itu dahulu menyatakan rasa ragu kerana ia dibuat belum sebulan siri jelajahnya dimulakan.

Tetapi itulah Pas yang ada pada hari ini. Parti ini 'berkembang mekar' bersandarkan persepsi. Tiada yang jelas dalam Pas sekarang. Langkah kepimpinan mereka tidak lagi sederap tetapi bersimpang-siur. Satu orang ke barat, satu orang lagi ke timur.

Bagaimana mungkin parti besar yang dikatakan ramai bijak pandai dan ilmuwan ini membesar-besarkan satu dua artis yang kononnya sudah pulang ke pangkal jalan. Jentera parti dan media mereka bersungguh-sungguh mempromosikan aktiviti mereka. Ke mana perginya bijak pandai dan ilmuwan Pas, mengapa mereka membisu dan tenggelam?

Hasan akan terus menghantui Pas. Kesannya dapat kita rasai sekarang. Tetapi lebih daripada itu, Pas sebenarnya telah lama dihantui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan trio Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang bakal memberi kesan besar kepada Islam, Melayu dan institusi raja kelak.

Tanda-tanda kebangkitan dalam kalangan umat Islam semakin membara. Tetapi ia belum cukup, bara itu harus terus ditiup untuk memastikan ia mampu membakar gelombang ancaman besar yang sudah berada di depan mata.



Ceramah Dr Hasan Ali di Bukit Gantang dihadiri 10 000 orang





















Walaupun Pas Bukit Gantang telah memberi amaran kepada ahlinya supaya jangan
pergi dengar ceramah Dr Hasan Ali tetapi mereka tetap berdegil demi Islam
mereka tetap pergi mendengar ceramah Dr Hasan Ali di Dataran Bukit Gantang.

Ramai dikalangan ahli Pas ingin mendengar sendiri luahan hati nurani daripada
Dr. Hasan Ali.



Pas kata Dr Hasan Ali akan keseorangan jikalau dia dipecat daripada Pas...
betul ke..jom kita lihat dibawah ini
































































































































































Terbukti untuk memperjuangkan Islam Dr Hasan Ali tidak keseorangan, ramai
 umat Islam sentiasa akan bersamanya kerana perjuangan menegakkan Islam
 yang dibawanya adalah satu perjuangan yang suci



No comments:

Post a Comment