Siapa selepas Najib dan Muhyiddin?
21 Jun 2012 (Sinarharian)
Kebelakangan ini cerita tokoh hendak ditabalkan sebagai Perdana Menteri (PM) menghangatkan sarapan pagi. Kalau cakap-cakap mengenai tarikh Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) boleh diibaratkan sebagai nasi lemak, maka siapa bakal menjadi PM selepas ini dilihat ibarat roti canai.
Agak menghairankan mengapa dua hidangan sarapan berasaskan daripada makanan dua kaum sahaja tetapi tidak pula, misalnya kuih pau, yang boleh dianggap satu lagi kaum.
Tapi itu sarapan. Dalam politik, tidak ada kepastian sekiranya kaum dikaitkan dengan kuih pau ini tidak menyimpan sebarang cita-cita jangka panjang untuk menjadi PM.
Walaupun tidak begitu kerap, sejarah menunjukkan sudah ada tanda-tanda kaum ini mahukan pucuk pimpinan BN agar mewujudkan jawatan TPM kedua atas dasar kononnya mahu mewakili etnik bukan Melayu.
Jawatan PM adalah jawatan besar, yang penyandangnya beri kata putus bersifat eksekutif.
Walaupun keputusan kerajaan lazimnya dibuat Jemaah Menteri, namun sekiranya PM membuat keputusan menurut budi bicaranya, maka kerap ia dianggap keputusan kolektif kerajaan.
Tidak hairanlah jika pembangkang turut mencongakcongak siapakah yang bakal menjadi PM jika berjaya ke Putrajaya. Namun bukanlah terlalu sukar untuk meramal betapa Anwar Ibrahim dilihat calon berpotensi, walaupun Hadi Awang dilihat layak dari segi moralnya.
Namun bekas Menteri Kewangan itu tetap menjadi pilihan. DAP bermati-matian berkempen berkehendakkan Anwar untuk mengetuai pembangkang dalam PRU13 dan seterusnya jika mereka menang, calon ke Putrajaya sudah tentulah Anwar.
DAP terlupa Pas adalah parti terbesar berbanding PKR dan DAP dari segi keahlian. Justeru Pas sepatutnya mendominasi gabungan itu.
Sama ada suka ataupun tidak, sekiranya pembangkang menang maka orang yang bakal memimpin Malaysia menggantikan Datuk Seri Najib Razak ialah Anwar, bukannya Hadi dan jauh sekali Karpal Singh ataupun Lim Guan Eng.
Soal moral bukanlah penting bagi pembangkang dalam konteks pemilihan calon ke Putrajaya. Oleh kerana Umno menentukan pemimpin masa depan melalui pemilihan dalam Perhimpunan Agungnya maka pemilihan tahun depan, selepas PRU13 dilihat lebih panas daripada pilihan raya itu sendiri.
Masa depan Najib ditentukan parti lebih-lebih lagi jika prestasi Umno dalam PRU13 tidak begitu memberangsangkan.
Pada peringkat ini bagi Najib jika BN kembali dipilih rakyat memerintah lima tahun lagi, beliau kekal sebagai PM untuk tempoh itu.
Setakat ini beliau berjaya menonjolkan dirinya sebagai calon terbaik yang pernah dilahirkan parti itu selepas Dr Mahathir.
Najib membuktikan bahawa beliau bukanlah calang-calang calon malah lebih popular daripada Umno atau BN. Tidak mustahil sekiranya Najib membuat keputusan atau dikehendaki perwakilan agar meletakkan jawatannya selaku PM, maka tempat beliau akan digantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menyingkap sejarah pemindahan kuasa, jarang TPM yang masih berkhidmat ketika PM meletakkan jawatan atau meninggal dunia dalam jawatan tidak dinobatkan selaku PM.
Tun Razak menjadi PM selepas Tunku Abdul Rahman bersara. Tun Hussein Onn menjadi PM apabila Tun Razak meninggal dunia. Dr Mahathir menggantikan tempat Hussein apabila putera pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar itu mengambil keputusan meletakkan jawatannya selaku PM.
Apabila peralihan kuasa ini berlaku, maka jawatan Timbalan Presiden Umno yang secara automatik meletakkan penyandangnya ke kerusi nombor dua terpenting dalam kerajaan menjadi perebutan sengit kalangan penyandang Naib Presiden.
Perebutan jawatan kedua tertinggi ini sering berlaku kalangan penjawat tiga jawatan ketiga tertinggi dalam parti. Tetapi di sebalik kempen yang sengit, akhirnya calon yang menjadi pilihan untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden Umno adalah 100 peratus bersih daripada sebarang skandal.
Pak Lah adalah antara contoh ditunjukkan Presiden Umno ketika itu agar dipilih oleh perwakilan untuk jawatan Timbalan Presiden parti.
Tapi Najib memilih Muhyiddin sebagai timbalannya berasaskan kehendak perwakilan.
Malah Anwar sendiri melobi perwakilan untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden Umno pada 1993 menerusi Team Wawasan setelah berjaya mempamerkan ciri-ciri bebas skandal dan berimej Islam.
Nampaknya itu dulu, sekarang Anwar agak lain. Justeru, penyandang jawatan Timbalan Presiden Umno adalah penting kerana kebarangkalian menjadi PM dan memimpin seluruh rakyat adalah begitu besar, maka dia haruslah bersih, lebih lagi beragama, berakhlak, berkepimpinan tanpa memikirkan keuntungan peribadi .
Atas sebab ini juga majoriti besar orang Melayu lebih rela memilih Hadi dilantik menjadi PM sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya ini.
Hal seperti ini mempunyai kebarangkalian yang terlalu kecil, maka perbincangan sarapan kembali kepada siapakah nanti yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan mungkin seterusnya Perdana Menteri selepas Najib dan Muhyiddin?

No comments:
Post a Comment