Tuesday, 5 June 2012


PTPTN UNTUK KEMUDAHAN  PELAJAR

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari berkata, mahasiswa perlu berani dan kreatif kerana belajar sambil mencabar adalah sifat semulajadi anak muda.

“Mahasiswa bukan berpolitik, mereka cuma bangkit bagi menyatakan pendapat dan hak mereka. Biarlah mereka lahir sebagai kumpulan kreatif dan berani kerana ini proses pembelajaran,” katanya. (Laporan Akhbar Sinar Harian  18 April 2012)

Nampaknya kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dangkal dan nakal. Ia dilihat seperti mencurah minyak petrol ke atas api yang sudah pun marak.

 Bantahan dan tindakan 300 pelajar sewel yang berdemontrasi di Dataran Merdeka dianggap berani dan kreatif membuktikan pemimpin-pemimpin PR sebagai dalangnya. Kalau tidak ada yang meniup semangat jahat sedemikian mana mungkin pelajar itu bertindak gila dan biadap sehingga sanggup melakukan ritual syirik walhal mereka itu beragama Islam.


Sehingga kini pun tidak ada perakuan daripada pihak pemimpin kerajaan negeri  PR yang berani memberi pendidikan percuma kepada IPT di negeri masing-masing.

Malah kelas Tadika PASTI milik PAS pun mengenakan bayaran mahal ke atas kanak-kanak pra-sekolah.  Jadi apa sebenarnya tujuan demontrasi itu diadakan kalau tidak ada pembabitan puak pembangkang ingin memalukan kerajaan dan isu itu dilihat sebagai keutamaan. Maka sudah tentulah isu PTPTN itu bermotifkan politik.

Kalau dilihat kepada kewujudan PTPTN itu pun, bermula dengan idea Anwar Ibrahim yang caj awalnya 4%.  Sepatutnya pelajar tahun 1998 yang patut berdemontrasi mengemukakan bantahan sedemikian . Ini bila kerajaan sudah menurunkan kadar caj hingga 1% dan tidak mengenakan bayaran balik kepada yang cemerlang pun masih dikatakan tidak betul lagi.

 Agaknya memang pembangkang Malaysia ini wujud semata-mata mencari kesalahan dan menambahkan lagi beban masalah itu. Inilah bila buta hati perut dan lemah pemikiran jadi pembangkang pun tidak member manfaat kepada rakyat dan negara.  Sehingga pelajar gagal pun mahu diberi pelajaran percuma tanpa melihat kegagalan itu berpunca kerana malas, degil, ponteng dan sebagainya.

IPTN masih diperlukan bagi yang yakin perkhidmatan yang diberi membantu pelajar ke IPT/IPS. Yang tak mahu berurusan elok cari alternatif lain. Jangan menyalak bagai anjing gila dan menunjukkan kebiadapan.   

Masing-masing di negeri ada membuat pinjaman, tentunya kerajaan negeri seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan di bawah tadbiran PR sudah pun bersedia menyediakan Tabungan Percuma bagi pelajar. Cemerlang atau gagal bukan lagi syarat  untuk penerima dana tersebut kerana itulah kehendak pelajar yang dilihat berani dan kreatif.

Kepada kerajaan pimpinan BN tak usahlah khuatir dengan 300 pelajar yang didalanginya PR itu walaupun masih lagi mahu berdemontrasi menunjukkan keangkuhan.

Ada ribuan pelajar lagi yang tidak pun bersama mereka yang masih memerlukan pinjamann PTPTN.  Pelajar yang hebat pasti komited untuk dan sedia membuktikan kepada negara bagi mencapai kecemerlangan. Mereka tak perlu membayar balik pinjaman kerana ada   jaminan  kerajaan di bawah DS Najib  sejak 2010 ketika Bajet Negara dibentangkan.

Dalam bertandan-tandan kelapa, yang komeng dibuang manakala yang baik biar dimanfaatkan isinya. Kepada pelajar yang berdemontrasi sekelian, jangan salahkan ibu mengandung. Salahkan diri sendiri kerana memilih jalan yang salah bersama pihak yang kecewa  dalam mencapai cita-cita politik.

No comments:

Post a Comment