Demokrasi Liberal: Strategi Penjajahan Baru Barat Di Dunia Islam (2)
Dr Amirudin Wahab, Setiausaha Agung ISMA – Berdasarkan kepada pengajaran dari Perang Dingin, kredibiliti dan keberkesanan kumpulan sasar yang didokong Barat boleh hilang jika sokongan oleh Amerika Syarikat kepada mereka dilihat terlalu jelas.
Oleh itu, berdasarkan taktik semasa Perang Dingin, kumpulan sasar ini akan diketuai oleh individu yang berkredibiliti dan dipercayai, namun Amerika Syarikat akan mengekalkan sedikit jarak dari organisasi yang mereka sokong tersebut. Menurut kata Rabasa
“This was done by not micro-managing the groups, but by giving them enough autonomy,” “As long as certain guidelines were met, they were free to pursue their own activities.”
Dalam hal ini, kerajaan Amerika Syarikat akan bertindak laksana sebuah yayasan di mana kerajaan Amerika Syarikat akan meletakkan panduan dan kaedah bagaimana dana yang disalurkan perlu dibelanjakan, iaitu adakah mereka mempromosi objektif Amerika, namun pada masa yang sama mengambil kira kepentingan untuk mengekalkan sedikit jarak di antara Amerika Syarikat dan organisasi yang dibantu bagi memastikan aktiviti-aktiviti organisasi yang ditaja mereka berjaya. Menurut laporan RAND Corporation tersebut,
“In almost all of these endeavors the U.S. government acted like a foundation. It evaluated projects to determine whether they promoted U.S. objectives, provided funding for them, and then adopted a handsoff approach, allowing the organizations it supported to fulfill their objectives without interference.”
Usaha pembinaan rangkaian ‘Muslim Moderat’ ini dimulakan dengan memberi tumpuan kepada rakan kongsi yang dipercayai Amerika Syarikat serta mempunyai orientasi ideologi yang diketahui. Apabila ideologi mana-mana individu mahupun organisasi yang disasarkan telah berjaya ditentukan, Amerika Syarikat akan mula meningkatkan tahap autonomi kepada mereka di peringkat tempatan.
Pada masa yang sama Amerika Syarikat akan memastikan visibiliti dan platform untuk individu-individu ini, contohnya, dengan memastikan bahawa individu-individu daripada kumpulan ‘Moderat’ ini dimasukkan ke dalam lawatan-lawatan ke Kongres di Amerika bagi membolehkan mereka lebih dikenali di kalangan pembuat dasar serta membantu mengekalkan sokongan dan sumber Amerika Syarikat kepada mereka sebagai usaha diplomasi awam.
Program bantuan juga dianjurkan di sekitar beberapa sektor strategik seperti pendidikan demokrasi, media, kesaksamaan gender dan advokasi dasar (policy advocacy). Pendidikan demokrasi adalah merujuk kepada semua bentuk program yang menyokong nilai-nilai demokratik dan pluralistik manakala di bidang media, usaha program bantuan ini merujuk khususnya bagi memerangi penguasaan media oleh unsur-unsur anti-demokrasi dan Islam konservatif.
Contohnya, mengikut laporan tahunan 2010 National Endowment of Democracy (NED) yang diterbitkan pada Ogos 2011, terdapat beberapa organisasi di Malaysia yang menerima geran / dana yang dibiayai mereka bagi mempromosi usaha-usaha demokrasi yang selari dengan objektif NED / Amerika Syarikat antaranya media online seperti Malaysiakini, dan badan NGO hak asasi manusia seperti SUARAM.
Sumber: http://www.ned.org/where-we-work/asia/malaysia
Pada masa yang sama, program bantuan juga akan menekankan kepentingan aspek kesaksamaan gender, khususnya isu hak-hak asasi wanita di mana, usaha mempromosi kesaksamaan gender adalah dianggap sebagai salah satu komponen penting di dalam apa jua projek untuk memperkasakan umat Islam ‘Moderat’ seperti yang dicita-citakan oleh Amerika Syarikat.
Di peringkat kumpulan pemikir, program bantuan mendapati bahawa Islam mempunyai agenda politik, oleh itu, aktiviti advokasi dasar adalah dianggap penting bagi membolehkan kumpulan ‘Moderat’ membentuk persekitaran politik dan undang-undang yang dicita-citakan di dunia Islam oleh Barat.
Kesimpulannya, usaha-usaha demokrasi liberal yang cuba dipromosikan oleh Amerika Syarikat di seluruh dunia kini merupakan satu respon mereka pasca 9/11 berkenaan ‘peperangan global melawan pengganas’.
Mana-mana pihak yang dianggap tidak bersama atau memihak kepada demokrasi liberal yang dibawa oleh mereka akan terus diasingkan dan dilabelkan oleh mereka dengan pelbagai gelaran yang akan mengaitkan pihak tersebut secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti keganasan atau radikal.
Bagaimanakah pandangan Islam mengenai Demokrasi ala Barat yang ditaja Amerika Syarikat ini?
Falsafah Demokrasi ala Barat
Demokrasi Liberal dan Hak Asasi Manusia yang diperjuangkan oleh Barat secara ringkasnya adalah berdasarkan kepada ideologi humanisma kerana ia meletakkan kehendak manusia sebagai paksi kehidupan dan nilai tertinggi serta menolak peranan Tuhan di dalam sistem sistem pemerintahan dan kehidupan manusia.
Ia dirasmikan di dalam bentuk Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi Antarabangsa (Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948) di mana asas ideologinya adalah selari dengan pendekatan sekular Barat yang memutuskan hubungan di antara agama dan kehidupan.
Berpaksikan fahaman humanisma, manusia berpecah kepada dua aliran besar dalam memenuhi kehendak mereka; liberalisma dan sosialisma di mana pertembungan di antara dua aliran ini yang diwakili oleh dua kuasa besar iaitu Amerika Syarkat dan USSR pada masa itu berkesudahan dengan kejatuhan USSR yang menyebabkan negara liberal demokratik Amerika Syarikat menjadi satu-satunya kuasa besar dunia di ketika ini.
Sejak dari itu, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya di Barat giat mempromosi liberalisma dan demokrasi demi menguasai saki baki negara yang pernah bernaung di bawah USSR, di samping berusaha mengekang sebarang potensi ancaman terutamanya daripada negara-negara Islam.
Kempen demokrasi dan liberalisma ini semakin dipermudahkan dengan era globalisasi yang bercirikan dunia tanpa sempadan kerana perpindahan fahaman dan pemikiran serta pembenihan keyakinan bahawa manusia tidak perlu berbeza kerana berkongsi dunia yang satu dan seterusnya kepimpinan yang satu semakin mudah dilaksana dan ini sendirinya mencabul kedaulatan sesebuah negara dan bangsa, samada dari segi bahasa, budaya, tanahair, undang-undang dan agama.
Aliran pemikiran plural, sekular dan liberal di dalam falsafah Barat
Teras aliran pemikiran demokrasi liberal sebenarnya berbahaya kerana ia mengambil pendekatan menyamaratakan di antara orang yang beriman dan tidak beriman dan menganggap semua agama adalah sama serta menyeru kepada perkara yang betul (e.g. pluraslitik) serta mengambil mudah aspek bertukar agama.
Contohnya di dalam Artikel 18 UDHR: Freedom of Thought. We all have the right to believe in what we want to believe, to have a religion, or to change it if we want (Kita semua mempunyai hak untuk mempercayai apa yang kita mahu untuk percayai, mempunyai agama, atau untuk menukar jika kita mahu).
Hakikatnya di dalam Islam, murtad adalah satu tindakan yang amat besar dosanya dan dimurkai di sisi Allah SWT.
Falsafah sekular dan liberal melalui UDHR yang dipromosi Barat juga cuba dipaksakan kepada negara-negara Islam sebagai Konsep Hak-Hak Asasi Manusia yang wajar diiktiraf oleh semua negara di peringkat antarabangsa (atau Internationally Recognized Human Rights) melalui Pertubuhan Bangsa-Banga Bersatu (United Nations (UN)).
Aliran pemikiran ini juga bolos daripada ikatan akhlak dan hukum-hakam yang bersandarkan kepada agama kerana ia meletakkan kebebasan dan hak-hak individu sebagai nilai tertinggi serta memperjuangkan kebebasan manusia daripada sebarang keterikatan pada disiplin-disiplin ilmu, ideologi, budaya dan agama yang mereka anggap sebagai hasil tafsiran manusia dalam konteks yang berbagai-bagai.
Akibat dari interpretasi tersebut, lahir fenomena perjuangan kumpulan-kumpulan minoriti atau yang diistilahkan sebagai kumpulan yang “terpinggir’ selama ini seperti Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual (LGBT), Feminis dan sebagainya yang menuntut hak yang sama diberikan kepada mereka sepertimana yang telah diberikan kepada majoriti orang yang lain. Hak Asasi Manusia kumpulan ini disokong oleh artikel-artikel di dalam UDHR seperti berikut:
Artikel 1: We Are All Born Free & Equal. We are all born free. We all have our own thoughts and ideas. We should all be treated in the same way.
Artikel 2. Don’t Discriminate. These rights belong to everybody, whatever our differences.
Artikel 6. You Have Rights No Matter Where You Go. I am a person just like you!
Artikel 7. We’re All Equal Before the Law. The law is the same for everyone. It must treat us all fairly.
Artikel 8. Your Human Rights Are Protected by Law. We can all ask for the law to help us when we are not treated fairly.
Falsafah Barat yang merbahaya di atas walaubagaimanapun telah dengan secara konsensus ditolak oleh negara–negera Islam yang melakukan respon balas kepada UDHR1948 melalui pengisytiharan dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Menurut Islam di Kaherah pada tahun 1990 sebagai jawapan kepada falsafah sekular UDHR 1948 melalui artikel-artikelnya, di mana yang paling nyata ialah Artikel 24 iaitu ‘Semua hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini adalah tertakluk kepada Syariah Islam’ dan Artikel 25 Deklarasi Kaherah iaitu ‘Syariah Islam adalah satu-satunya sumber rujukan untuk penjelasan atau penjelasan kepada mana-mana artikel Perisytiharan ini.’

No comments:
Post a Comment