Isu-Isu Akhbar Cina
Janji-janji pembangkangAKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 16 Jun 2012 melalui ruangan Pendapat Yuanlun memaparkan tulisan Ong Kim Tiek yang mempersoalkan janji-janji pakatan pembangkang.
Angin pilihan raya umum (PRU) semakin bertiup kencang, pakatan pembangkang semakin banyak menabur janji. Namun, jurangnya semakin hari semakin jauh, kini sudah seperti menjadi cerita dongeng.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mahasiswa jangan bayar kembali hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyatakan jika pakatan pembangkang memerintah, dengan serta merta hapuskan bayar balik pinjaman PTPTN. Antara janji-janji lain ditabur pemimpin pembangkang jika memerintah kerajaan Pusat, dengan serta merta akan memansuhkan semua kutipan tol PLUS.
Memang agak seronok mendengar janji-janji itu tetapi cuba kita fikirkan, jika tidak mengutip bayaran tol siapa pula yang akan keluarkan kos penyelenggaraan lebuh raya? Kos pendidikan pengajian tinggi ratusan juta ringgit itu, siapa yang akan menampungnya? Tibanya musim PRU, parti pemerintah dan parti pembangkang diasak begitu hebat, mengira berapa banyak lagi duit yang boleh dibazirkan, berapa banyak lagi permainan dengan duit yang boleh dibahagi-bahagikan dan digunakan. Kedua-dua belah pihak sudah tentu ada polisi tersendiri untuk dimanfaat kepada rakyat.
Disangkakan wang yang dihulurkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) itu sudah tiba ke penghujungnya, namun kerana mahu berterima kasih kepada pasukan penyelamat negara pada zaman darurat, kerajaan keluarkan RM174.99 juta kepada mereka dan lancarkan BR1M buat kali kedua.
Pakatan pembangkang pula tiada duit untuk dibahagi-bahagikan, mereka terpaksa buat janji-janji ‘jika dapat mentadbir pusat’ sahaja. Sebab itu mahu memansuhkan tol, turunkan harga minyak petrol, wang kebajikan rakyat, membincangkan bagaimana untuk memansuhkan pinjaman PTPTN dan pelbagai cadangan ditimbulkan.
Mereka berharap mimpi di malam hari, keesokan harinya telah termakbul. Jika pakatan pembangkang memerintah kerajaan Pusat, sebenarnya tidak ada agenda yang percuma untuk rakyat di mana-mana sekalipun. Seorang sasterawan berkata: “Jika anda anggap semua perkara itu indah tetapi tidak benar-benar berlaku, anda jangan ragu-ragu lagi kerana itu semuanya memang satu kenyataan yang tidak wujud." Adakah janji-janji pakatan pembangkang itu semua satu impian dalam mimpi sahaja?
Kita bukan curiga terhadap keikhlasan janji-janji pakatan pembangkang dan bukan juga tidak percaya kepada janji-janji yang dibuat mereka tetapi apa yang kita curiga, adakah negara kita ini masih lagi mampu dari segi kekuatan kewangannya jika janji-janji itu ditunaikan?
Sebenarnya kemampuan dan kekuatan kewangan negara kita ini sampai di tahap mana? Kedua-dua belah pihak yang saling bertentangan ini pasti sudah faham tentang kekuatan kewangan negara kita. Walaupun tidak terjerumus ke lembah yang teruk (seperti krisis di Eropah), tetapi kita sudah nampak keadaan yang boleh mencerminkannya.
Menggulingkan kerajaan
AKHBAR China Press bertarikh 15 Jun 2012 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai pula memaparkan tulisan Koh Kok Wei berkenaan cubaan mengguling kerajaan.
Di dalam dunia ini, orang yang memegang kuasa akan gelabah jika rakyat memberontak kerana mereka paling takut rakyat mahu menggulingkan kerajaan. Jika mahu menggulingkan sesebuah kerajaan, rakyat perlu ada senjata tetapi jika rakyat tiada senjata, apa yang boleh dibuat? Ada satu bidalan Cina, ‘memberontak boleh menggunakan anak panah dan tombak, susun kubu bentengkan manusia hidup’, seperti apa yang berlaku pada zaman Dinasti Xi Huangdi.
Apa yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz katakan baru-baru ini, tidak perlu gunakan senjata, hanya garam dan air mineral sudah boleh menggulingkan kerajaan. Bagaimanakah caranya?
Apabila pemimpin DAP, Lim Kit Siang di Dewan Rakyat mahu pihak kerajaan menunjukkan bukti kerana menuduh Bersih 3.0 mahu menggulingkan kerajaan dan menyatakan peserta hanya bawa botol air mineral, bolehkah rakyat gulingkan kerajaan? Soalan yang diajukan oleh Kit Siang ini tidak salah tetapi beliau tersilap orang kerana Mohamed Nazri sudah terkenal dengan kedegilannya.
Mohamed Nazri berkata, cara perhimpunan 28 April itu sama seperti apa yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya, berniat mahu gulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
“Di Asia Barat, hanya gunakan telefon bimbit sudah boleh gulingkan kerajaan mereka. Sebab itu kita jangan sesekali memperkecilkan botol air mineral! Jika rakyat tidak sokong kerajaan, dengan botol air mineral juga boleh menumbangkan sebuah kerajaan," kata Mohamed Nazri.
Cerita ini boleh buat semua orang rasa lucu, bolehkah kita menggulingkan kerajaan dengan botol air mineral sahaja? Jika kita fikir dan halusinya, kata-kata Mohamed Nazri itu tidak salah. Fakta utama apa yang beliau sebut itu, hanya dengan botol air mineral juga rakyat boleh tumbangkan kerajaan; ini bermakna jika rakyat sudah tidak lagi beri sokongan kepada kerajaan.
Memang benar, jika rakyat tidak lagi sokong, kita tolak dengan sebelah tangan pun sudah boleh menumbangkan kerajaan. Jika sebuah kerajaan itu kehilangan sokongan rakyat, kerajaan itu tetap akan tumbang dengan sendirinya. Kenapa masih perlu menggunakan garam ataupun botol air mineral lagi?
Jiwa rakyat Pulau Pinang
AKHBAR Nanyang Singpau bertarikh 18 Jun 2012 sekali lagi melalui ruangan Pendapat Yuanlun memaparkan tulisan Lee Huan tentang cara BN menawan jiwa orang Pulau Pinang.
Selepas Teng Chang Yeow memegang tampuk kepimpinan BN Pulau Pinang, semangat BN kelihatan lebih cerah dan ceria.
Sebelum ini, pakatan pembangkang selalu mengejek parti Gerakan sebagai “hidup segan mati tak mahu", seperti “nyawa-nyawa ikan", tetapi hari ini tiba-tiba seperti termakan ubat “Viagra" menjadi ‘keras’. Sebuah parti yang menyelam dalam air tiba-tiba timbul semula, sebuah parti yang sebelum ini saling bertaring kini berdamai semula menyebabkan semua orang tercengang hairan.
Selepas perbalahan di antara parti DAP dan Gerakan, tiba-tiba Chang Yeow dilantik sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang. Mereka cuba menggunakan cara dan taktik atasi Koh Tsu Koon dan Ting Hock Nan untuk membelasah Chang Yeow, cuba gambarkan Chang Yeow menjadi pesuruh diktaktor UMNO. Sebaliknya, sikap Chang Yeow juga seperti Lim Guan Eng, tidak takut dikritik ataupun dituduh.
Pada masa sama, kepimpinan baru UMNO di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak mula mengawasi tindakan ahli-ahli komponen yang kurang bijak atau songsang dan beliau menekankan supaya dapat menyusun semula kekuatan ahli-ahli BN dan mengangkat jasa-jasa BN masa silam.
Serangan pakatan pembangkang tidak henti-henti, sebaliknya ahli-ahli parti Gerakan yang selama ini senyap sepi kini bangkit semula. Selepas Chang Yeow menjadi pengerusi, keadaan UMNO di negeri itu seperti mengikut kata.
Semasa Chang Yeow menyusun semula jawatankuasa kerja BN Pulau Pinang, beliau melantik Tan Ching Liang dari MCA sebagai ketua penerangan BN negeri. Pada masa sama, jika UMNO, MCA dan Gerakan umumkan sesuatu, tidak akan melupakan Chang Yeow. Ini menunjukkan Chang Yeow secara keseluruhannya telah menguasai semua peringkat BN di Pulau Pinang.
Tetapi, walaupun Chang Yeow menguasai pasukan bala tenteranya, beliau masih belum dapat menawan jiwa rakyat. Sebab itu beliau menegaskan BN Pulau Pinang perlu bijak sama-sama menanggung beban polisi di antara BN dan pakatan pembangkang, tidak akan buat serangan terhadap peribadi seseorang.
Hari ini, Chang Yeow sering menimbulkan isu kembalikan Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas, mahu membina negeri sebagai pusat pelancongan dan pusat kewangan, meneruskan sembilan projek jalan dan tunaikan janji-janji bekas kerajaan Pulau Pinang yang terdahulu sebagai polisi mesra rakyat untuk kembalikan jiwa rakyat kepada BN.
Pada masa sama, beliau menggunakan jentera BN untuk mengawasi pergerakan serta polisi pakatan pembangkang di Pulau Pinang termasuk penjualan dan pembelian tanah, projek perumahan dan projek mega supaya rakyat nampak Gerakan bukan sahaja mahu merampas kerajaan negeri malah mahu memberi manfaat kepada rakyatnya.
Selepas empat tahun berlalu, kehangatan PRU 2008 masih belum berkurangan di mana orang ramai sedar dan faham bagaimana mereka boleh tentukan nasib dan masa depan sendiri. Pengundi juga sudah tahu bagaimana membezakan parti yang baik dan buruk, menggariskan semua itu melalui tiket undi.
Saya jangkakan kepimpinan Chang Yeow yang membawa bala tentera besar BN di Pulau Pinang mungkin tidak dapat merampas kembali kerajaan negeri tetapi jika mahu merampas kembali beberapa kerusi, ia tiada masalah bagi mereka.
Tetapi, kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang dan kerajaan pakatan pembangkang, jika berterusan berseronok dengan berteriak marah-marah dalam politik negeri, pasti PRU akan datang ini ia akan lebih memihak kepada BN.
No comments:
Post a Comment