Friday 22 June 2012

Ezam : ‘Saya Tahu RM3 Bilion Anwar Itu..’


SHAH ALAM – Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd memberitahu kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Walaupun saya tidak mengetahui sepenuhnya mengenai keseluruhan akaun-akaun tersebut tetapi saya tahu sebahagian besar daripadanya.
“Dalam kes ini, kita bukan memilih antara dua parti, bukan memilih antara Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi adalah demi kepentingan negara,” katanya selepas merasmikan sambutan perayaan Hari Guru Daerah Klang, semalam.
Beliau turut mengalu-alukan kesediaan Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid bagi memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berkenaan kes ini.
“Walaupun kita tahu bahawa beliau merupakan sahabat rapat kepada Anwar, tetapi apabila tiba masanya, beliau perlu memberitahu perkara yang sebenar.
“Murad diharap dapat meletakkan dan mengutamakan kepentingan negara dengan menyampaikan maklumat yang benar tanpa berselindung,” katanya.
Menurutnya, Anwar tidak akan mengambil sebarang tindakan undangundang kerana beliau sedar bahawa beliau bukan di pihak yang benar.
“Jika beliau yakin di pihak yang benar, dari kes video yang didedahkan Datuk Eskay lagi beliau sudah mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan dirinya.
“Anwar tidak menggunakan undang- undang untuk kebenaran, undang- undang padanya hanyalah untuk politik semata-mata,” katanya – sinar harian

No comments:

Post a Comment