Sunday, 5 August 2012


Umat Islam Perlu Peka Tuntutan Hak Sama Rata Agama Persekutuan Kristian

AIDCNews – 01/08/12 – Umat Islam perlu peka dengan tuntutan hak sama rata agama oleh Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) kata Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.
Menurutnya semua pihak perlu mengiktiraf perlembagaan negara yang meletakkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan di samping memberi hak kepada agama lain untuk diamalkan.
“Jika inilah misi dia (CFM) yang dia nak bawa dalam apa-apa aktiviti, ini adalah bercanggah dengan semangat perlembagaan dan Malaysia adalah sebuah negara Islam.
“Malaysia sebuah negara Islam bermakna Islamlah yang menaungi dan melindungi kepada penduduk di Malaysia ini,”katanya.
Pada 27 Julai lalu, blogger Helen Ang mendedahkan surat edaran CFM bertarikh 18 Julai 2012 kepada gereja-gereja dan penganut Kristian seluruh negara berhubung pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Surat yang ditulis atas nama Bishop Datuk Ng Moon Hing, pengerusi CFM, menyeru umat Kristian agar “mengundi dengan bijak”, iaitu sebuah kerajaan yang menganjurkan kebebasan beragama dipraktikkan di negara ini.
Kandungan penuh surat CFM itu boleh dibaca di sini.

No comments:

Post a Comment