Sunday, 5 August 2012


Sah PKR Ejen LGBT

Mynewshub - Pada konvensyen Pilihan raya PKR 19 Jun 2011, parti tersebut telah melancarkan slogan dan logo bagi kempen pilihan raya ke-13. Slogan yang dipilih mereka ialah Demi Rakyat, manakala logo pula adalah berlambangkan tapak tangan yang banyak dan berwarna warni seperti gambar di bawah:
Kita tidak hairan dengan pemilihan slogan tersebut kerana ia adalah taktik politik biasa PKR yang gemar mempergunakan nama rakyat untuk kepentingan sendiri. Tetapi kita hairan kenapa parti tersebut tergamak menggunakan logo tapak tangan yang begitu sinonim dengan perjuangan hak asasi LGBT.
Kita sedar akan ‘kecenderungan’ PKR dengan LGBT tetapi tidak sangka pula mereka sanggup menyatakannya secara terang-terangan melalui logo. Sedangkan selama ini, Anwar berdolak-dalih bila ditanya mengenai LGBT malah pada satu ketika terpaksa mengiakan sahaja yang beliau juga bersetuju agar golongan tersebut didiskriminasi, yakni tidak diberi tempat dalam negara ini.
Mungkin Anwar tidak sanggup menyatakan sokongannya kepada LGBT melalui kata-kata tetapi beliau nampaknya menyerlahkannya secara halus, iaitu melalui logo.
Secara umumnya, simbol tapak tangan adalah simbol ‘hak asasi manusia’ dan digunakan secara meluas oleh NGO-NGO yang memperjuangkannya. Ia sepatutnya membawa maksud yang murni dan mulia tetapi malangnya, perkataan ‘hak asasi manusia’ ini telah disalahgunakan oleh beberapa pihak sebagai alat untuk mempromosi kebebasan tanpa batasan termasuk amalan LGBT, sekali gus memaksa fahaman ini ke atas manusia sejagat bagaikan satu agama baru.
Bagi menepati makna ‘kebebasan’ simbol tapak tangan ini pula digabungkan dengan sayap burung merpati dan digunakan untuk menyatakan perjuangan menuntut kesamarataan dari segi hak hartanah, kebebasan, keadilan serta harapan.
Manakala, simbol tapak tangan ungu pula digunakan oleh kumpulan LGBT, terutama di Turki yang dipanggil MorEl Eski?ehir LGBTT Olu?umu (Purple Hand Eski?ehir LGBT Formation), untuk memperjuangkan hak mereka.
Laman anwaraidc pula mendedahkan pada 7 Disember 2011, laman Religious Action Center of Reform Judaism (http://blogs.rj.org) ada menyiarkan berita tentang Presiden Barack Obama mengeluarkan satu memo mengarahkan agensi-agensi Amerika untuk mempertimbangkan rekod hak asasi manusia di sesebuah negara berkaitan dengan masyarakat LGBT untuk diberi bantuan asing.
Mungkinkah masyarakat LGBT di Malaysia juga menerimanya? Dan melalui siapa atau pertubuhan mana? Yang menariknya, berita tersebut dihiasi dengan gambar simbol tapak tangan berwarna warni yang kelihatan begitu hampir dengan logo yang dilancarkan oleh PKR untuk digunakan dalam pilihan raya ini:
Justeru, tidak salah jika kita menyimpulkan bahawa parti PKR sememangnya tegar memperjuangkan fahaman Barat mengenai hak asasi manusia serta mengiktiraf golongan LGBT sepenuhnya.
Jelaslah bahawa Anwar telah sekali lagi menipu apabila menyatakan yang beliau setuju golongan homoseksual tidak diberi ruang di negara ini walhal, sekiranya PR memerintah, Anwar pasti akan pantas mengiktiraf hak LGBT selaras dengan kehendak ‘tuan-tuannya’ di Barat dan juga ‘kehendak’ dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment