Dr Hassan : Buku Jingga Mematikan Asas Perjuangan PAS
Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata Buku Jingga merupakan penghalang utama yang boleh mematikan asas perjuangan parti-parti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat (PR).
PAS adalah salah satu kompenan PR, selain dari DAP dan PKR.
Katanya konsep Negara Islam dan Hudud merupakan dua tunggak perjuangan asas PAS, walaupun konsep Negara Islam ditukar kepada Negara Berkebajikan namun di kalangan pimpinan PAS beranggapan dua tunggak asas PAS masih berselindung di sebalik slogan jenama baru itu.
Namun masalahnya konsep Negara Islam dan Hudud tidak termaktub secara tersurat dalam Buku Jingga yang disepakati bersama oleh ketiga-tiga anggota parti PR itu.
Inilah dilema PAS, ketika berusaha mengungkap konsep Negara Islam dan hudud, ianya akan dihalang oleh DAP dan PKR supaya tidak memperjuangkan isu itu dan kembali patuh kepada Buku Jingga.
“Sepatutnya setiap parti dibenarkan untuk membentangkan dan tidak mematikan perjuangan asasi mereka….Pakatan memang ada Buku Jingga yang sudah disepakati dan mestilah ditonjolkan terlebih dahulu
“(Namun) Dari segi bijaksananya, sepatutnya tidak dihalang mana-mana parti untuk menonjolkan asas perjuangannya,” katanya
Menurutnya lagi polemik terbaru berkenaan hudud membuktikan penukaran konsep Negara Islam kepada Negara Berkebajikan tidak disepakati sepenuhnya oleh kepimpinan PAS.
“Isu ini merupakan agenda utama PAS sejak 60 tahun lalu, hanya berubah beberapa ketika yang lalu bila Negara Berkebajikan mengantikan Negara Islam.
“Saya rasa, ini menunjukkan di kalangan PAS tidak ijmak (sepakat) sepenuhnya mereka bersedia untuk menukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.
“Yang disuarakan oleh teman-teman dari Dewan Ulama dan Dewan Pemuda yang sering menimbulkan persoalan-persoalan ini, walaupun di pihak tertinggi PAS telah mengatakan (agar) isu ini jangan ditimbulkan lagi sebab kita berada dalam pakatan,”katanya dalam sidang media 28 Julai.
No comments:
Post a Comment