Thursday, 23 August 2012


Apa Erti Titisan Air Mata Mohd Nor Manuty Ketika DAP Kuasai Perak?

IB – Apabila IB membaca kenyataan Ustaz Mohd Nor Manuty yang di”angkat tinggi” oleh Lim Kit Siang dalam blognya terkedu dan pilu rasa IB. Tiba-tiba Ustaz menjadi jagoan memperjuangkan hak orang-orang kafir harbi?
Apabila diumumkan kerajaan BN pimpinan UMNO tumbang kepada parti pembangkang pimpinan DAP di Perak, Ustaz Mohd Nor Manuty adalah antara orang yang menzahirkan kerisauan serta kebimbangan dengan kerakusan DAP yang bakal mentadbir negeri kelahirannya.
Ustaz Mohd Nor Manuty dilihat terkinja-kinja menepuk tangan ketika bosnya Brother Anwar Bin Ibrahim (singkatannya …) berjogek galak di atas pentas merayakan Pongal di kuil di Perak awal tahun ini.
Dengan ungkapan “apa yang ana nak jawab di depan Allah nanti”, Ustaz Mohd Nor tersekat-sekat meluahkan kata-kata itu hingga berlinang air mata ketika kami berbincang di lewat malam pada hari berikutnya pengumuman tersebut dibuat. Dari linangan itu akhir Ustaz terpaksa mengesat linangan yang tidak dapat lagi ditanggung yang mulai mengalir dek terasa pilu dan bimbangnya.
Tup, tup … IB dapat maklum beliau diberi tugas khas dalam parti demi menjayakan agenda pluralisme agama bosnya, Anwar, dengan menjawat urusan agar penganut Agama Islam dapat duduk setara dengan Bahagian Agama Bukan Islam (singkatannya ….). Maka semakin seronoklah Anwar mendapat tokoh agama untuk menjaya dan menyokong fahaman pluralismenya.
Kesian kat Ustaz Mohd Nor. Apa nilai harga tititsan air matanya pada tahun 2008 itu?

DAP Sokong PKR Tolak Fatwa Ulama Tentang Istilah Kafir Harbi

Menerusi laman rasmi limkitsiang.com, Penasihat Agung DAP menyiarkan pendapat Dr Muhammad Nur Manuty Ketua Penerangan, PKR menegaskan pembahagian kafir harbi dan kafir zimmi oleh fatwa ulama silam sudah tidak relevan lagi.
Menurut Muhammad Nur Manuty konsep pembahagian itu sudah lapuk dan ketinggalan zaman dengan perkembangan dunia pemikiran Islam yang bersifat global seperti hari ini.
Akar hujah Muhammad Nur Manuty bersandarkan hujah Rashid al-Ghannushi, pengasas Hizb al-Nahḍah (Parti Renaissance) Tunisia.
“Sheikh Rashid Ghanoushi (Ketua Parti al-Nahdah, Tunisia), yang kini menjadi penasihat kepada Kerajaan baru Tunisia, dalam beberapa tulisan ilmiahnya menyatakan bahawa idea kafir harbi dan kafir zimmi serta kewujudan Negara yang boleh diperangi (dar al-harb) memang relevan pada zaman keagungan empayar Islam di masa yang silam
“Namun, pada hari ini, ketika umat Islam tergabung dalam sebuah entiti dunia yang terbahagi di antara warga Muslim dan bukan Muslim yang berimbangan serta semakin bersifat global, maka kedudukan kafir harbi dan kafir zimmi sudah tidak praktikal lagi,” katanya.
Charles Kurzman dalam bukunya ‘Liberal Islam‘ menyenaraikan nama Rashid Ghanoushi sebagai salah seorang tokoh Islam Liberal yang termasuk dalam katogeri memperjuangkan demokrasi.
Laman angryarab menyebut Ghanoushi adalah pelindung kepentingan Israel dan tidak akan memasukkan frasa mengutuk zionisme dalam perlembagaan Tunisia.
“Oleh itu, adalah tidak menghairankan bahawa dia (Ghanoushi) berani menyatakan kepada akhbar British bahawa jika memegang jawatan presiden di Tunisia, dia boleh bertolak ansur untuk membenarkan penjualan arak, dan membiarkan wanita memakai pakaian renang.
“Kenyataan ini adalah sukar untuk dipercayai; bagaimana dia boleh menerima seorang wanita yang menanggalkan sebahagian besar pakaian ditubuhnya di khalayak ramai, manakala pada masa yang sama menegaskan bahawa wanita harus menutup rambut mereka?, soal Abdul Rahman Al Rashed dalam alarabiya.net
Tentang syariah Islam, egyptindependent.com melaporkan Ghanoushi berkata “”Mempraktikkan Syariah Islam bukan keutamaan lagi sekarang,” katanya. “Kami mahu memastikan akan tiada lagi pemerintahan diktator.”
Muhammad Nur Manuty turut berkata hujah al-Ghannushi turut diskong oleh Fahmi Huwaidi, seorang lagi pemikir Islam dari Mesir.
Latar belakang Fahmi Huwaidi adalah seorang wartawan, dan kemudian menjadi pemikir Islam, namun laman mepc.org mendedahkan pemikiran Islamnya adalah setaraf dengan Hassan Hanafi, seorang lagi pemikir liberal Mesir.
Konsep Fahmi Huwaidi tentang konsep harbi dan dzimmi yang dipegang oleh Muhammad Nur Manuty itu sebelum ini pernah didokong oleh Ulil Abshar-Abdalla dari Jaringan Islam Liberal (JIL) Indonesia.
Menurut Ulil Abshar, Fahmi Huwaidi termasuk dalam golongan enlightened Islamist atau Islamis Pencerahan, satu istilah yang merujuk kepada kumpulan Islam Liberal yang sering dipopularkan oleh badan pemikir Anwar, IKD pimpinan Khalid Jaafar.

No comments:

Post a Comment