Gelagat Anwar guna demonstrasi untuk aibkan Malaysia
- Khamis, 05 Januari 2012 09:02
- REJAL ARBEE
Permulaan Tahun Baru 2012 ini dikejutkan dengan satu lagi rancangan untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan besar-besaran oleh pengikut jaguh demonstrasi negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya untuk membebaskannya daripada tuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ia sengaja dirancang diadakan pada hari mahkamah akan menjatuhi hukuman ke atasnya selepas berbulan-bulan menjalani perbicaraan yang sering saja terbantut dan tidak habis-habis ditangguhkan gara-gara kerenah Anwar dan golongan peguam belanya yang diketuai jaguh peguam yang pernah diberi jolokan sebagai ‘godfather’ DAP, Karpal Singh.
Nampaknya ketua pakatan pembangkang ini tidak boleh meninggalkan gelagat lamanya berdemonstrasi suatu pegangannya sejak menjadi pemimpin pelajar lagi.
Nampaknya ketua pakatan pembangkang ini tidak boleh meninggalkan gelagat lamanya berdemonstrasi suatu pegangannya sejak menjadi pemimpin pelajar lagi.
Gelagatnya itu telah bermula pada 1974 ketika memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) apabila beliau berjaya menghasutkan pelajar melakukan tunjuk perasaan kononnya ada rakyat di Baling, Kedah mati kebuluran.
Ini dieksploitasi sepenuhnya untuk mendapatkan sokongan beribu-ribu pelajar dan rakyat Baling yang waktu itu sememangnya menghadapi kesukaran hidup kerana harga getah, iaitu hasil utama penduduk daerah itu yang menjunam, bahkan sekati getah waktu itu berharga kurang dari sekati gula.
Ini digunakan Anwar dengan sepenuhnya untuk mengabui mata rakyat kononnya begitu kejamnya kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak ketika itu hingga membenarkan orang kampung mati kebuluran.
Begitu bijak orang ramai diyakini dengan tuduhan melulu itu hingga mereka tidak dapat berfikir waras apakah benar rakyat boleh kebuluran tanpa mendapat pembelaan.
Begitu bijak orang ramai diyakini dengan tuduhan melulu itu hingga mereka tidak dapat berfikir waras apakah benar rakyat boleh kebuluran tanpa mendapat pembelaan.
Jika difikirkan dengan masak memang sukar seorang rakyat boleh mati kebuluran kerana bagaimana daif sekali pun orang kampung tidak mungkin akan ada di antara mereka dibiarkan mati kelaparan tanpa ditolong jiran.
Tetapi bagi Anwar waktu itu ia tidak menjadi perkiraan. Yang dia tahu ialah mahu adakan tunjuk perasaan. Lagi buruk tohmahan lagi baiklah baginya untuk mendapatkan sokongan ramai.
Kerenahnya itu bertukar corak apabila Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) di awal tahun 80-an melantiknya menyertai kerajaan. Bintangnya ketika itu begitu menyinar hingga membawanya menjadi orang kuat kedua kerajaan sebagai orang yang ditunjuk Dr Mahathir untuk mewarisi tampuk kerajaan daripadanya kelak.
Bagaimanapun apa yang dirancangkan itu tidak menjadi hinggalah mengakibatkan kepada pemencatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini adalah hasil daripada kerenah Anwar dan pengikutnya juga. Hinggalah membawa kepada penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sejak itu kerenah lamanya kembali menjadi nadi perjuangan dan senjatanya untuk memperlekehkan dan sebolehnya menyingkirkan kerajaan.
Maka rakyat pun tidak habis-habis dilanda dengan demonstrasi jalanan hingga membawa kepada perhimpunan untuk ‘membebaskannya’ pada 9 Januari ini.
Umum mengetahui tarikh itu dipilih kerana pada hari itulah mahkamah akan membuat keputusan sama ada untuk membebaskannya daripada tuduhan itu atau pun mendapatinya bersalah dan dihukum termasuk penjara.
Ia sememangnya dirancangkan demikian untuk mengaibkan mahkamah kononnya institusi itu tidak bebas kiranya Anwar disabitkan. Dengan itu beliau mengharapkan simpati dunia luar terhadapnya sebagai mangsa konspirasi UMNO.
Tetapi jika mahkamah membuat keputusan sebaliknya tunjuk perasaan itu tentunya akan dijadikan sebagai perhimpunan kemenangannya daripada konspirasi kerajaan untuk menghalangnya berterusan bergiat dalam politik.
Keputusan yang memihak kepadanya akan digunakan secukupnya untuk menjulangnya nanti sebagai pemimpin pakatan pembangkang yang akan membantu pakatan longgar itu untuk membenam Barisan Nasional (BN) dalam PRU-13 nanti.
Maka itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini Anwar dan pengikut taksubnya telah mengadakan ‘roadshow’ mereka ke seluruh negara untuk mendapat simpati rakyat menyokongnya serta mengambil bahagian dalam tunjuk perasaannya itu.
Anehnya hingga kini Majlis Peguam Malaysia yang sebelum ini begitu lantang mahu pertahankan kebebasan mahkamah telah membisu seribu bahasa apabila kedudukan mahkamah dicemari oleh tindakan demikian itu yang jelas memberi gambaran mahkamah akan mensabitkannya dan dengan itu memang terbukti tidak bebas.
Inilah dia mereka yang hanya boleh terima keputusan yang memihak mereka saja, tetapi kalau sebaliknya mahkamah akan dicop sebagai tidak bebas dan dikongkong kerajaan.
Anwar dan penyokong taksubnya jelas tidak mahu menerima hakikat perjalanan perbicaraan yang berlarutan berbulan-bulan yang membawa kepada keputusan hakim bahawa pendakwa telah berjaya membuktikan pertuduhan ke atasnya. Maka Anwar telah diperintah membela dirinya.
Mengikut peraturan mahkamah, Anwar mempunyai tiga pilihan untuk itu iaitu:
1. Membela diri dari ‘kandang saksi’ dengan perlu bersumpah sebelum memberi keterangan yang boleh pula dicabar pendakwa,
2. Membela diri dari ‘kandang tertuduh’ di mana dia tidak perlu bersumpah sebelum memberi keterangan, tetapi hanya sekadar membaca kenyataan yang tidak pula boleh dicabar atau menghadapi soal balas baik oleh pendakwaraya atau pun mahkamah, dan;
3. ‘Berdiam diri’ di mana tertuduh tidak perlu membuat sebarang kenyataan lagi untuk membela dirinya.
Anwar sendiri telah memilih jalan kedua iaitu suatu pilihan tidak mempunyai kredibiliti. Beliau menggunakan gelanggang itu bukan untuk pertahankan dirinya, tetapi sebaliknya telah membaca kenyataan berjela yang lebih berbaur politik dan bagaimana beliau adalah mangsa konspirasi politik.
Ini adalah kesilapan Anwar sendiri. Dia bukan pun disekat untuk menangkis pertuduhan ke atasnya dan diberi begitu banyak kelapangan oleh mahkamah hinggakan membenarkan sehingga kira-kira 60 kali penangguhan sama ada dengan kerenahnya sendiri mahu pun barisan membelanya.
Sebenarnya memang ada banyak muslihat dari kalangan Anwar dan pengikut taksubnya merancang tunjuk perasaan terakhir ini.-5/1/2012
Penulis ialah Felo Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia
No comments:
Post a Comment