Thursday 23 August 2012


Merpati: Logo Gereja Paderi Bakar Al Quran


Helen Ang – Bagi PAS, ianya politik dan Putrajaya yang didahulukan.
Apabila Christian Fellowship of Subang Jaya mendakwa “Allah = GOD”, ia direlakan.
Apabila Christian Fellowship of Subang Jaya mendakwa “sebagai Kristian kami faham bahawa kami mempunyai segala hak untuk menggunakan kalimah ini, namun buat masa kini, hak-hak kami sedang dicabar” (screenshot sini), ia direlakan juga.
Christian Fellowship of Subang Jaya boleh menyeru “Rise up it’s time to take Subang for Jesus!” (screenshot sini).
Kalau seruan mereka berbunyi -”Bangkit lah, sekarang tiba masanya bagi kita menakluki Shah Alam untuk Yesus! (atau menawan Serambi Mekah di negeri pantai timur itu)” – bagaimana?

“Jom Ubah!”

Apabila Negara Islam yang menjadi titik-tolak perjuangan parti dipertikaikan, PAS kata tak apa, boleh dibawa berbincang. Kita pakai saja istilah Negara Berkebajikan.
Apabila sekutu politik mereka berdolak-dalih dengan hudud, PAS sedia akur kepada rumusan “setuju untuk tidak bersetuju”.
Apabila dimaklumkan burung merpati melambangkan Roh Kudus (1/3 tuhan triniti agama Kristian), kedengaran kokokan berderai-derai — Yang terbang itu burung merak dengan ekor cantik berwarna-warni, bergelumang pelangi.
Gereja Rev Jones bergelar Dove World Outreach Center.
Anda nampak burung apa “terbang” dalam logo Pakatan itu yang kononnya melambangkan “kebebasan”?
Kalau menjawab ‘merpati’, muslimin dan muslimah pula yang berganding bahu dengan evangelis untuk shoot the messenger (meragut nyawa penyampai utusan).
Boleh baca berpuluh-puluh komen yang ditinggalkan di blog ini semalam oleh spesi PASter, iaitu makhluk kacukan (pastor, permainan kata-kata bahasa Inggeris), yakni Melayu penyokong parti Islam itu dengan DAPster.
Perangai pun sudah macam pasangan dua merpati sejoli — muda-mudi PAS asyik terikut-ikut budaya putar-belit.
Apakah kerajaan negeri PAS di Kelantan dan Kedah bersetuju menggunakan logo Merdeka berbentuk burung itu?

Spesi burung apa?

Jadi apa identiti negara atau ke’Malaysia’an yang dibayangkan logo Hari Merdeka Pakatan? Dan bagaimana ide “kebebasan” yang dibawa oleh imej burung terbang bertepatan dengan cogankata “Sebangsa, Senegara, Sejiwa”?

Pereka-cipta menjelaskan
 bahawa logo menggambarkan “seekor burung yang sedang terbang”.
Dengan itu, untuk meneka ia burung apa, kita boleh singkirkan sahaja dari senarai jenis burung-burung yang tidak boleh terbang.
Maka burung yang dijadikan logo Pakatan itu BUKAN:
  • penguin
  • burung unta
  • kasuari / emu
  • kiwi
Ia BUKAN burung yang berkaki dan berleher panjang:
  • bangau
  • kuntul
  • burung jenjang
  • burung pucung
Ia BUKAN burung yang berparuh panjang atau besar:
  • pelatuk
  • kolibri
  • burung undan
  • burung kakaktua
Ia BUKAN burung berkaki renang:
  • itik
  • angsa (goose)
  • angsa putih (swan)
  • burung toucan
Kerana bentuknya tidak sepadan (misalnya dari segi susuk badan, sayap, kepala, dsb), ia juga BUKAN:
  • burung hantu
  • burung pipit
  • burung helang
  • burung camar
Rasa-rasanya ia bukan burung gagak yang berwarna serba hitam ataupun burung layang-layang yang mempunyai ekor menggarpu.
Jadi burung apakah yang digambarkan logo Pakatan?
Seorang pembaca blog ini berkata burung logo tersebut mempunyai “bulu ekor besar cantik“.
Iakah? Adakan logo itu menyerupai burung merak?
Ayam serama? Ayam serama ada terbang di langit dan melambangkan “kebebasan”?
Atau burung kenyalang yang dijadikan maskot ‘Jom Ubah’?

Phoenix bangkit, Yesus hidup semula

Ada seorang pembaca lain pula melihatnya sebagai burung phoenix, yang mengikut cerita dongeng, hidup beratus tahun serta akan lahir semula daripada abu-abunya.
Sejauh pengetahuan saya, phoenix pada lazimnya muncul dalam mitos Cina.
Namun apabila saya membuat penyelidikan dengan lebih lanjut, saya mendapati bahawa phoenix adalahperlambangan Kristian bagi fahaman ‘resurrection’ (Yesus hidup semula / bangkit pada Easter Sunday selepas mati disalib pada Good Friday).
“The phoenix Christian symbol represents the Resurrection and of eternity.”
Petikan dari buku berjudul ‘Signs and Symbols in Christian Art’:
“In Early Christian art, the phoenix constantly appears on funeral stones, its particular meaning being the resurrection of the dead and the triumph of eternal life over death. The phoenix later became the symbol of the resurrection of Christ and commonly appears in connection with the Crucifixion.”
Imajan burung adalah amat pekat perlambangan Kristiannya serta begitu sebati dengan rohani dan penghayatan seni para penganut agama tersebut.
Apa pula identiti Malaysia yang hendak disampaikan Pakatan melalui simbolisme burung?

No comments:

Post a Comment