Kes Saman Anwar : Mahkamah Diberitahu Temu Bual Di BBC Sokong Homoseksual
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang turut dipanggil menjadi saksi memberitahu Mahkamah Tinggi semalam bahawa temu bual Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan badan penyiaran British, BBC, mengenai undang-undang berkaitan homoseksual yang disiarkan pada 12 Jan lepas, membawa maksud supaya menyokong kegiatan itu.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam N.Surendran yang mewakili Anwar, Hassan berkata maksud sokongan itu perlu dibaca secara keseluruhan dan bukannya memilih ayat-ayat tertentu.
Surendran: Anwar telah mengatakan “We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women”. Berdasarkan pendapat anda, adakah ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual?
Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima.
Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju ‘archaic law’ adalah undang-undang lapuk?
Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam.
Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam.
Surendran: Berdasarkan kenyataan “We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women” adakah Anwar menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan?
Hasan: Ya setuju.
Surendran: Dalam ayat ketiga “We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain”. Adakah ayat itu menunjukkan Anwar menyokong homoseksual?
Hasan: Ya
Surendran: Anda pasti dengan jawapan itu?
Hasan: Ya
Hasan: Ya
Surendran: Saya cadangkan kepada anda ayat ini tidak sokong homoseksual tapi sokong perkahwinan.
Hasan: Saya tak setuju
Hasan juga turut disoal balas oleh seorang lagi peguam Anwar, Latheefa Koya berkenaan dengan aktiviti homoseksual di tempat persendirian bukan merupakan satu jenayah jika dibandingkan dengan di khalayak umum.
Hassan menjawab, dalam hukum Islam dosa tetap dianggap satu jenayah tidak kira ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan.
Latheefa:Adakah anda tahu perbezan antara dosa dengan jenayah.
Hasan: Saya tak pasti.
Latheefa: Saya cadangkan kepada anda sesuatu kegiatan yang dilakukan dalam Islam boleh dianggap sebagai dosa tetapi sekiranya tidak dilakukan di hadapan khalayak ramai, ia tidak boleh dijadikan sebagai jenayah. Adakah anda setuju?
Hasan: Tidak setuju. Sama ada di tempat awam atau tertutup, kalau itu tidak dibolehkan (berdosa), maka ia tetap tidak dibolehkan.
Hasan, saksi defendan pertama, berkata demikian pada perbicaraan kes saman Anwar terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung artikel mengenai komen Anwar bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan homoseksual.
Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman fitnah itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta, atas dakwaan telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari tahun ini berhubung temu bualnya bersama BBC.
Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Malaysia, bahawa perkataan ‘review archaic laws’, ‘punitive’, ‘punishment not relevant’ dan ‘public spehere and domain’ membawa maksud kegiatan homoseksual boleh dihalalkan, Hasan berkata pada bacaannya ia bermaksud menghalalkan kegiatan homoseksual.
Perbicaraan bersambung 23 Oktober ini.
No comments:
Post a Comment