Monday 13 August 2012

Hassan Ali – Semakin Lantang DAP Bersuara, Semakin Terdiam Parasit PAS


AIDCNews – 14/08/12 – Serangan bertubi-tubi DAP yang lantang menolak Negara Islam dan Hudud menyebabkan parasit-parasit PAS semakin mendiamkan diri, kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Pengerusi JATI.
“Saya sedih..kawan-kawan saya dalam PAS yang saya terminologikan sebagai parasit-parasit dalam PAS sehingga ini tiada seorang pun bersuara.
“Dengan desakan DAP yang sedemikian dan orang-orang DAP yang lainnya, dengan berbagai-bagai alasan-alasan yang dikemukakan dan konsisten alasan itu dan kita tengok semakin lantang penolakan mereka terhadap Negara Islam dan Hudud, tapi kita tengok teman-teman parasit dalam PAS semakin menyorok.
“Pasal apa ? Saya dah tau dah. Sebab mereka tidak mahu, kalau apa juga mereka berikan dalam bentuk pandangan dan sebagainya, itu nanti akan melibatkan pengundian terutamanya di kalangan orang bukan Islam yang akhirnya akan menyekat kemaraan mereka ke Putrajaya,”katanya.
Pengajaran dari kes ini, Hassan turut merujuk kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sebelum ini, yang berkata bahawa Pas akan pilih rakan baru sekiranya undang-undang Islam gagal ditegakkan.
Katanya, dalam format kini, Pas telah gagal melaksanakannya apa yang dikatakan oleh Harun Taib itu, bahawa Pas kini perlu memilih rakan baru dalam perjuangannya.

No comments:

Post a Comment