Masjid, surau perlu tolong orang miskin
Dikatakan juga pihak gereja di sana amat aktif menarik orang Islam, kebanyakannya rakyat miskin dengan memberi bantuan kewangan mengumpan mereka memasuki Kristian, selain daripada usaha mengaburi rakyat dengan menggunakan kalimah Allah dalam Kitab Injil yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia dan diedarkan secara meluas.
Mereka juga menggunakan istilah solat dan iman, selain sengaja mengubah hari ke gereja dari Ahad kepada Jumaat untuk mengaburi penduduk Islam, khususnya yang cetek pengetahuan mengenai agama atau yang tidak mendalami ajaran Islam.
Mereka juga giat mengadakan konsert untuk menarik minat muda mudi menyertainya dan dalam pada itu, menyelitkan bibit ajaran Kristian dengan menyamar seperti Islam menggunakan istilah yang diguna orang Islam. Kumpulan ini juga dikatakan sudah menyediakan saluran televisyen Kristian 24 jam bagi memaparkan kebaikan agama itu dan kenapa ia perlu dianuti.
Usaha mengkristiankan rakyat Indonesia ini sudah diberi liputan oleh majalah antarabangsa, Time pada April 2010 dengan tajuk Gelombang Penganutan Kristian di Indonesia yang memaparkan bagaimana masyarakat Islam Indonesia dipengaruhi pihak Kristian Pantecostal dan Evangelical melalui kerja mereka dengan mendekati masyarakat, khususnya yang miskin.
Majalah itu juga menyebut bahawa mengikut bancian penduduk Indonesia pada 2000, tidak sampai 10 peratus daripada penduduknya menganut Kristian walaupun angka itu dipertikaikan ramai pemimpin Kristian yang mendakwa penduduk Kristian Indonesia lebih ramai daripada angka yang dinyatakan itu. Kini sudah meningkat dengan ketara.
Disebutkan juga bagaimana pada awal 1960 satu kawasan Temanggung di Jawa Tengah tidak mempunyai satu pun gereja tetapi kini sudah mendirikan lebih 40 gereja dan di Jakarta sendiri gereja raksasa sudah pun didirikan seperti sebuah yang di kenali sebagai Reformed Millenium Centre yang boleh memuatkan lebih daripada 4,500 penganut dan juga sudah mendirikan patung Nabi Isa terbesar di Asia iaitu di Menado, Sulawesi pada 2007.
Usaha demikian boleh saja dilakukan dengan mudah kerana Indonesia mengiktiraf enam anutan secara rasmi iaitu Islam, Katolik, Kristian Protestan, Buddha, Hindu dan Confucius. Dalam pada itu, wujud pula gerakan dipelopori Institut Setara di Jakarta yang menggalakkan kepelbagaian (pluralism).
Kita di Malaysia walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan mana-mana pihak cuba memesongkan orang Islam daripada agama mereka, ia tidak pula dapat mematahkan semangat pihak Evangelikal melalui muda-mudi penganut baru mereka menjalankan usaha mengkristiankan orang Melayu.
Usaha ini dilakukan dengan licik seperti apa yang pernah dilakukan gereja Methodist di Damansara Utama melalui huluran bantuan makanan seharian dan bantuan lain kepada orang miskin sama ada tidak mendapat bantuan mahu pun mereka yang ingin mendapat bantuan lebih daripada yang mereka terima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Baitulmal.
Pihak Kristian diketahui membudayakan kerja kebajikan sebagai satu desakan tanggungjawab untuk menarik orang menganut agama mereka.
Tidak salah bagi pihak gereja menjalankan kerja kebajikan tetapi mereka tidak harus menggunakannya untuk mempengaruhi orang Islam yang menerima bantuan itu meninggalkan Islam dengan memasuki Kristian.
Ini sememangnya bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan. Malangnya, hingga hari ini tidak pula kedengaran ada gereja atau penganut mereka yang menjalankan kegiatan itu dikenakan tindakan atau didakwa.
Apa yang patut dilakukan orang Islam dan pihak berwajib yang mendukung agama untuk menangani usaha kebajikan Kristian itu?
Orang Islam sendirilah seharusnya mengambil iktibar daripada apa yang dilakukan pihak Kristian yang aktif menjalankan kegiatan kebajikan menolong orang yang memerlukan bantuan, termasuk orang Islam yang menagih dadah atau dilanda penyakit HIV/Aids hingga diabaikan keluarga tetapi mendapat perhatian dan bantuan pihak gereja.
Bagi orang Islam sendiri khususnya mereka yang arif mengenai ajaran agama, tidak harus menumpukan kegiatan kepada memberi syarahan di masjid atau surau saja tetapi harus cuba mendekati penduduk Islam yang cetek pengetahuan mengenai agama.
No comments:
Post a Comment