Thursday 23 August 2012


Kapir Harbi – Mufti Perak Sokong Kenyataan Pengasas Pondok Geting

 Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang berkata adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Menurutnya, oleh itu Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu mengambil tindakan terhadap ulama pondok itu kerana kenyataannya benar dan tidak bertentangan dengan Islam.
“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian ketika mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.
Abdullah Sa’amah seperti dilaporkan Utusan Malaysia, 8 Ogos berkata agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
“Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.
“Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan,” katanya.

Anwar Tuduh Ulama Pondok & UMNO Sebagai Pelampau Agama

 Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan medianya semalam menuduh ulama pondok sebagai pelampau agama kerana memfatwakan DAP sebagai haram.
Dakwanya ulama pondok yang disifatkan sebagai pelampau agama itu telah digunakan oleh Utusan Malaysia untuk memberi keuntungan politik kepada UMNO.
“Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno kini memulakan kempen pelampau agama melalui laporan Utusan Malaysia yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.
“Laporan berkenaan yang memetik pandangan seorang guru pondok antara lainnya menyatakan bahawa DAP secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud “, lapor portal pro Anwar, Malaysiakini.
Utusan Malaysia, 8 Ogos memetik pendapat pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah yang berkata haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
“Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.
“Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan,” katanya.
Tuduhan ‘pelampau agama’ merupakan satu label yang diklasifikasikan Rand Corporation (Rand Corp) merujuk kepada kumpulan Fundamentalis dan Tradisionalis yang menjadi musuh utama kepada kumpulan Modernis dan Liberalis.
Namun John Esposito, seorang jesuit dan merupakan mentor Anwar dalam bukunya, “Islam: The Straight Path” merumuskan takrif kumpulan pelampau agama itu lebih luas lagi iaitu merujuk kepada kumpulan yang mahu kepada kehidupan sebenar Islam secara komprehensif dan meletakkan Islam di tempat tertinggi serta tidak dipisahkan dari politik, hukum dan masyarakat.
Menurut Rand Corp sebuah yayasan yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS), Anwar Ibrahim termasuk dalam kategori Liberalis, di mana kumpulan Islam yang paling baik dan perlu disokong AS.
Pengkatogerian label-label dalam Islam itu terkandung dalam satu laporan yang dinamakan ‘Membina Rangkaian Muslim Moderat’ atau Building Moderate Muslim Networks , Rand Corporation, 2007.
Tujuan pembentukan ‘Rangkaian Muslim Moderat’ ini bertujuan untuk memecahbelahkan masyarakat Islam, di mana kumpulan Liberal dan Modenis (istilah yang dirujuk terhadap moderat) akan dibantu NGO AS seperti NED (the National Endowment for Democracy), IRI (the International Republican Institute), NDI (the National Democratic Institute), Asia Foundation, dan CSID (the Center for the Study of Islam and Democracy) untuk ‘memerangi’ kumpulan kumpulan Fundamentalis dan Tradisionalis.
Pemahaman lanjut, sila baca di sini dan di sini

No comments:

Post a Comment