Sunday, 5 August 2012


Zulkifli Noordin : Hanya Yang Mungkir Janji Takut Slogan Janji Ditepati

AIDCNews- 31/07/12 
YB Datuk Zulkifli Noordin berkata hanya golongan yang mungkir janji sahaja takut dengan slogan Janji Ditepati, sedangkan slogan itu merupakan slogan murni yang diterima secara universal.
“Slogan Janji Ditepati sangat ditakuti oleh orang yang selalu mungkir janji. Tambah lah (pula) pembohong rakyat.
“Orang yang membohongi rakyat lagi lah dia takut. Janji-janji yang dimungkiri sampai hari ini dia tak buat,” katanya dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa PERKASA semalam.
Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan Malaysiakini.
“Pada saya slogan perayaan adalah hak kerajaan yang memerintah. Jadi saya tak nampak persoalan apa slogan yang patut diletakkan kerana kerajaan yang sedang memerintah
“kerajaan ini nak tunjuk pada rakyat bukan sekadar pandai tabur janji tetapi pandai laksana dan tepati janji mereka.
“Apa masalah besar untuk kita bahaskan? Bagi saya isu ini isu remeh sahaja. Tidaklah besar sangat sampai boleh gugatkan negara. Saya rasa menunaikan janji itu mempunyai nilai universal,” katanya

Fathul Bari : Janji Ditepati Selaras Dengan Islam


AIDCNews – 31/07/12 – Faktor Janji boleh menentukan umat Islam kepada dua golongan. Umat Islam yang beriman adalah golongan yang menunaikan janji, manakala golongan munafik adalah golongan yang sering memungkiri janji, kata Ustaz Fathul Bari Mat Jahya.
“Ciri-ciri golongan munafik adalah sering memungkiri janji. Golongan munafik ini sangat besar hukumnya di dalam Islam. Ada perbezaan, ‘orang munafik’ dengan ‘ciri-ciri munafik’.
“Orang munafik ini, kata Allah di dalam Al Quran ‘berada di tempat neraka yang terbawah sekali’. Maknanya hukum munafik ini satu hukuman sangat dasyhat.
“Ciri-ciri munafik ada tiga, antaranya, ‘bila dia berjanji maka dia memungkiri janji tersebut’,” katanya.

No comments:

Post a Comment