Anwar, Azizah Perlu Jawab, Apa Itu Yayasan Aman Foundation ?
Sepucuk surat yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim, dari satu yayasan yang dinamakan Yayasan Aman Foundation telah dihantar kepada Doug Wilson, Amerika Syarikat (AS), bertarikh 31 Julai 2007.
Doug Wilson menurut sourcewatch.org adalah Presiden The Leaders Project, satu badan yang diasaskan bersama dengan bekas Setiausaha Pertahanan AS, William Cohen untuk merekrut pemimpin pelapis dari seluruh dunia.
“Wilson berkhidmat sehingga Mac 2012 sebagai jurucakap kanan Pentagon dan komunikasi utama strategis..beliau juga Naib Presiden the Howard Gilman Foundation,” lapor americanprogressaction.org.
Anwar dan Wilson pernah menghadiri persidangan US-Islamic World Forum di Doha, Qatar pada tahun 2010.
Surat yang berkepala surat Yayasan Aman Foundation beralamat di Pusat dagangan Phileo Damansara 1, Petaling Jaya menamakan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat dan Pengasas tersebut.
Menurut dokumen yang dilampirkan di bawah yayasan itu ditubuhkan pada 17 Januari 1983 di bawah syarikat bernama Yayasan Aman Berhad.
Turut dilaporkan terdapat enam orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan tersebut, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Rameli Musa, Datuk Vaseehar Hassan Abdul Razack, Saiful Izham Ramli dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Yayasan itu beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai satu cawangan di dalam kawasan parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Dalam kenyataan media Wan Azizah pada 31 Julai 2008 ketika beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk menumpukan perhatian terhadap Parti Keadilan Rakyat dan Yayasan Aman Foundation.
Wan Azizah adalah Pengerusi Yayasan Aman dan Presiden PKR.
Dalam satu artikel yang ditulis oleh x-pkr mendedahkan satu dokumen yang menunjukkan yayasan itu menyimpan dana yang cukup besar.
“Dipercayai Yayasan Aman punya beberapa akaun lain yang hanya orang tertentu yang dibenar melihatnya. Akaun yang dibentang kepada ahli hanya mahu mengaburi mata mata mereka. Sedikit bantuan yang diberi juga sekadar mahu menutup fungsi sebenar Yayasan Aman. Anwar cukup handal menutup ‘lubang’!
“Atas nama kebajikan, dipercayai dana Anwar dari luar negara disimpan dengan selamat dalam negara bagi tujuan operasi PKR. PKR juga hanya digunakan mengaburi pihak yang membiayai Anwar konon beliau sedang ‘struggle‘ dalam kancah politik Malaysia. Sebenarnya Yayasan Aman hanya topeng bagi Anwar dan Azizah membina imej mereka,” dedah blog itu.
No comments:
Post a Comment