Thursday 23 August 2012


Hassan Ali – Semakin Lantang DAP Bersuara, Semakin Terdiam Parasit PAS

Serangan bertubi-tubi DAP yang lantang menolak Negara Islam dan Hudud menyebabkan parasit-parasit PAS semakin mendiamkan diri, kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Pengerusi JATI.
“Saya sedih..kawan-kawan saya dalam PAS yang saya terminologikan sebagai parasit-parasit dalam PAS sehingga ini tiada seorang pun bersuara.
“Dengan desakan DAP yang sedemikian dan orang-orang DAP yang lainnya, dengan berbagai-bagai alasan-alasan yang dikemukakan dan konsisten alasan itu dan kita tengok semakin lantang penolakan mereka terhadap Negara Islam dan Hudud, tapi kita tengok teman-teman parasit dalam PAS semakin menyorok.
“Pasal apa ? Saya dah tau dah. Sebab mereka tidak mahu, kalau apa juga mereka berikan dalam bentuk pandangan dan sebagainya, itu nanti akan melibatkan pengundian terutamanya di kalangan orang bukan Islam yang akhirnya akan menyekat kemaraan mereka ke Putrajaya,”katanya.
Pengajaran dari kes ini, Hassan turut merujuk kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sebelum ini, yang berkata bahawa Pas akan pilih rakan baru sekiranya undang-undang Islam gagal ditegakkan.
Katanya, dalam format kini, Pas telah gagal melaksanakannya apa yang dikatakan oleh Harun Taib itu, bahawa Pas kini perlu memilih rakan baru dalam perjuangannya.


Hassan Ali – Bila Karpal Kata ‘Langkah Mayat Saya Dulu’

‘Di mana hala tuju tersebut, dalam perjuangan PAS sekarang ini..bagaimana kita nak berjuang, sebab PAS menjadi salah satu daripada tiga kompenan parti dalam Pakatan Rakyat.
“Salah satu parti itu, namanya DAP..DAP mengatakan ‘kalau kamu nak jadikan Malaysia ini Negara Islam, kamu langkah mayat aku’..Apa ertinya ? Ertinya tidak ada ruang langsung pada DAP untuk Negara Islam,” kata Dato’ Dr Hassan Ali, Presiden JATI semasa roadshow di Taman Bakti, Kg Gual Periuk, Rantau Panjang, Kelantan.






No comments:

Post a Comment