Nik Aziz Patut Malu Dengan Kazim Elias. Slogan Pembohongan PAS.
by Tok Guru 86
Islam
adalah agama suci Allah SWT, manakala PAS hanyalah parti politik ciptaan manusia
itu sendiri. Pasti wujud perbedaan yang amat jauh antara PAS dan Islam. PAS sama
sahaja dengan parti yang lain, baik UMNO, DAP atau PKR. Matlamat sebuah parti di
Malaysia ini hanya satu iaitu untuk menang setiap kali PRU 13.
Tetapi
bila bercakap soal PAS, sudah pasti pengikut tegar mereka akan kata, hanya PAS
yang mampu menjadikan Malaysia ini negara Islam. Tetapi itu dulu, sekarang PAS
sudah tukar kepada negara kebajikan. Siapa yang menjaga kebajikan rakyat selama
55 tahun merdeka? Mungkin anda mampu berfikir sendiri.
Kalau
benar hari ini PAS masih konsisiten untuk wujudkan negara Islam, apakah mereka
mempunyai kemampuan selagi bernaung di bawah DAP anti Islam? Mustahil dan amat
ajaib sama sekali PAS mampu menegakkan negara Islam bersama DAP yang secara
total menolak Islam. PAS juga pasti akan gagal untuk mewujudkan dasar negara
Islam jika berdiri sendirian kerana PAS akan bertanding hanya 60 kerusi sahaja
pada PRU yang akan datang, sedangkan untuk menjadi pemerintah negara Malaysia
memerlukan kemenangan 112 kerusi parlimen.
PAS Jadi Kuda |
PAS terus
membohongi rakyat dan pengikut yang selama ini menganggap PAS adalah parti yang
diturunkan oleh Allah. Dalil al-Quran selalu diguna pakai oleh pemimpin PAS
sewaktu di atas pentas ceramah yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat
kononya mereka ini Islam yang sejati. PAS hanya parti
biasa dan bukanya agama. Ustaz Kazim Elias ada mengulas lanjut tentang
slogan PAS "Sokong Islam Anda Selamat".
Terbaik
Ustaz Kazim Elias. Paling tidak pengikut tegar PAS dapat berfikir dua kali untuk
PRU13 nanti. Kalau benar mereka sayangkan agama Allah iaitu Islam, pilihlah
pemerintah yang benar-benar berani menjaga Islam bukanya pemimpin yang melihat
di mana ada untung mereka sanggup lacurkan agama suci Allah. Sekali lagi gua
ulang, PAS hanya parti dan Islam adalah agama Allah.
No comments:
Post a Comment