Anwar Nak Tawan Sabah ?
GA – Sabah seringkali digambarkan sebagai salah satu daripada negeri kekuatan baru kepada PKR. Apa yang digambarkan di dalam media, PKR akan dapat memiliki Sabah dengan mudah – meletakkan imej fixed deposit negeri itu kepada BN selama ini akan runtuh sama sekali. Inilah yang Anwar ingin gambarkan.
Hakikatnya tidak semudah itu. Berdasarkan maklum balas rakan-rakan PKR di Sabah, ianya tidak semudah yang Anwar sangka. Anwar juga tahu bahawa cabarannya bukan mudah. Anwar hanya mempermainkan media dengan pelbagai spekulasi.
Anwar sendiri tahu, dia tidak akan mampu memberikan impak sekiranya tidak cukup kekuatan yang ada. Kelemahan ketara? Jentera PKR yang belum lagi mencapai tahap kuat yang Anwar ingini.
Setakat hari ini, hanya ada 2 kerusi Parlimen yang Anwar benar-benar yakin akan dimenangi PKR. 2 kerusi itu adalah:-
Penampang
Kota Belud
Kerusi yang dijangka berpotensi untuk menang di Sabah:-
Tuaran
Kota Marudu;
Putatan
Libaran
Dengan segala gegak gempita yang Anwar bawa di Sabah, mereka hanya yakin untuk menang di 2 kerusi sahaja.
Tak lebih daripada itu. Ini maklumat war room PKR sendiri. Jadi apa yang kecoh-kecoh di Sabah ini.
Untuk makluman semua, 4 kerusi yang berpotensi itu pun bergantung kepada SWING yang menggila di kalangan pengundi. Belum tentu.
Kalau setakat 6 kerusi (best scenario) – macamana Anwar katakan dia akan membawa SERIBU MACAM perubahan kepada politik Sabah? Semuanya gendang kosong yang tidak membawa makna apa pun.
Nampak sangat semua ini sebahagian daripada strategi politik Anwar sahaja. Jangan lupa 16 September. Bunyi macam ramai – sudahnya?
Kalau BN Sabah sayangkan Najib – pastikan 6 kawasan Parlimen ini menang; dan Anwar akan melingkup dengan sendirinya.
No comments:
Post a Comment