Monday, 13 August 2012

Di Sebalik Status Tenaga ‘Pengajar’, Siapakah Anwar Ibrahim ?

AIDCNews -10/08/12 – “Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, yang kini di Universiti Georgetown,”begitulah rakaman terima kasih daripada Rand Corporation (Rand Corp) kerana berjaya menerbitkan kerangka utama memerangi ‘Islam radikal’ dalam laporannya bertajuk “Membina Rangkaian Muslim Moderat” (Building Moderate Muslim Networks).
Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dikelompokkan bersama dengan tokoh-tokoh Islam Liberal Indonesia, Filipina dan Singapura antaranya; Ulil Abshar-Abdalla, dari Jaringan Islam Liberal (JIL) dan M Syafi’i Anwar, Pengarah Eksekutif Pusat Islam Antarabangsa & Pluralisme (ICIP), dari Indonesia, Amina Rasul-Bernardo dari Majlis Islam Dan Demokrasi Filipina serta Suzaina Kadir dari Universiti Nasional Singapura.
Nama-nama di atas adalah di antara nama yang disebut Rand Corp sebagai “mereka dari dunia Islam yang membantu penyelidikan projek ini dan penyelidikan awal RAND berkenaan trend dalam Islam”
Penilai utama konsep laporan itu didominasi oleh kumpulan jesuit, zionis dan sekutunya, antaranya Hillel Fradkin, Pengarah, Pusat Islam, Demokrasi dan Masa Depan Dunia Islam, Institut Hudson; Paul Marshall dari Freedom House; Duta Dennis Ross dan Robert Satloff dari Institut Washington Polisi Timur Dekat; Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir, dan Scott Flipse dari Suruhanjaya Kebebasan Agama Antarabangsa AS; Abdeslam Maghraoui dan Mona Yacoubian dari Institut Keamanan AS; Daniel Pipes dari kumpulan pemikir zionis yang sangat anti-Islam.
Selain itu, turut disebut nama-nama seperti John Esposito, Pengarah CMCU (Center for Muslim and Christian Understanding), Universiti Georgetown; Ross Johnson dari Radio Liberty yang ditaja oleh CIA, Steven Cook, dari CFR (Council on Foreign Relations) dan Radwan Masmoudi dari CSID (Center for the Study of Islam and Democracy).
Menurut Rand Corp, Islam radikal tidak semestinya kumpulan yang mengangkat senjata, tetapi juga merujuk kepada kumpulan yang tidak mengangakt senjata, tetapi mempunyai fahaman untuk kembali kepada ajaran Islam berasaskan Al Quran dan Sunnah yang menjadi Islam Liberal sebagai musuh utama.
“Dalam beberapa kes negara autoritarian, umat Islam radikal menghadirkan diri mereka sebagai alternatif kepada status quo. Mereka melancarkan ‘peperangan’ dalam media massa dan arena politik, secara terang-terangan atau bawah tanah tanah, bergantung kepada darjah penindasan politik.
“Sebahagian besarnya, Islam radikal (dan sebagai kerajaan autoritarian) telah berjaya menakutkan, meminggirkan, atau mendiamkan kumpulan Islam moderat (liberal) iaitu kumpulan yang berkongsi dimensi utama dalam budaya demokrasi kepada pelbagai peringkat”, lapor Rand Corp.
Laman voa-islam.com menyelar strategi jahat Barat dalam memberi label-label kepada umat Islam, malah menurut laman itu istilah radikal dikelompokkan bersama dengan kumpulan teroris, ekstrem dan fundamentalis.
Memetik pandangan John Esposito dalam bukunya, “Islam: The Straight Path” Islam radikal adalah seperti berikut;
1. Mereka berpendapat bahawa Islam adalah satu pandangan hidup yang komprehensif dan bersifat total, sehingga Islam tidak dipisahkan dari politik, hukum, dan masyarakat.
2. Islam radikal seringkali menolak ideologi Barat kerana dianggap sekular dan materislistik.
3. Mereka sering mengajak para pengikutnya untuk ‘kembali kepada Islam yang sebenar’ sebagai satu usaha untuk perubahan sosial.
4. Mereka tidak menolak modernisasi sekiranya tidak bertentangan dengan standard agama mereka yang ortodok dan perkara-perkara yang tidak merosak kepercayaan mereka.
5. Mereka berkeyakinan, bahwa usaha-usaha Islamisasi dalam masyarakat Muslim tidak akan berjaya tanpa menekankan aspek berjemaah, berorganisasi ataupun pembentukan satu kelompok yang kuat.
Menurut laman itu lagi umat Islam dipecahkan kepada empat kelompok iaitu Fundamentalis, Tradisionalis, Modernis dan Liberalis.
Kelompok Fundamentalis sangat bahaya menurut Rand Corp dan perlu diperangi kerana ia setaraf dengan kumpulan radikal.
Begitu juga dengan kumpulan Tradisionalis, tetapi kumpulan ini masih boleh didekati dan diajak berunding.
Manakala kumpulan Liberal menurut RAND Corp merupakan kumpulan Islam yang paling baik dan perlu diberi bantuan oleh Barat, selain itu perlu dibantu juga adalah kumpulan Modernis.
“Umat ​​Islam yang Moderat dan Liberal, walaupun merupakan umat majoriti dalam kebanyakan negara Islam, tetapi mereka tidak dicipta menjadi satu rangkaian yang sama. Pembentukan rangkaian Moderat dan institusi Islam akan menyediakan platform untuk menguatkan mesej mereka dan mampu melindungi daripada keganasan dan ugutan daripada kumpulan Fundamentalis.
“Moderat, bagaimanapun, tidak mempunyai kekuatan sumber untuk mewujudkan rangkaian sendiri, mereka memerlukan pemangkin dari luar. Dengan pengalaman yang luas sejak dari usaha Amerika Syarikat semasa Perang Dingin untuk memupuk rangkaian yang komited dengan idea-idea yang bebas dan demokratik, maka AS mempunyai peranan penting untuk dimainkan untuk membantu kumpulan Moderat.
“Apa yang diperlukan pada peringkat ini adalah mendapatkan pengajaran daripada pengalaman Perang Dingin, dalam menentukan kesesuaian dengan keadaan dunia Islam hari ini, dan membangunkan “peta jalan” untuk pembinaan rangkaian Islam Moderat dan Liberal,” lapor Rand Corp.
Menurut laporan itu, istilah rangkaian Muslim Moderat merujuk kepada gabungan Muslim Liberal dan Modenis yang perlu dibantu AS bertujuan untuk memerangi kumpulan Fundamentalis dalam dunia Islam.
Matlamat Muslim Moderat-Liberal hampir sama dengan matlamat AS untuk meujudkan masyarakat demokratik di dunia Islam.
“Secara terbuka dan tertutup AS menekankan tentang kepentingan mengamalkan equliti demokratik liberal, tolenransi, pluralisme, kedaulatan undang-undang, menghormati hak-hak asasi manusia dan masyarakat sivil.
“Di samping itu, Jabatan Negara AS dan USAID (U.S. Agency for International Development) telah diberi mandat khusus untuk mempromosi demokrasi. Untuk menterjemahkan matlamat itu, Jabatan Negara dan USAID telah mengikat kontrak dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO), khususnya NED (the National Endowment for Democracy), IRI (the International Republican Institute), NDI (the National Democratic Institute), Asia Foundation, dan CSID (the Center for the Study of Islam and Democracy). NGO-NGO ini merupakan badan-badan bukan keuntungan yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan AS”, lapor Rand Corp.
Untuk menjayakan perancangan itu, menurut Rand Corp, AS telah mewujudkan MEPI (Middle East Partnership Initiative) dan BMENA (Broader Middle East and North Africa Initiative) khusus untuk mengembangkan demokrasi di Timur Tengah dan Afrika Utara yang kemudiannya diterjemahkan sebagai FFF (Foundation for the Future).
Anwar Ibrahim dipilih menjadi Pengerusi dan Presiden FFF.
Laporan Rand Corp itu disunting oleh Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle dan diterbitkan pada tahun 2007, dengan tajaan Smith Richardson Foundation (SRF)
SRF adalah salah satu topeng CIA, di mana pada lewat tahun 50-an, yayasan ini membantu Allen Dullen, Pengarah CIA dalam menjayakan agenda untuk menakluk dunia menggunakan kaedah ‘psychological warfare‘ (peperangan psikologi).
Pada tahun 1990, SRF turut mewujudkan pusat latihan kepimpinan untuk melatih agen-agen CIA.
Selain menaja RAND Corp, SRF turut menaja 266 badan stategik antaranya, CSIS (Center for Strategic and International Studies), AEI (American Enterprise Institute), SAIS (Paul H. Nitze School of Advanced International Studies, di Universiti John Hopkins), Brookings Institute, Hudson Institute, Freedom House, dan CFR (Council on Foreign Relations)
RAND Corp adalah singkatan kepada “Research and Development” ditubuh pada 1946 sebagai satu projek penyelidikan (Projek Rand) khusus untuk Pasukan Tentera Udara AS (United States Army Air Forces).
Pada awalnya RAND Corp hanya ditaja oleh yayasan dana Yahudi, Ford Foundation yang telah menyumbang sebanyak satu juta dolar pada tahun 1952, dan secara automatik Pengerusi RAND corp adalah Presiden Ford Foundation.
Namun pada hari ini, Ford Foundation RAND Corp turut dibantu oleh dua lagi yayasan dana Yahudi yang terbesar di AS iaitu Rockefeller Foundation dan Carnegie Foundation.
Di Sebalik Status Anwar Sebagai ‘Pengajar’
Di Sebalik Status Anwar Sebagai ‘Pengajar’ (2)
Di Sebalik Status Anwar Sebagai ‘Pengajar’ (3)

















No comments:

Post a Comment