Tuesday 3 July 2012

Sumber RM300 Juta Geran Selangorku Masih Misteri..


Pendedahan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yon semalam berkaitan dengan dakwaan penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion yang berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam Corporation Bhd. (Talam) menimbulkan satu misteri, dari manakah kerajaan Selangor mengutip RM300 juta untuk geran Selangorku.
“Kita mengetahui kerajaan Pakatan Rakyat seringkali mewar-warkan bahawa melalui pengutipan hutang daripada Talam mereka telah berjaya mengutip sebanyak RM300 juta untuk mengadakan program-program di kerajaan negeri.
“Ini merupakan salah satu pembohongan yang besar kerana transaksi dengan Talam merupakan pembelian aset daripada Talam. Talam tidak membayar wang tunai yang sebegitu besar kepada pihak kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat MCA semalam.
Menurutnya berdasarkan laporan tahunan terkini KHSB, ia telah menunjukkan bahawa kerajaan negeri Selangor masih berhutang sebanyak RM115 juta.
“Pada 11 Julai 2010, kerajaan negeri Selangor telah berjanji untuk membentangkan kertas putih mengenai langkah pengutipan semula hutang dari Talam ini. Mereka juga menyebut bahawa kertas putih ini akan dibentangkan pada hujung tahun. Tapi hingga hari ini kita masih menunggu kertas putih itu.
“Adakah terdapat unsur-unsur udang di sebalik batu dalam isu ini hingga menyebabkan pembentangan kertas putih ditangguh sekian lama?” soal Chua.
Misteri Pelupusan Hutang Talam Corporation Berhad
Geran RM300 Juta Sumber Diragui, MB Selangor Perlu Beri Penjelasan..
SD Johari : Krisis Proksi PKR Selangor Berpunca Geran RM300 Juta

No comments:

Post a Comment