Monday 9 July 2012

SUARAM Mula Ketakutan Bayang – Bayang SSM


mynewshub.my – Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendakwa tindakan sekumpulan anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuat pemeriksaan di sebuah premis di Petaling Jaya petang semalam sebagai satu gangguan ke atas badan bukan kerajaan (NGO) tersebut.
Suaram melalui satu kenyataan media mendakwa, pemeriksaan rutin SSM ke premis terbabit dianggap sebagai kurang kredibiliti kerana Suaram mempunyai rekod yang baik selama 23 tahun dengan SSM malah memperoleh anugerah daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
“Kami mempersoalkan pemeriksaan rutin yang pertama kali dilakukan ke atas Suaram selepas 23 tahun kami beroperasi. Suaram tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan dan kami bersedia berkerjasama berdasarkan undang-undang dan menyerahkan rekod penuh audit kami,” dakwa kenyataan itu hari ini.
Kenyataan Suaram itu dipercayai sebagai reaksi segera NGO terbabit berhubung kenyataan SSM awal hari ini yang menafikan membuat pemeriksaan ke atas premis kumpulan hak asasi manusia terrsebut kira-kira pukul 3 petang semalam.
SSM sebaliknya melalui satu kenyataan media seperti dilaporkan mynewshub.my pagi ini menjelaskan SSM sebenarnya membuat pemeriksaan ke atas syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) di premis yang terletak di Gasing Indah, Petaling Jaya, Selangor.
Menurut kenyataan itu, SSM menjalankan pemeriksaan rutin ke atas Suara Inisiatif yang dikaitkan dengan Suaram di premis perniagaan tersebut untuk memastikan syarikat berkenaan mematuhi peruntukkan Akta Syarikat 1965 seperti yang biasa dijalankan terhadap syarikat lain.
Sebuah portal berita semalam melaporkan sekumpulan pegawai SSM yang datang untuk melakukan ‘pemeriksaan rutin “di premis kumpulan hak asasi manusia, Suaram, pada kira-kira jam 3 petang terpaksa berpatah balik kerana waran mereka tidak sah.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dipetik berkata, waran mesti ditandatangani oleh pendaftar tetapi waran berkenaan tidak ditandatangani dan kumpulan pegawai SSM tersebut hanya disertai seorang timbalan.

No comments:

Post a Comment