Menilai Keberkesanan Strategi ‘Bersara’ Anwar
“..Adat orang merajuk, penawarnya ialah mahu dipujuk. Gambaran masa hadapan politik Anwar kini semakin jelas apabila tiada usaha ikhlas dan sungguh-sungguh daripada mana-mana pihak dalam PKR untuk memujuk Anwar menimbang semula hasrat Anwar untuk bersara selepas PRU13 jika PR gagal merebut kuasa.
“Setakat ini hanya Nik Aziz Nik Mat sahaja yang berani bersuara supaya Anwar teruskan perjuangan memimpin PR. Masih belum kendengaran sokongan dan lebih tepat lagi “pujukan” daripada Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng. Peguam Anwar, Karpal Singh pun menyepi,” kata Abdul Rahman Malik dalam ulasannya bertajuk “Rajuk Anwar: Masih adakah yang sayang?“.
Menurutnya, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Anwar semakin resah tentang kedudukannya, serangan terhadap peribadinya semakin hebat baik dari luar mahupun dalam PR, menyebabkan Anwar perlu mengumpan strategi bersara untuk mengukur tahap sokongan di kalangan parti-parti politik PR yang bersahabat dengannya.
“Anwar mahu kepastian adakah desas-desus yang mengatakan bahawa kini semakin ramai di kalangan anggota dan pemimpin PAS serta DAP tidak mahu menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekalipun PR menang pilihan raya umum akan datang.
“Anwar juga mahu kepastian jika beliau tidak ada untuk memimpin PR, siapakah yang akan ditonjolkan oleh PR sebagai penggantinya. Anwar juga mahu “menggesa” setiap ahli termasuk pemimpin DAP dan PAS yang mengimpikan beliau tidak menjadi Perdana Menteri jika PR menang supaya berfikir apakah akan berlaku kalau beliau tiada lagi dalam PR.
“Anwar mahu mereka bayangkan, masih adakah harapan PR untuk menggugat BN jika PR kecundang dalam PRU13 ini tanpanya sebagai pemimpin.
“Rajuk Anwar ini adalah tanda awal bahawa beliau mahu PAS dan DAP menilai semula kerjasama dan setiakawan mereka dengan PKR dan mengakui hakikat bahawa tanpanya perikatan itu tidak mungkin wujud,” katanya.
Laman suarapakatanrakyat.com mempertikaikan kenyataan Anwar untuk bersara politik yang katanya itu merupakan satu tafsiran bukannya hasrat yang lahir dari hati dan sanubari Anwar.
“Persoalan yang penulis ingin tanyakan di sini ialah, benarkah Anwar mahu bersara dari politik? Penulis telah melihat kembali kenyataan beliau dalam Financial Times dan mendapati ayat betul yang diucapkan beliau ialah “We present our manifesto, our policies and, of course, if I get a mandate, I continue, otherwise I think I’ll go back to teaching,”
“Tidak sama sekali disebut di situ perkataan bersara,”katanya.
Cuma menurut laman itu, disebabkan tafsiran umum yang menunjukkan Anwar ingin kembali menjadi tenaga pengajar, ini menunjukkan tanda-tanda awal ketidakyakinan PR menang dalam PRU 13 dan ini akan merencatkan semangat di kalangan penyokong-penyokong PR.
“Cuma kelemahannya disini, penulis lihat kenyataan seumpama itu mengendurkan sedikit semangat penyokong Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang.
“Mungkin sudah ada yang mula beranggapan Pakatan Rakyat tidak mungkin menang dalam pilihanraya kali ini,” katanya.
The Unspinners melihat strategi itu backfire kepada Anwar. Menurutnya apabila Anwar sebut mahu bersara dan ‘penat’ secara langsung kredibilitinya sebagai ketua pembangkang akan merudum.
“Pada sesetengah pihak dalam pembangkang, kredibiliti Anwar jatuh apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian. Mana boleh seorang pemimpin menyatakan dirinya penat?
“Seorang pemimpin mahu pengikut terus berjuang tanpa penat lelah dan mahukan pengorbanan mereka. Tapi dia sendiri kata dia penat? Apa lagi dengan pilihanraya yang sudah dekat?
“Kami lihat ianya Anwar menyedari bahawa salahlakunya terlalu banyak dan banyak diketahui, maka ini adalah isi hatinya mengatakan dia sedar bahawa dia sudah banyak salah. Namun ini hanya lakunan dan cara Anwar untuk menagih simpati,”katanya.
Survey rambang menunjukkan ucapan ‘Anwar mahu bersara’ tidak berjaya melonjakkan orang ramai untuk hadir mendengar ucapannya.
Terbaru, seperti dilaporkan Utusan Malaysia, Konvensyen Pilihan Raya Umum di Dewan Konvensyen Sunshine di Bayan Baru, Pulau Pinang semalam gagal menarik kehadiran ahli meskipun dengan kehadiran Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.
“Banyak kerusi di dewan yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang itu kelihatan kosong manakala penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu.
“Pada masa sama, Anwar juga kelihatan kurang bersemangat ketika berceramah apabila tidak mendapat tepukan gemuruh malah laungan ‘Reformasi’ yang sinonim dengan parti itu juga kedengaran sangat perlahan, “lapornya.

No comments:
Post a Comment