Israel Racun Arafat…..
Israel meracun bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat dengan bahan radioaktif polonium, kata anak saudaranya, Nasser al-Qidwa semalam.
“Kami menuduh Israel membunuh Arafat dengan meracunnya dengan bahan pembawa maut,” katanya kepada agensi berita AFP.
Beliau merujuk bahan pembawa maut itu sebagai polonium. Bahan itu ditemui pada pakaian yang dipakai Arafat semasa beliau sakit.
Dakwaan Yasser diracun timbul awal bulan ini selepas al-Jazeera menyiarkan dokumentari mengenai pengakuan pakar bahawa mereka menemui kandungan polonium tinggi pada tubuh pemimpin Palestin itu.
Polonium adalah bahan bertoksik tinggi dan sangat jarang ditemui di luar lingkungan tentera dan saintis. Bahan radioaktif itu pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Russia yang berpaling tadah, Alexander Litvinenko, yang maut sejurus selepas meminum secawan teh di London pada 2006.
“Mereka yang bertanggungjawab dengan pembunuhan itu sepatutnya dihukum,” tambahnya lagi.
Nasser merupakan Presiden Yayasan Yaser Arafat.
Al-Jazeera sebelum ini melaporkan pakar-pakar menyatakan terdapat kadar kandungan polonium yang tinggi pada barang peribadi milik pemimpin terkenal Palestin itu.
Namun, jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menafikan dakwaan Nasser.
Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Perancis pada tahun 2004 – AFP

No comments:
Post a Comment