Monday 9 July 2012

Berita Negatif Malaysia Di Media Indonesia

 BAGAN DATOH, 6 Julai – Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beberapa berita negatif mengenai Malaysia yang disiarkan media Indonesia, disumbangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai kenalan di Indonesia termasuk dalam kalangan pengamal media yang membolehkannya menyalurkan berita negatif mengenai Malaysia.
“Selama ini gambaran yang diberikan kepada media Indonesia datang daripada Anwar. Berita-berita negatif (mengenai Malaysia) disumbangkan oleh Anwar padahal apa yang (sebenarnya) berlaku (di Malaysia) tidak sebegitu keadaannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek jalan dari Kampung Sungai Dulang ke Kampung Sungai Ipil di sini, Jumaat.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lawatannya bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jakarta, Indonesia Selasa lepas.
Katanya Anwar tidak sepatutnya memberikan gambaran negatif mengenai Malaysia kepada media Indonesia kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan di antara kedua-dua negara – Bernama

No comments:

Post a Comment