Latheefa Koya VS Khalid, Peperangan Kem PKR
Sekali lagi, Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR yang juga Timbalan Pengerusi PKR Selangor bangkit mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ‘individu yang menutup pintu rundingan’ dalam kes peletakan jawatan Latheefa Koya sebagai Ahli Majlis daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
“Kami menyatakaan rasa kecewa ke atas kerajaan negeri yang mengambil tindakan sendiri dalam isu ini tanpa rundingan dengan pimpinan parti Selangor.
“Berhubung perkara sama, kami ingin menasihat kerajaan negeri Selangor supaya lebih terbuka dengan kritikan terutama (berhubung) kerahsiaan dalam hal ini,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
Abdul Khalid yang ditanya wartawan tentang peletakan jawatan itu, menganggap ia adalah pilihan Latheefa Koya.
“Itu keputusan Latheefa Koya bukan keputusan kerajaan negeri,” katanya yang akan membincangkannya di peringkat exco esok.
Terence Netto dalam komentarnya turut sependapat dengan Zuraida dan melihat elemen pertembungan ideologi yang dianuti oleh Latheefa Koya sebagai faktor pertembungan dengan ideologi Abdul Khalid.
“Latheefa, seorang peguam yang mempunyai rekod yang lama sebagai jurucakap hak asasi manusia, bermula dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan kemudiannya Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila PRM bergabung dengan PKN (Parti Keadilan Nasional), dilantik ahli majlis MBPJ selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-12,” ulas komentar dari Malaysiakini itu.
Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri menggambarkkan Abdul Khalid sebagai seorang tokoh korporat yang tidak menghayati asas perjuangan PKR dan memasuki parti itu bukan kerana asas perjuangan tetapi kerana kecewa apabila bidang korporatnya tidak dibantu.
“Dia (Khalid) tak percaya kepada prinsip perjuangan yang dia masuk..Iya lah dia ada kebolehan sikit tentang pentadbiran tapi kemasukan dia dalam PKR ini kerana dia gagal. Saya dah tolong dia berkali-kali umpamanya dia tak bayar hutang PNB (Permodalan Nasional Berhad)..saya tangguh..tangguh tapi tak dapat bayar juga.
“Jadi bila PNB ambil tindakan, dia marah lah..lepas tu masuk parti lawan (PKR)..ini bukan orang politik, cuma pasal kecewa sahaja dan sekarang ini dia akan hadapi masalah,” katanya.
Dalam bahasa sosialis, Latheefa adalah simbol marhaen, manakala Abdul Khalid adalah simbol kapitalis.
Semuanya bermula dengan kritikan Latheefa terhadap Abdul Khalid tentang isu peneroka bandar atau pun lebih dikenali sebagai setinggan, kata Terence Netto.
Masalah setinggan merupakan salah satu asas PSM (Parti Sosialis Malaysia) yang asal usulnya dari PRM.
Latheefa telah menghantar e-mel kepada Abdul Khalid mmengkritik keras cara MB Selangor menangani demonstrasi oleh para setinggan di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam pada 20 Jun.
“Pintu bangunan SUK ditutup untuk menghalang para demonstran daripada memasuki bangunan itu menyebabkan mereka berdiri di tengah panas di luar pagar beberapa jam, sebelum mereka bersurai.
“Ini sudah pasti bukan cara kerajaan Pakatan melayan rakyat yang sepatutnya mereka runding, walaupun tidak mahu menerima tuntutan mereka,” kata Terence Netto.
Demonstrasi setinggan, 20 Jun merujuk kepada 46 keluarga dari Sungai Buloh yang mahu Abdul Khalid menyelesaikan masalah mereka.
Sebagai seorang korporat, polisi Abdul Khalid adalah berasaskan dasar kapitalis dan pembangunan.
Sebaik sahaja mengambil alih pemerintahan, Abdul Khalid berjanji akan membanteras setinggan sifar di Selangor yang ditentang keras oleh JERIT (Jaringan Rakyat Tertindas), cabang PSM.
“Dasar ini pada asasnya tidak berniat untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat berpendapatan rendah di Selangor, tetapi lebih merupakan kempen membantu pemaju yang mahu merampas tanah yang sudah pun dimajukan dan diusahakan oleh setinggan sejak beberapa dekad,” kata Jerit.
Begitu juga dalam kes Padang Bola PKNS Kelana Jaya, Abdul Khalid menolak keras bantahan penduduk Kelana Jaya semata-mata untuk menjayakan pelan pembangunan di tapak kompleks sukan itu.
Menariknya usaha Abdul Khalid ditentang keras oleh bekas Setiausaha Politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Lebih menarik lagi, Nik Nazmi, Zuraida Kamaruddin dan Latheefa Koya berasal dari kem yang sama iaitu kem Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.
Terence Netto : Selepas Anwar, Bukan Islam Jadi PM

No comments:
Post a Comment