Monday, 9 July 2012

Cynthia Gabriel Marah Gobala Dedah Rahsia SUARAM



 “Katak Gobalakrisnan” begitulah gelaran yang diberikan oleh Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel kepada YB N. Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai itu mendedahkan rahsia badan itu di TV 3, 29 Jun.
Stail melabel dan memberi gelaran buruk kepada individu yang tidak disukai merupakan trend lumrah yang pernah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Meskipun pujian Gabriel diberikan kepada Gobala kerana pendedahannya di TV3 sebagai publisiti percuma terhadap SUARAM, namun pujian itu dianggap satu sindiran yang berbaur unsur ketakutan kerana pengarah SUARAM itu telah memulakan ayat dengan gelaran buruk kepada Ahli Parlimen Padang Serai.
Simbolik tulisannya di twitter itu sudah mencerminkan sikap sebenar Gabriel yang hanya berselindung di sebalik memburuk-burukkan individu yang tidak disukainya, untuk menyembunyikan pekung menjawab persoalan sebenar yang dibangkitkan oleh individu tersebut.
Gobalakrishnan yang juga bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mendedahkan di TV3 bahawa SUARAM merupakan salah satu instrumen Anwar Ibrahim, itulah persoalan besar yang tidak dijawab oleh Gabriel.
Dalam kenyataannya di TV3, Gobala tidak pernah mengkritik Gabriel, sepertimana Pengarah SUARAM itu mengkritik Gobala di twitternya, sebaliknya bekas aktivis PKR itu hanya menceritakan pengalaman peribadinya ketika menyertai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, diarah Anwar untuk memenuhi cita-cita politik Ketua Umum PKR.
Malah Gobala juga turut menasihati rakan baiknya, Sivarasa Rasiah agar jangan terikut-ikut dengan telunjuk Anwar Ibrahim supaya kelak badan tidak binasa.
Pengakuan pengalaman peribadi Gobala di TV3 itu juga turut disiarkan saluran youtube KLpos yang dapat ditonton dalam rakaman di bawah.
Menurutnya, Anwar Ibrahim ibarat mastermind yang bertanggungjawab mereka cipta isu untuk mempengaruhi minda rakyat dan dalam kes SUARAM tugas itu diarahkan Anwar kepada Sivarasa Rasiah dan Tian Chua.
“Saya masih ingat lagi di setiap mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR..Datuk Seri Anwar akan nasihat ahli-ahli majlis untuk membawa isu-isu.
“Setiap isu itu, beliau (Anwar) akan minta seorang pemimpin di bawahnya (untuk memainkan peranan)..Saya nak nasihat (kepada) SUARAM dan Sivarasa..jangan ikut Anwar membuta tuli..kerana mahu selamatkan Anwar, mereka (sanggup) memesongkan (pemikiran) rakyat dengan membawa isu-isu ini.
“Kita tahu, semua ini adalah perancangan dan perbincangan dengan Datuk Seri Anwar,” katanya.
Katanya lagi SUARAM merupakan salah satu instrumen yang disebut-sebut oleh Anwar untuk membangkitkan sesuatu isu.
Dalam erti kata lain kata Gobala, Anwar menggunakan SUARAM supaya PKR dapat bersembunyi di sebalik bayang-bayang SUARAM yang dilihat umum sebagai sebuah NGO tidak berparti.
“SUARAM adalah nama NGO yang selalu dikaitkan oleh Datuk Seri Anwar dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PKR. Apabila dikaitkan SUARAM, Sivarasa (Rasiah) atau Tian Chua (yang akan bertanggungjawab)
“SUARAM mempunyai networking dengan NGO-NGO di negara-negara lain, mereka bekerjasama.. misalnya dalam isu Scorpene dengan bantuan NGO-NGO dari Peranchis. Jadi inilah modus operandi mereka”.
Menurutnya, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk mendapat undi, walaupun dengan menyebar fitnah kepada individu, kumpulan dan parti yang menjadi musuhnya.
Dedahnya lagi, Anwar akan tugaskan beberapa MPP PKR untuk mencari serta mencipta isu tertentu mengikut kepakaran masing-masing bagi ‘melancarkan serangan’ ke atas kerajaan.
“Semasa masih bersama PKR, saya diberi tanggungjawab untuk menangkis dan menerangkan tentang isu-isu masyarakat India. Apabila isu (yang dibangkitkan itu) tidak betul..saya tidak boleh berpaling tadah daripada Anwar..
“Saya akan diminta untuk mereka sesuatu isu dan mengenegahkannya supaya rakyat akan percaya. Anwar akan katakan..ini adalah politik..dan apa yang kita lakukan itu adalah strategi politik..
“Jadi dalam isu Scorpene..ini adalah strateginya..Saya masih ingat lagi pada satu ketika dulu, YB Batu (Tian Chua)..dia keluarkan gambar yang dia kaitkan dengan Perdana Menteri (PM), di mana gambar itu kononnya PM pun duduk..tetapi dalam mesyuarat pimpinan (PKR) apabila isu itu dibangkitkan..Anwar nasihatkan Tian Chua agar lain kali lebih prihatin supaya gambar itu nampak (lebih) ‘real‘,” katanya.
AIDCNews sebelum ini mendedahkan terdapat sekurang-kurang 5 orang aktivis PKR yang turut menjadi dalang terhadap pergerakan SUARAM.
Mereka adalah Sivarasa Rasiah, Tian Chua, Dr Syed Husin Ali, Irene Fernandez dan Elizabeth Wong.
Selain itu, terdapat 2 orang lagi sekutu PKR, iaitu Dr. Nasir Hashim dan S. Arutchelvan dari PSM (Parti Sosialis Malaysia) yang turut menjadi dalang di sebalik tabir SUARAM.
Pendedahan Dana asing SUARAM Sejak Dari Tahun 2005 ..
Operasi Regim Change : NED/CIA Salur Dana SUARAM Tabal Anwar Jadi PM?
PKR, Singapura & SUARAM

No comments:

Post a Comment