Prof. Zainal Kling : 90 atau 60, DAP Tetap ‘Abang Besar’ PR
Pada kadar segera, DAP, menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin ‘agung’ parti itu menafikan khabar angin tersebut dengan menyatakan bahawa DAP hanya akan bertanding tidak melebihi 60 kerusi pada PRU akan datang sekaligus ‘menyerahkan’ baki 162 kerusi lagi kepada PKR dan PAS.
Walaupun mungkin bertanding bilangan kerusi paling sedikit berbanding parti komponen lain dalam PR, DAP buat masa ini masih ‘abang besar’ dengan menjuarai bilangan kerusi dalam PR jika dilihatkan keadaan semasa yang menyaksikan DAP mempunyai 29 kerusi, PAS pula dengan 22 kerusi dan PKR memiliki 23 Ahli Parlimen.
Sebagai ‘abang besar’, tidak mustahil untuk DAP meminta pembahagian kerusi lebih besar sehingga 90 kerusi berbanding sekitar 50 kerusi pada PRU sebelum ini atas alasan masyarakat Cina menjadi penentu keputusan PRU akan datang, demikian menurut penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling.
“Mereka mungkin tidak akan meminta jawatan Perdana Menteri, sebaliknya menyerahkan jawatan nombor satu itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi pastinya mereka menjadi ‘abang besar’ dalam pemerintahan negara dengan Anwar sebagai boneka sahaja,” katanya kepada antarapos.com.
Jelas beliau, apabila perkara seperti itu terjadi, segala aspek pemerintahan dan pentadbiran pemimpin Melayu dari PKR dan PAS akan ‘dikawal’ oleh pemimpin DAP seperti yang berlaku pada masa ini terutama di Selangor dan Pulau Pinang.
DAP sebelum ini menunjukkan ‘kemurahan hati’ parti itu apabila masih mengekalkan Anwar sebagai ketua pembangkang walaupun Anwar telah diarahkan untuk membela dirinya dalam perbicaraan liwat II dan selepas berlakunya beberapa siri lompat parti oleh Ahli Parlimen PKR sehingga menyebabkan DAP mempunyai kerusi Parlimen paling banyak dalam Dewan Rakyat, mengalahkan PKR dan PAS.
Pendapat Zainal itu disokong oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang turut tidak menolak kemungkinan DAP untuk bertanding lebih banyak kerusi Parlimen berbanding dua parti PR yang lain kerana ‘kekuatan’ yang dimiliki pada masa ini.
“Ada kemungkinan, mereka terpaksa bersetuju untuk DAP bertanding lebih banyak kerusi berbanding PRU terdahulu kerana DAP yang paling kuat sekarang,” jelasnya.
Bilangan kerusi yang bakal ditandingi oleh DAP mula dipersoalkan banyak pihak setelah angka tersebut selalu berubah-ubah dan menunjukkan trend peningkatan dari semasa ke semasa daripada hanya sekitar 50 kerusi seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli semasa debat bersama Khairy Jamaluddin pada bulan Mei yang lalu kepada 60 kerusi, naik 10 kerusi dalam kurang daripada dua bulan sahaja.
Sekarang 60 kerusi dan sekiranya momentum kenaikan ini terus berlaku dan DAP mula memasang angan-angan lebih besar untuk menawan Putrajaya, kemungkinan besar angka tersebut akan terus membesar sejajar keinginan dan nafsu parti itu yang kian meluap-luap.
DAP juga mungkin terpaksa bertanding di lebih banyak kerusi berbanding PRU terdahulu atas ehsan dan membalas budi pengorbanan berdekad lamanya ahli-ahli DAP yang cukup setia dan kini menuntut supaya turut mendapat tempat untuk bertanding atas tiket DAP di tengah-tengah suasana tahap populariti parti itu yang semakin mencanak-canak atas banyak sebab.
Itu belum termasuk ‘keperluan’ untuk mengambil hati para pemimpin Melayu yang mengumumkan untuk menyertai DAP selepas 2008 dengan meraih peluang kekurangan ahli-ahli Melayu dalam DAP setelah melihat potensi besar untuk bertanding pada PRU dan menjadi wakil rakyat.
Apa yang membimbangkan para pengundi Melayu di negara ini ialah dominasi oleh DAP yang rata-ratanya dianggotai oleh masyarakat Cina akan menyebabkan masyarakat Melayu dari pelbagai segmen masyarakat sama ada dari golongan pelajar, pekerja mahupun usahawan akan dipinggirkan, sama ada secara terang-terangan mahupun secara halus daripada proses arus pembangunan negara.
Dengan kemampuan untuk menjuarai bilangan Ahli Parlimen dari DAP dalam Dewan Rakyat berbanding PKR dan PAS yang terpaksa bersaing di kawasan bermajoriti pengundi Melayu dengan UMNO dan Barisan Nasional, DAP secara automatik bakal dinobatkan sebagai ‘abang besar’ pakatan tersebut.
Selaku ‘abang besar’ yang sanggup beralah dengan menyerahkan jawatan nombor satu negara kepada Anwar, kemungkinan besar wujud keadaan di mana pemimpin Melayu dari PKR itu akan terhutang budi atas ehsan dan budi bicara DAP sehingga terpaksa ‘melepaskan’ kepentingan-kepentingan tertentu yang dipertahankan untuk orang Melayu selama ini kepada masyarakat Cina atas permintaan DAP.
DAP pula pastinya tidak boleh lari dari tanggungjawab untuk menunaikan janji-janji dan rasa terhutang budi atas undi oleh masyarakat Cina yang membolehkan mereka tampil sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang, jika bukan menawan Putrajaya pada PRU ke-13 kelak, walaupun pernah berada dalam keadaan ‘ICU’ persada politik negara sebelum PRU 2008.

No comments:
Post a Comment