Thursday 19 July 2012

Sikap Chameleon Anwar Terserlah Isu Gay


AIDCNews – 19/07/12 – Label majalah antarabangsa The Economist yang menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti ‘chameleon’ (seekor binatang sesumpah) semakin jelas dalam isu kes samannya terhadap Utusan Malaysia berkaitan temu bualnya dengan BBC mengenai undang-undang homoseksual, 12 Januari 2012.
The Economist menggelarkan Anwar ‘Malaysia’s chameleon‘ketika membandingkan sikap dan pendirian Anwar yang berbeza ketika bercakap di luar negara dan dalam negara, iaitu perbandingan sikap Ketua Umum PKR ketika bersama pimpinan PAS di Kelantan dengan pimpinan Kristian di Perth, Australia.
Dalam kes homoseksual, sikap Anwar juga sama.
Ketika wawancaranya bersama BBC News, di Mumbai, India, wartawan media antarabangsa itu bertanya, “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”
Anwar menjawab, “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum. Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula
“Kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.
Namun semasa berada di Malaysia dan ketika disoal oleh peguam Datuk Firoz Hussein yang mewakili Utusan Malaysia dalam Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Anwar seperti dilaporkan The Malaysian Insider berkata, beliau tidak mahu memansuhkan undang-undang anti-liwat dan mahu akta itu diteruskan untuk melindungi institusi perkahwinan.
Firoz Hussein : Adakah kita harus mendiskriminasi terhadap kumpulan homoseksual.
Anwar : Ya. Kami tidak memberi ruang kepada golongan homoseksual dan mempertahankan kesucian perkahwinan.
Walau bagaimanapun, Anwar menegaskan undang-undang kuno terhadap golongan homoseksual perlu dikaji semula supaya orang yang tidak bersalah tidak akan dihukum.
Ditanya lanjut mengapa beliau menganggap undang-undang sedia ada terhadap seks luar tabii di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan sebagai “kuno”, Anwar berkata, “Kerana ia jarang digunakan dan hanya digunakan untuk sebab-sebab politik”.
“Ia digunakan tanpa bukti yang cukup, ia tidak digunakan kerana undang-undang tetapi hanya untuk politik. Jadi ia perlu dikaji semula supaya mempunyai saksi dan bukti yang cukup sebelum dibawa ke mahkamah”.
Ketua Pembangkang itu berkata, “Secara umumnya dalam Pakatan Rakyat, kita bersetuju tentang kajian semula dan pembaharuan undang-undang di negara ini”.
Pada 20 Januari, Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Melayu) berhubung penyiaran artikel bertajuk ‘Tolak Anwar – Hassan’ yang merujuk kepada wawancara Anwar di BBC berkenaan isu homoseksual.
Blogger ffrreeddiiee melihat kenyataan Anwar dalam mahkamah itu sebagai ‘double standard‘ kerana sebelum ini Ketua Umum PKR pernah berkata beliau tidak akan mengenakan undang-undang yang mendiskriminasi LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender) semasa menjawab dalam Yahoo Newsroom, 19 Mei 2011.
Seorang pembaca Malaysiakini, Leroy Luar mengkritik sikap kepura-puraan Anwar dalam komentarnya bertajuk “Anwar, be brave, say no to discrimination“.
Katanya, pemimpin yang membuat kenyataan mahu mendiskriminasi satu kumpulan, bukanlah seorang pemimpin yang membawa keadilan untuk semua dan dalam konteks ini Anwar telah berdusta untuk kepentingan dirinya sendiri.
Kenapa Anwar Tidak Saman BBC News ?
Majalah Tempo Lapor Anwar Tak Setuju Pelaku Homoseksual Dihukum
Mahkamah Warta Anwar Ibrahim Pelaku Homoseksual
Kenapa NGO Lesbian, Gay & Biseksual Sokong Anwar ?
Ada Sebab….Anwar Sokong Seksualiti Merdeka
Michael Backman : Walaupun Bebas 2004, Mahkamah Tetap Sahkan Anwar Adalah Gay
Dr Mahathir Menang, Mahkamah Persekutuan Kekal Imej Anwar Sebagai GAY
Mengapa Human Rights Watch Kecewa Keputusan Anwar Dirayu ?

No comments:

Post a Comment