Anwar, Thaksin & Horta Proksi CFR Bersidang Di Indonesia
Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan mantan Presiden Timor Leste, Jose Ramos Horta akan berforum di Jakarta hari ini, lapor anwaribrahimblog yang memetik sumber Jaringnews.com.
Mereka akan berdiskusi dengan tema “Peace & Reconciliation in Southeast Asia” di Ballroom, Shangri-La Hotel, Jakarta, anjuran Strategic Review: The Indonesian Journal of Leadership, Policy and World Affair.
Strategic Review Indonesia adalah Journal berbahasa Inggeris yang dilancarkan oleh Dr Hassan Wirajuda, bekas Menteri Luar Negara Indonesia pada 15 Ogos 2011.
Ahli Lembaga penasihat journal itu terdiri daripada tokoh-tokoh pro AS, terdiri daripada Prof. Juwono Sudarsono, bekas Menteri Pertahanan, Indonesia, Let Gen (Ret) Agus Widjojo, Member, Ahli Lembaga Pengarah the Partnership for Governance Reform, Prof. John Thomas, Harvard Kennedy School, AS, Prof. Erhard Friedberg, Peranchis dan Prof. Arne Westad, London School of Economics (LSE) UK.
Kesemua mereka itu adalah cenderung kepada fahaman ‘demokrat’.
Prof. Juwono Sudarsono seperti dilaporkan usindo.org adalah salah seorang ahli lembaga penasihat USINDO (United States-Indonesia Society).
Laman vaticannewworldorder mencatatkan nama Juwono Sudarsono sebagai salah seorang alumni Jesuit dari LSE.
CFR
Menurut satu dokumen yang disediakan pihak Anwar Ibrahim & Associates (AIA), Ketua Umum PKR itu adalah Diplomat pelawat CFR (Council on Foreign Relations) pada tahun 2005 iaitu ketika ketua pembangkang itu berhijrah dan menetap di Amerika Syarikat (AS).
Laman moreorless.au.com menyebut Ramos-Horta semasa mudanya melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan menggunakan pentas antarabangsa termasuk CFR untuk menuntut pemisahan Timor Leste daripada Indonesia.
Thaksin Shinawatra juga menggunakan pentas CFR ketika menjadi pelarian politik Thailand ke luar negara.
Dengan simbol ‘sign of the Devil‘ aka ‘El Diablo’, Thaksin meletakkan dirinya dalam lingkaran illumunati. Klik di sini dan sini
CFR adalah “the Power Elite” warisan The Trilateral Commission kata C. Wright Mills.
“Perbincangan CFR tidak akan lengkap jika tidak merujuk kepada The Trilateral Commission. The Trilateral Commission adalah satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah CFR, David Rockefeller (Yahudi) pada tahun 1972, untuk membela CFR dan the Rockefeller Foundation.
“The Trilateral Commission adalah satu kumpulan yang dianggotai oleh pegawai-pegawai atasan dalam multi national corporations dan badan-badan kerajaan yang berjumpa secara berkala untuk menyelaraskan dasar-dasar luar Amerika, Western Union dan Jepun,”katanya.
Dalam buku “ the Rockefeller family”, Peter Collier dan David Horowitz menulis, “Pada tahun 1921, CFR ditubuhkan oleh para peneraju yayasan kewangan (Yahudi) seperti Thomas W. Lamont, Penasihat kewangan WoodrowWilson, senior partner di House of Morgan, dan John W. Davis, seorang peguam Morgan, yang menubuhkan Parti Demokratik (dalam pemilihan presiden 1924), juga merupakan pemegang amanah kepada the Rockefeller foundation. (John D. Rockefeller) Junior and the Rockefeller philanthropies turut turut terlibat membiayai CFR”.
“Anwar Ibrahim sama seperti bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, atau pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Mohammed ElBaradie dari Mesir, masing-masing mempunyai kaitan mendalam dengan sistem pemerintahan corporatocracy (hubungan antara kerajaan dan syarikat-syarikat perniagaan) anasir-anasir pincang Wall Street yang wujud sejak beberapa tahun lalu.
“Anwar dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 1998. Selain memegang beberapa jawatan lain termasuk sebagai pensyarah di School of Advanced International Studies, John Hopkins University (sebuah lubuk di mana anasir dan puppet paling jijik berhimpun dan diasuh), dan dia juga sebagai perunding kepada Bank Dunia,” kata Tony Cartalucci, dalam rencananya bertajuk “CIA Coup Army Uncovered in Asia”
No comments:
Post a Comment