Kezaliman besar
Ertinya, Allah SWT boleh berkompromi dengan hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa seandainya mereka bertaubat.Cuma satu dosa yang Allah tidak boleh berkompromi dan tidak akan ada Ar-Rahman wa Ar-Rahim-Nya iaitu dosa syirik, dosa menyekutukan-Nya.
Firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang besar. (Luqman: 13)
Rasulullah SAW ditanya tentang dosa yang paling besar." Baginda bersabda yang bermaksud: Kamu menjadikan sekutu bagi Allah, pada hal Dia telah menciptakanmu."
Ada dua kategori syirik, iaitu syirik akbar (syirik besar) yang boleh menyebabkan bukan sahaja pelakunya terkeluar daripada Islam tetapi juga Allah tidak akan mengampuninya jika dipohon keampunan sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. (an-Nisa': 48)
Sama ada syirik besar mahupun syirik kecil, adalah lebih baik kita menghindarinya. Syirik besar, pelakunya adalah murtad di dunia dan kekal dalam neraka di akhirat.
Syirik jenis ini juga membuatkan segala amal pelakunya menjadi sia-sia dan tidak diterima-Nya. Taubat pelakunya juga tidak diterima oleh Allah.
Manakala syirik kecil pula, pelakunya tidak murtad di dunia dan tidak akan kekal di akhirat nanti, akan dinerakakan tetapi akan dibebaskan selepas tempoh hukuman tamat.
Pelaku syirik kecil hanya membuat sia-sia amal perbuatan yang bercampur olehnya sahaja dan akan diampuni jika bertaubat nasuha.
Apa pun adalah wajar syirik kecil dihindari daripada dilakukan kerana ia boleh membawa kepada perlakuan syirik besar. Hayati saranan Rasulullah SAW supaya dijauhi syirik melalui sabda baginda yang bermaksud: "Wahai manusia, jauhilah syirik, ia sesungguhnya dia lebih samar daripada rayapan semut." Lalu ada yang bertanya bagaimana cara kita menghindarinya sedangkan ia lebih samar daripada rayapan semut wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Ucapkanlah, Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada mempersekutukan-Mu atas apa yang kami tidak ketahui." (riwayat Imam Ahmad)
No comments:
Post a Comment