Tuesday, 3 July 2012

PAS Kunci Mulut Faktor Maksiat Di Selangor Meningkat


AIDCNews – 02/07/12 – SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan berkata, faktor peningkatan maksiat di Selangor berpunca dari sikap PAS yang mengunci mulut dan mendiamkan diri serta membiarkan sahaja DAP bermaharajalela di negeri itu.
Katanya, jika dahulu, PAS diwakili oleh Dato’ Dr Hasan Ali sebagai Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam sanggup bertegang leher dengan wakil DAP, Ronnie Liu, Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan tentang isu arak, namun selepas pemecatan Dr Hasan, DAP kini semakin angkuh.
“Sejak pemecatan Hasan Ali, DAP semakin angkuh, semakin tumbuh pusat judi, pusat hiburan dan pusat urut kaki yang dibuka tanpa memerlukan sebarang permit dan kebenaran dari PBT.
“Kenapa DAP semakin berani, kerana mereka tahu, orang yang menjadi batu penghalang, Hasan Ali telah dipecat dari PAS.
“Saya yakin kebenaran mudah akan diberikan kepada mana-mana pengusaha sekadar cukup dengan mendapat ‘kebenaran lisan’ dari mana-mana YB Pakatan untuk mereka beroperasi di kawasan tersebut dengan syarat bersetuju membayar ‘ahli majlis pau yang menjadi rakan kongsi Ronnie Liu itu,” katanya.
Malah, katanya, sudah diketahui umum, salah satu faktor pemecatan Hasan disebabkan sikap bertanggungjawab beliau menyerbu rumah-rumah urut dan pusat-pusat hiburan yang sebelum ini dinaungi oleh Ronnie Liu.
“Ronnie Liu bertanggungjawab supaya tiada tindakan diambil terhadap pusat hiburan dan pusat pelacuran.
“Kewujudan beribu-ribu pusat hiburan dan ‘urut kaki’ memberi pendapatan kepada Ronnie Liu, kerana itu perniagaan itu dibiarkan tanpa sekatan dan operasi.
“Saya juga mencabar exco agama yang baru, Khalid Ibrahim supaya mengetuai serbuan ke pusat-pusat hiburan, pusat judi mesin kuda dan rumah-rumah urut yang bertopengkan urut kaki,” cabarnya.
Menurutnya lagi pemecatan Hasan menyebabkan kerusi PAS semakin tidak didengari dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sebelum Hasan dipecat, PAS mempunyai 8 ADUN, kini menjadi 7 ADUN sahaja, berbanding dengan DAP yang mempunyai 13 ADUN dan sebab itu katanya DAP berjaya membolot exco-exco kanan dan kedudukan strategik di Selangor berbanding dengan PAS.
Katanya lagi, apabila tiba musim pilihan raya PAS terpaksa bertanding di kawasan Melayu dengan membangkitkan isu memelihara agama dan membanteras maksiat di Selangor.
“Saya juga mencabar mana-mana YB PAS yang masih ada agar jangan terus menerus mendiamkan diri menjadi pak turut.
“Saya cabar mereka agar mendesak ribuan pusat hiburan, pusat judi mesin kuda dan urut kaki itu dilesenkan.
“Ketidakmampuan Khalid Ibrahim dan YB-YB PAS mengawal pusat-pusat hiburan menunjukkan mereka dengan senang telah diperbodoh dan diperkuda DAP,” katanya.
Menurutnya jika PAS gagal bersuara untuk menjaga kepentingan agama di Selangor, maka tiada sebab mengapa pengundi Melayu perlu memberi undi kepada PAS untuk berada di DUN Selangor pada pilihan raya yang akan datang.
“PAS bersubahat dengan DAP dalam memajukan industri hiburan, perjudian mesin kuda dan pelacuran yang bertopengkan urut kaki.
“Saya cabar mana-mana YB PAS jika mereka masih bermaruah agar mengarahkan mana-mana satu sahaja pusat perjudian mesin kuda dan rumah urut di Selangor ditutup,” katanya.
Geran RM300 Juta Sumber Diragui, MB Selangor Perlu Beri Penjelasan..

No comments:

Post a Comment