Monday, 9 July 2012

Berhati-hati Dengan Tawaran Bersara Anwar Ibrahim..


Bekas Setiausaha Sulit Ketua Pembangkang Anuar Shaari mengangap kenyataan tawaran bersara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu strategi untuk memancing undi dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.
“Berhati-hati dengan kenyataan Anwar itu kerana sudah tentu ada udang di sebalik batu (tujuan untuk memancing undi).
“Tujuan dia (Anwar) untuk menarik simpati supaya diberi peluang, kononnya dia masih laku masih mempunyai penyokong,” katanya ketika dihubungi wartawan AntaraPos.
Menurutnya, jika benar Anwar mahu bersara dalam politik, perkara itu sudah lama dilakukan, namun sebaliknya Anwar masih bertahan meskipun sudah menjadi liabiliti.
“Kalau dia nak bersara sepatutnya lama dah dia bersara, dengan masalah moral dia,” katanya.
Portal itu turut melaporkan kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang tidak mahu Anwar bersara dalam politik meskipun tewas dalam PRU 13.
Ini peluang terakhir dia, tetapi tidak semestinya dia berhenti, dia tidak berkecimpung dalam dunia politik, mungkin dia (Anwar) akan menyumbang kepada parti dan sebagainya,” katanya.
Antarapos meminta kedua-dua tokoh itu mengulas tentang kenyataan Anwar dalam akhbar Financial Times, 3 Julai yang bertajuk “Anwar seeks to exploit young Malays’ anger



Dalam wawancara itu Anwar membayangkan, beliau mungkin bersara daripada politik dan kembali menjadi seorang pensyarah sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kami bentangkan manifesto, dasar-dasar kami, dan sudah tentu sekiranya diberikan mandat, saya akan teruskan (perjuangan), jika tidak, saya akan kembali mengajar,”katanya.
Anwar selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004 pernah menjadi pensyarah pelawat di St Anthony College, United Kingdom sebelum berpindah ke Amerika Syarikat (AS) untuk mengajar di SAIS (School of Advanced International Studies), Universiti John Hopkins dan CMCU (Center for Muslim and Christian Understanding), Universiti Georgetown, AS.
Akhbar itu juga melaporkan Anwar, 65, kini kelihatan “letih” untuk seseorang yang mencari peluang terbaik mentadbir negara.

No comments:

Post a Comment