Tuesday, 10 July 2012

Demokrasi Liberal: Strategi Penjajahan Baru Barat Di Dunia Islam (3)


Dr Amirudin Wahab, Setiausaha Agung ISMA – Demokrasi adalah hasil penemuan manusia dan Islam tidak pernah melarang umatnya mengambil faedah daripada pengalaman manusia serta tidak menolak elemen-elemen positif yang wujud di dalam sistem demokrasi seperti sistem pilihan raya yang membolehkan berlakunya pertukaran kuasa secara aman, hak rakyat untuk memuhasabah pemerintah dan hak rakyat untuk sama-sama menentukan masa depan negara.
Namun, dalam konteks dan perspektif Islam, yang perlu ditolak di dalam Sistem Demokrasi dan Hak Asasi Manusia ala Barat ini adalah falsafah demokrasi Barat yang menolak peranan Tuhan dan Agama di dalam sistem pemerintahan dan kehidupan manusia serta ideologi teras aliran pemikiran ini yang mengambil pendekatan menyamaratakan di antara orang yang beriman dan tidak beriman dengan menganggap semua agama adalah sama serta menyeru kepada perkara yang betul (e.g. pluraslitik).
Falsafah Demokrasi Liberal yang bolos daripada ikatan akhlak dan hukum-hakam yang bersandarkan kepada agama ini adalah bercanggah dengan ajaran dan aqidah Islam kerana di dalam budaya demokrasi liberal barat, sesuatu keputusan mahupun kebenaran bukanlah dilandaskan atas kebenaran sesuatu perkara sepertimana yang ditentukan syarak tetapi kepada siapa yang mempunyai suara majoriti.
Ini secara langsung atau tidak langsung sebenarnya menafikan kewujudan dan hak Allah SWT serta kewajiban seluruh umat manusia untuk patuh dan tunduk kepada Allah SWT serta kepada sistem ciptaanNya.

Barat terus melobi agar Deklarasi Kaherah ditarik balik
Dalam konteks tersebut dan menyedari hakikat penyelewangan asas ideologi yang wujud pada falsafah UDHR, Deklarasi Hak Asasi Manusia Kaherah dalam Islam (CDHRI) telah dibentuk oleh negara-negara Islam sebagai respon dan jawapan kepada UDHR 1948 yang ditaja Barat.
CDHRI adalah satu deklarasi negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diterima pakai di Kaherah pada tahun 1990, yang menyediakan gambaran keseluruhan tentang perspektif Islam mengenai Hak Asasi Manusia yang menegaskan bahawa hanya Shari’ah Islam yang ditetapkan oleh Allah SWT adalah sumber tunggal rujukan orang Islam berkaitan Hak Asasi Manusia.
Deklarasi Kaherah ini ditentang hebat oleh Barat yang mahu falsafah sekular Barat dikekalkan, lebih-lebih lagi apabila Islam dijadikan sumber rujukan utama kepada orang Islam dan bukannya falsafah sekular dan liberal yang dianuti Barat. Mereka mahu memaksa orang Islam tunduk kepada Barat.

Menurut Ann Elizabeth Meijer di dalam tulisannya “Islam and Human Rights”:
International law does not accept that fundamental human rights may be restricted – much less permanently curtailed – by reference to the requirements of any particular religion. International law does not provide any warrant for depriving Muslims of human rights by according primacy to Islamic criteria.”
Walaupun ditentang hebat oleh pelbagai pihak yang sealiran dengan Demokrasi dan Liberalisma ala Barat ini, pada 30 Jun 2000, negara-negara Islam yang menjadi ahli Pertubuhan Persidangan Islam (kini Pertubuhan Kerjasama Islam OIC) secara rasmi kekal memutuskan sekali lagi untuk menyokong Deklarasi Kaherah (CDHRI) mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam 1990 sebagai dokumen rujukan Hak Asasi Manusia kepada negara-negara Islam dengan kenyataan bahawa semua orang mempunyai “kebebasan dan hak untuk kehidupan yang bermaruah, berlandaskan kepada syariah Islam “, tanpa sebarang diskriminasi atas alasan “bangsa, warna kulit, bahasa, jantina, kepercayaan agama, fahaman politik, status sosial atau pertimbangan-pertimbangan yang lain.”
Di dalam buku bertajuk Civil Democratic Islam oleh Cheryl Benard, seorang lagi penyelidik RAND Corporation dengan jelas menyatakan bahawa musuh utama dunia pasca Perang Dingin kini adalah Islam.
Beliau mengklasifikasikan umat Islam kepada 4 golongan di mana perbezaan klasifikasi golongan ini adalah bergantung kepada bentuk pemikiran umat Islam tersebut khususnya dari segi kadar penerimaan atau penolakan umat Islam kepada nilai-nilai barat yang dipromosi oleh Amerika Syarikat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perundangan, ekonomi dan nilai-nilai barat yang lain.
Strategi yang dicadang oleh Benard di dalam menghadapi 4 golongan ini juga adalah berbeza, bergantung kepada klasifikasi mereka di golongan mana serta kepentingan mereka di dalam usaha-usaha membantu Barat menghadapi kebangkitan Islam.


1. Fundamentalis: Ciri utama golongan fundamentalis berdasarkan perspektif Benard adalah terdiri dari mereka yang menolak demokrasi, hak asasi manusia dan seluruh nilai-nilai barat.
Mengikut beliau, cara menghadapi mereka ialah dengan menganggap mereka sebagai musuh yang Amerika Syarikat tidak boleh bertolak-ansur dengannya. Secara khusus, golongan ini merujuk kepada Gerakan Islam atau Kumpulan Jihad Islam yang menolak terus nilai-nilai barat seperti demokrasi dan sebaliknya berusaha ke arah penegakan khilafah Islam yang dikatakan jelas bertentangan dengan ideologi barat.
2. Tradisionalis: Golongan tradisionalis ini dikatakan lebih menumpukan kepada soal-soal kerohanian dan keilmuan dan jika adapun di kalangan mereka yang terlibat dengan politik, pemikiran mereka sebenarnya masih akan lebih fokus dan tertumpu kepada soal-soal kerohanian dan di antara golongan yang dikaitkan sepertinya oleh Benard adalah seperti kumpulan Wahabi dan juga ulamak-ulamak yang lebih cenderung membahaskan ilmu agama berbanding soal-soal politik.
3. Modenis: Golongan modenis ini dikatakan mahu melihat Islam menjadi sebahagian dari kemajuan global dan atas dasar itu, mereka berusaha memberi nafas Islam kepada nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, ekonomi dan nilai-nilai lain. Golongan ini adalah merujuk kepada sesetengah ulamak serta tokoh pemikir Islam pada hari ini.
4. Sekularis: Golongan Sekularis ialah mereka yang memisahkan agama dengan negara dan telah mengikut acuan barat. Golongan ini termasuklah pemerintah di kalangan orang-orang Islam sedia ada serta tokoh-tokoh pemikir mereka.
Di dalam laporan yang disediakan, Benard turut menegaskan bahawa sokongan yang sekian lama diberikan kepada golongan Sekularis iaitu golongan pemerintah dan pemikir sekular bukan lagi tindakan yang semestinya tepat di dalam konteks geopolitik hari ini.
Ini kerana, kebanyakan orang Islam sudah menyedari cara dan kaedah bertindak oleh golongan ini sehingga mereka tidak lagi dapat dijadikan sebagai rujukan di dalam masalah politik mahupun agama.
Menurut Benard, di antara Modernis dan Sekularis, beliau lebih cenderung kepada Amerika Syarikat untuk menyokong Modernis kerana masalah yang mungkin ada jika menyokong Sekularis. Beliau berkata,
The modernists and secularists are closest to the West in terms of values and policies.
Namun Benard menambah lagi;
The secularists, besides sometimes being unacceptable as allies on the basis of their broader ideological affiliation, also have trouble addressing the traditional sector of an Islamic audience.”
Demokrasi Liberal: Strategi Penjajahan Baru Barat Di Dunia Islam (2)
Demokrasi Liberal: Strategi Penjajahan Baru Barat Di Dunia Islam

No comments:

Post a Comment