Thursday, 19 July 2012

Di Sebalik Status Anwar Sebagai ‘Pengajar’ (3)


AIDCNews – 14/07/12 – Ketika berhijrah dan menetap di Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat satu resume berkenaan dirinya untuk masyarakat Barat yang agak berbeza dengan biodata yang pernah dicatatkan dalam mana-mana wikipedia atau untuk masyarakat Malaysia.
Jika sesiapa yang ingin mengenali siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim maka resume untuk masyarakat Barat lebih tepat tentang dirinya.
Beliau menggambarkan dirinya sebagai bapa Asian Renaissance yang memperjuangkan idea ‘Convivencia‘. Pemahaman lanjut tentang konsep ini, sila baca di sini.
Anwar Ibrahim mengaku dirinya merupakan penyokong ‘Inter-Faith Dialogue‘ yang di Malaysia lebih dikenali sebagai IFC (Inter-Faith Council) untuk mempromosi persefahaman antara agama.
Beliau menggambarkan dirinya adalah sebagai jurucakap Islam dan Demokrasi yang memerlukan akauntibiliti, pejuang kebebasan dan pentadbiran yang cekap.
Jika dikaji secara teliti apa yang ditulis berkenaan perjuangan dirinya berbeza dengan apa yang dilakukan sebelum ini, malah sampai sekarang Anwar dikenali sebagai ‘dikatator’ dalam partinya sendiri, seorang korup dan tidak akuantibiliti hingga pernah dibicarakan di mahkamah.
Sekitar akhir tahun 1990-an, Anwar bersama Senator William Cohen mempengerusikan Pasifik Dialog di Kuala Lumpur.
Anwar mencatatkan beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia pada tahun 1998.
Mengaku semasa krisis ekonomi 1997, beliau menyokong konsep kebebasan ekonomi pasaran (Free Market Economy) iaitu membuka ekonomi kepada pasaran dunia yang bebas diterokai oleh pasaran asing, berbeza dengan polisi Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri ketika itu mengehadkan campur tangan pasaran asing dalam bidang-bidang tertentu untuk melindungi status quo Bumipetera dengan pengenalan tambatan ringgit serta menolak campur tangan IMF sepertimana yang dilakukan Tabung Kewangan Dunia itu di Indonesia.
Polisi pasaran bebas Anwar itu akan mengancam hak keistimewaan kouta untuk Bumiputera yang telah diperkenalkan sejak DEB (Dasar Ekonomi Baru) pada tahun 1971.
Maka atas polisi yang dipegang Anwar itu, maka tidak hairan beliau diberi anugerah oleh media Barat yang di belakangnya adalah George Soros sebagai ‘Finance Minister of The Year 1996‘ dan ‘Asian of the Year 1998‘.
Manifestasi polisi ekonomi yang didokong Anwar diterjemahkan dalam Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang diperjuangkan PKR iaitu dengan membuang hak-hak keistimewaan Bumiputera dan menggantikan dengan hak sama rata kepada semua kaum di negara ini.
Satu lagi fakta menarik, dokumen yang dilampirkan di bawah menunjukkan Anwar Ibrahim menjawat jawatan pensyarah di dua tempat yang berbeza pada tarikh yang sama.
Dokumen itu mencatatkan Anwar menjadi pengajar di Saints Anthony’s College, Oxford, London, United Kingdom (UK) dan SAIS (School of Advanced International Studies), Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat (AS) pada tarikh yang sama iaitu pada September 2004.
Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004, seminggu selepas itu, beliau pergi ke Munich, Jerman untuk rawatan sakit tulang belakangnya selama lebih kurang sebulan.
Bermakna, jika dirujuk kepada tarikh yang dicatatkan dalam dokumen tersebut, semasa Anwar dirawat di Munich, Jerman, nama beliau sudah dicatatkan sebagai pengajar di Saints Anthony’s College, UK dan SAIS, John Hopkins, AS.
Selain itu, dokumen tersebut juga mencatatkan pada tahun 1996, ketika Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau telah diberi dua anugerah oleh dua buah universiti Jesuit iaitu ‘honorary doctorate‘ daripada universiti Jesuit Ateneo de Manila, Filipina dan ‘Presidential Medal‘ dari universiti Jesuit, Georgetown, AS.
Pemahaman lanjut tentang kaitan Anwar dengan Jesuit, sila klik di sini
Tajuk-tajuk syarahan yang pernah diberikan Anwar seperti lampiran di bawah mengesahkan beliau adalah pejuang ‘demokrasi liberal’ atau ‘neo-liberalisme’ yang bertopeng agenda ‘Demokrasi dan Islam’.
Pemahaman lanjut tentang demokrasi liberal, sila klik di sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini dan sini
Di Sebalik Status Anwar Sebagai ‘Pengajar’
Di Sebalik Status Anwar Sebagai ‘Pengajar’ (2)
Wawancara dari hati ke hati dengan Senator Ezam Mohd Nor, kenapa Anwar pilih berhijrah ke AS







No comments:

Post a Comment