Monday 9 July 2012

ISMA Sokong Anwar Bersara, Beri Peluang Pemimpin Pelapis


Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Tuan Haji Aminuddin Yahaya menyokong cadangan yang dikemukakan oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersara dalam politik jika kalah dalam Pilihanraya Umum Ke-13.
Menurut beliau, ia penting bagi memastikan pemimpin muda mendapat ruang untuk menyalurkan tenaga dalam pembangunan negara.
“Kita menyokong penuh cadangan beliau untuk meletakkan jawatan ataupun bersara terus daripada arena politik untuk memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda,” katanya kepada Buletin ISMA.
Menurutnya persaraan dalam arena politik bukanlah satu perkara baru kerana manusia mempunyai tarikh luput kepimpinan dan perubahan kepimpinan adalah satu langkah yang positif untuk negara.
“Perubahan kepimpinan adalah suatu perkara baik bagi memastikan negara berkembang mengikut arus. Jadi kita memerlukan idea-idea yang baru, tenaga-tenaga yang baru demi untuk kebaikan negara,”katanya lagi.

No comments:

Post a Comment