Pembohongan “manjongmari” Telah Diramal Ustaz Kazim

Ustaz Ismail sedang menceritakan sesuatu kepada Ustaz Kazim ketika minum selepas program
Malah ketika kami minum-minum selepas program tersebut seorang kenalan datang memaklumkan bahawa blog “manjongmari” telah update dengan pembohongan bahawa program Ustaz Kazim tersebut tidak ada sambutan. (Baca) Ternyata benar dan tepat sekali ramalan Ustaz Kazim itu.
Pembohongan “manjongmari” untuk beliau putar belitkan amat ketara. Beliau mengguna gambar-gambar yang diambil ketika majlis belum bermula dan hadirin baru mula tiba. Gambar ceramah yang dipapar pada skrin besar adalah rakaman ceramah Ustaz Kazim di tempat dan masa yang lain.
Berikut adalah hujjah kami – melalui gambar-gambar di bawah:
1. Gambar dari blog manjongmari sengaja dirakam sebelum majlis bermula bagi menggambarkan tidak ramai orang yang hadir.
Ini gambar dari blog manjongmari:

Manjongmari cuba mengambarkan banyak kerusi yang kosong

Gambar ini dari posisi yang hampir sama dengan manjongmari tetapi ini apabila majlis baru bermula dengan panelis pertama – Ustaz Ismail Mina
Ini dari depan sisi tepi:

Gambar diambil dari depan sebelah sisi kiri dewan – tidak nampak pula kerusi kosong yang disiarkan oleh manjongmari
Ini paparan skrin yang saya besarkan dari gambar di blog manjongmari:

Bandingkan gambar di atas dengan yang di bawah ini (yang diambil semasa Ustaz Kazim berucap pada malam itu).

Pada malam itu Ustaz Kazim memakai jubah putih berserban dan berucap pada posisi duduk di atas kerusi manakala gambar yang disiarkan manjongmari menunjukkan Ustaz dengan jaket hitam serta berdiri depan rostrum dan memakai kopiah putih sahaja tanpa serban.
3. Susunatur pentas yang berbeza dengan gambar manjongmari.
Lihat keadaan tempat Ustaz Kazim berceramah dalam gambar manjongmari – Ustaz Kazim berucap pada rostrum dan terdapat gambar hadirin/peserta di belakang beliau.
Bandingkan pula perbezaan susunatur “pentas” dalam Dewan Merdeka pada malam itu.

Maka jelas dan nyata manjongmari menjaja blognya dengan pembohongan dan dusta yang berterusan.
Tonton rakaman video malam itu:
No comments:
Post a Comment