Demokrasi Liberal Ancam Kedudukan Islam
KUALA LUMPUR – Demokrasi liberal bercanggah dengan konsep siyasah syariyyah kerana amalan itu akan memberi kesan negatif kepada Islam di mana semua pihak mendapat ruang sama rata untuk bersaing meskipun mereka daripada aliran yang memusuhi Islam.
Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Islam Dan Politik Kepartian Malaysia: Membentuk Pendirian Berasaskan Maqasid Shariah (Asas dan Limitasinya)’ dalam Seminar Dilema Politik Umat Islam di Malaysia anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) baru-baru ini.
“Apabila kita secara undang-undang, pemahaman dan amalan demokrasi menerima apa sahaja prinsip atau ideologi dalam orientasi politik kepartian dalam negara kita, maknanya ideologi-ideologi yang bertentangan dengan Islam pun boleh memerintah negara ini,” ujarnya.
Menurut beliau, Malaysia yang merdeka sejak tahun 1957 selama ini mengamalkan demokrasi terpimpin yang mengiktiraf agama Islam seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.
Namun dalam suasana menghadapi pilihanraya umum ke-13 ini, parti-parti politik dilihat bersaing dengan mempromosikan idea demokrasi yang lebih luas dan terbuka.
Menurut Ustaz Abdullah, siyasah syariyyah menghalang wujudnya persaingan antara ideologi Islam dan bukan Islam kerana keadaan itu akan memberi ruang mutlak kepada ideologi bukan Islam untuk menang dan menguasai negara.
“Dalam konteks siyasah syariyyah, tidak mungkin boleh diterima untuk kita memberikan ruang secara mutlak kepada ideologi Islam dan tidak Islam bersaing bersama dan akhirnya mengambil kedudukan yang sama rata. Dari segi siyasah syariyyah ini tidak boleh, tetapi dari segi ideologi demokrasi dibenarkan,” jelasnya.
Ustaz Abdullah juga melahirkan kebimbangan jika keadaan itu benar-benar berlaku dan semua pihak mempunyai hak sama rata, adakah status negara Islam bagi Malaysia akan berkekalan atau tidak -Isma
Buku Jingga Penghalang Agenda PAS
ISMA : Liberalisme Ajaran Sesat Bertunjangkan Humanisme

No comments:
Post a Comment