Sunday, 29 July 2012

Anwar Dakwa Sokong Diskriminasi Gay, Kenapa Nak Pinda Undang-Undang ?

AIDCNews – 19/07/12 – Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika disoal oleh peguam Datuk Firoz Hussein yang mewakili Utusan Malaysia dalam Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur semalam mencetuskan kontradiksi tentang sikap sebenar Ketua Umum PKR terhadap isu undang-undang terhadap kumpulan homoseksual.
Firoz Hussein : Adakah kita harus mendiskriminasi terhadap kumpulan homoseksual.
Anwar : Ya. Kami tidak memberi ruang kepada golongan homoseksual dan mempertahankan kesucian perkahwinan.
Walau bagaimanapun, seperti dilaporkan The Malaysian Insider Anwar menegaskan undang-undang kuno terhadap golongan homoseksual perlu dikaji semula supaya orang yang tidak bersalah tidak akan dihukum.
“Secara umumnya dalam Pakatan Rakyat, kita bersetuju tentang kajian semula dan pembaharuan undang-undang di negara ini,”katanya.
Peguam Utusan Malaysia bertanyakan Anwar tentang kenyataannya di BBC News berkenaan undang-undang homoseksual yang disiarkan media antarabangsa itu pada 12 Jan 2012.
Wartawan BBC News, bertanya soalan kepada Anwar, “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”
Anwar menjawab, “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum. Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…
“Kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.
Namun, ketika diperiksa balas oleh peguam peguam Utusan Malaysia semalam, Anwar menafikan kenyataan di BBC itu bermaksud beliau mahu undang-undang berkaitan homoseksual patut disemak semula supaya tidak lagi bersifat menghukum.
Kepada soalan lain, Anwar juga turut menafikan kenyataannya itu membawa maksud aktiviti homoseksual perlu dihukum jika dilakukan di tempat terbuka, tetapi dibenarkan jika dilakukan di tempat tertutup dan persendirian.
Kira-kira 2 minggu sebelum Anwar membuat kenyataan mahu meminda undang-undang ‘kuno’ di BBC News, satu laman PinkNews, laman LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang berpangkalan di United Kingdom (UK) melaporkan sebuah badan hak asasi antarabangsa, HRW (Human Rights Watch) telah berkempen supaya undang-undang anti-liwat yang dikenakan ke atas Anwar dimansuhkan.
“Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka (consensual sodomy) atau tidak, ia tidak relevan sama sekali. Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain.”, kata Phil Robertson, timbalan pengarah HRW bagi rantau Asia.
Menurut HRW sebarang undang-undang tidak perlu dikenakan jika perbuatan seks itu dilakukan atas dasar suka sama suka (sukarela) antara dua lelaki dewasa.
“Undang-undang menghukum perlakuan seksual suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi.
“Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi diskriminasi dan penyalahgunaan kuasa dibenarkan berlaku”, katanya.
Kempen memansuhkan undang-undang anti-liwat itu juga turut disambut oleh gaystarnews, satu lagi laman LGBT yang juga berpangkalan di UK.
Malah laman ILGA Asia, laman untuk ‘International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association‘ mendedahkan kesungguhan Anwar untuk memansuhkan akta kuno itu telah diberitahu kepada wartawan AP (Associated Press) lebih awal daripada kenyataannya di BBC News.
“Dengan keputusan perbicaraan kes liwatnya, pemimpin pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, semalam secara terbuka mengkritik undang-undang yang dipertuduhkan terhadapnya sebagai peraturan kuno yang boleh disalahgunakan untuk menggalakkan sikap tidak bertoleransi, menyerang hak asasi peribadi dan menghukum terlalu kasar,”lapornya.
“Pandangan saya adalah anda tidak boleh mempunyai undang-undang yang boleh disalahgunakan untuk tujuan politik dan dilihat sebagai hukuman yang tidak adil kepada orang lain,” kata Anwar
Laman PinkNews turut menyiarkan kenyataan Anwar dengan AP itu yang berkata, “Undang-undang sedia ada kami disifatkan sebagai agak kuno. Keseluruhan idea (harus) menggalakkan orang ramai untuk memahami, tidak dilihat begitu menghukum. Dalam kes ini ia lebih teruk, anda boleh pergi periksa dan mengintip ke dalam bilik tidur orang lain hanya cuba untuk memburuk-burukkan mereka”.
Perkara sama turut diulas oleh sdgln.com, laman untuk komuniti Gay dan Lesbian San Diego.
Manakala, tentang tindak balas orang ramai yang tidak setuju dengan kenyataan Anwar di BBC News, laman dragoncastle.net, satu laman komuniti Gay Thailand dan Gay Asia sifatkan ia merupakan satu serangan ke atas Ketua Umum PKR itu.
Lapornya, akhbar-akhbar pro-kerajaan telah menyelar Anwar kerana Ketua Umum PKR itu telah mencadangkan undang-undang anti-liwat dan oral seks di Malaysia perlu dikaji semula.
“Liwat dan seks oral, sama ada dilakukan sesama jantina (secara sukarela) atau sebaliknya adalah dilarang dan dihukum dengan penjara 20 tahun dan sebatan. Umat Islam yang melakukan aktiviti itu boleh juga dihukum dengan undang-undang syariah Islam,”lapornya lagi.
Sikap Chameleon Anwar Terserlah Isu Gay
Human Rights Watch : Anwar Mengaku Meliwat Saiful Suka Sama Suka

DAP Menang Besar Jika PR Berjaya Tawan Putrajaya


Dr Azmi Hassan
 
Berdasarkan senerio sekarang, tidak mustahil DAP akan menang besar jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13.
Dr Azmi Hassan berkata apa yang berlaku sekarang ini adalah bayangan terhadap apa yang berlaku pada masa hadapan, di mana DAP meletakkan proksi tokoh Melayu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai simbol ketua untuk mencapai agenda mereka yang lebih besar.
“DAP tahu, Anwar itu adalah seorang yang beragama Islam yang juga berbangsa Melayu. Itu yang lebih penting.
“Jadi, kalau kita lihat percaturan politik DAP, mereka berkorban pada masa ini kerana habuan yang akan datang lebih besar lagi.
“Mereka mahu mengaburi pengundi-pengundi Melayu bahawa mereka boleh bekerjasama dengan orang Melayu. Mereka boleh bekerjasama dengan PAS. Mereka boleh bekerjasama dengan PKR. Mereka boleh melantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.
“Sebab itu sekarang ini mereka mengalah, kerana habuan politik di akhirnya, begitu besar sekali,”katanya.
Ikutilah wawancara lengkap AIDC bersama Dr Azmi Hassan.
Sudah ramai yang menyebut bahawa Datuk Seri Anwar adalah boneka atau proksi kepada pihak asing, terutamanya melalui tajaan-tajaan tertentu dan sebagainya. Pada satu peringkat, Mursyidul Am Pas pernah menyuruh Anwar menarik balik kenyataannya dalam Wall Sreet Journal (WSJ) berhubung keselamatan Israel. Berlakunya perkara ini, seperti Pas menyedari hubungan Anwar dengan Yahudi, Israel dan Amerika Syarikat (AS) serta dana-dana asing tetapi sengaja tutup sebelah mata. Apa pendapat Dr. dalam soal ini ?
Ya, saya pasti bukan sahaja Pas menyedari hakikat itu. Ramai juga yang telah menyedari bahawa Amerika rapat dengan Datuk Seri Anwar. Pelobi-pelobi asing terutama sekali daripada institusi yang menyokong puak Yahudi adalah begitu rapat sekali dengan beliau. Kalau kita lihat rakan-rakan beliau di luar negara, kita dapat baca semua perkaitan ini.
Jadi, kenapa Pas masih mahu bersengkokol dengan Anwar walaupun hakikatnya tahu keakraban beliau dengan Yahudi, ataupun keakraban beliau dengan kumpulan Zionis yang begitu terang sekali.
Sebabnya untuk memperjuangkan agenda politik PAS untuk kepentingan PAS. Itu sahaja.
Kalau kita lihat dalam Pakatan Rakyat, masing-masing mempergunakan antara satu sama lain.
PAS menggunakan PKR. Begitu juga PKR menggunakan PAS. PAS mempergunakan DAP, dan begitu juga sebaliknya.
Kita dapat lihat, walaupun mereka kata bahawa mereka adalah satu pakatan, tetapi agendanya tetap masing-masing.
Kepentingan agenda politik parti mereka, mereka letak paling atas sekali.
Tidak kira sama ada DAP sebagai chauvinis memperjuangkan kaum Cina. Tidak kira PKR di bawah Anwar, begitu rapat, intim dengan pihak pelobi Yahudi. Tidak menjadi isu pada PAS nampaknya.
Kerana pada mereka, daripada berseorangan di pihak pembangkang, lebih baik mereka bersama-sama dengan DAP dan PKR. Walaupun DAP dan PKR itu, misi mereka, objektif mereka bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS. Kerana mereka tahu, berseorangan, PAS tidak akan ke mana. Bertiga, mereka akan berada di landasan yang agak kuat.
Jadi jelas bahawa apa yang diperjuangkan oleh mereka itu, bukan untuk kebaikan negara, bukan untuk kebaikan nasional, bukan untuk kebaikan rakyat tetapi sebenarnya untuk kebaikan parti politik mereka dan siapa memimpin parti tersebut.
Itu yang menyedihkan kerana begitu jelas sekali. Bukan sekadar tersiratnya hubungan Anwar dengan Yahudi, tetapi sudah tersurat. Tapi PAS masih bersama-sama berjuang dengan Anwar kerana kepentingan agenda politik, itu saja.
Kekadang terfikir adakah gesaan Datuk Nik Aziz supaya Anwar menarik balik kata-kata dalam WSJ itu ikhlas atau takut kehilangan undi umat Melayu-Islam ? Sebabnya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.
Ya, sebab itu satu isu yang jelas. Jadi PAS perlu melakukan sesuatu. Jadi, paling minimum yang mereka boleh lakukan adalah memberi satu saranan kepada Anwar supaya menyaman WSJ ataupun menarik balik kata-kata beliau yang diwawancara itu.
Walaupun PAS tahu, Anwar tidak akan melakukan perbuatan itu dan tidak akan melakukan apa yang diminta. Kerana Anwar tahu bahawa PAS juga boleh didiamkan. Walaupun beliau tidak melakukan apa yang diminta, PAS tetap akan berdiam kerana PAS lebih memerlukan Anwar dalam konteks politik semasa.
Dalam hal ini, tidak cukup dengan sokongan PAS sahaja, Anwar juga memerlukan sokongan daripada pihak Yahudi, sebab itu beliau hanya mendiamkan diri sahaja dalam kes WSJ tersebut.
Namun pada pihak ketiga perkara itu amat jelas. Pihak ketiga, yakni rakyat biasa yang bukan dari parti pembangkang ataupun kerajaan, mereka boleh melihat dengan jelas apa yang sedang berlaku.
Pada pihak ketiga agak menghairankan tindak-tanduk PAS itu, walaupun sudah tahu tingkah laku Anwar dengan pelobi Yahudi tetapi masih tetap bersama-sama. Walaupun ada bangkangan yang mereka suarakan, namun bangkangan itu hanyalah sekadar ‘melepaskan batuk di tangga sahaja’, hanya untuk mengaburi penyokong-penyokong PAS itu sendiri.
Kalau begitu, dalam kes WSJ, Datuk Nik Aziz sebenarnya tidak perlu memberi kata dua kepada Anwar ?
Bagi mereka yang tidak berpihak kepada mana-mana, memang dapat membaca strategi PAS, yakni hanya untuk mengaburi mata penyokong mereka. Menyatakan bahawa mereka tidak bersama-sama Israel ataupun Yahudi, justifikasinya mereka memberi amaran kepada Anwar.
Walhal PAS sudah tahu, amaran itu tidak akan diendahkan kerana hubungan Anwar dengan pelobi Yahudi itu sangat penting. Maka untuk terus menjaganya, Anwar tidak akan mempedulikan saranan PAS itu.
Tetapi pada PAS, tanggungjawab mereka sudah selesai, mereka boleh memberitahu kepada penyokong mereka bahawa mereka bukan penyokong Yahudi atau Israel.
Itu sememangnya satu strategi. Bukan sahaja kepada PAS tetapi PKR juga.
Anwar adalah ketua pakatan dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau pergi ke mana-mana di luar negara menggunakan gelaran Ketua Pembangkang dan dalam pembangkang itu ada PAS. Malah, ada ketikanya Anwar mengaku mewakili PAS. Anwar menjalin hubungan dengan Yahudi, Israel, menerima dana asing dan sebagainya, secara tidak langsung PAS sendiri merestui perkara itu ?
Memang nampaknya itulah hakikatnya. Kerana ini dilakukan bukan secara diam-diam, bukan di sebalik tabir tetapi sudah dilakukan secara terang-terang.
Sokongan pihak pelobi Yahudi terhadap Anwar Ibrahim begitu tebal, begitu terang sekali. Tapi PAS tetap bersama-sama.
Jadi, sebagai orang yang berada di luar politik melihat, itu adalah pegangan PAS yang sebenarnya. Mereka menyokong Anwar dan tidak mempedulikan hubungan Anwar dengan Israel. Itu satu perkara yang begitu menakjubkan sekali.
Itu yang menyedihkan, begitu terang sekali tetapi penyokong-penyokong PAS yang di bawah itu tidak berkata apa-apa. Adakah mereka terlampau mementingkan parti mereka atau mereka tidak mahu mempedulikan campur tangan luar dalam Pakatan mereka sendiri?
Amat menyedihkan sekali.
Barangkali Datuk Dr. Hasan Ali dipecat atas faktor ini ? Kerana beliau satu-satunya simbol dalam PAS yang masih vokal dalam soal ini ?
Mungkin salah satu sebabnya. Dr Hassan Ali adalah simbol terdapatnya pemimpin PAS atau ahli PAS yang tidak bersama-sama dengan perjuangan PAS sekarang ini.
Dan seperti Dr Hassan, itulah nasib yang bakal menimpa mereka, jika mereka berbuat demikian. Itulah isyaratnya.
Bukan saja pada Dr. Hasan, malah YB Nasharuddin pun telah terkena tempiasnya. Itu isyarat yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin PAS bahawa jikalau terdapat bangkangan, maka itu nasib yang bakal mereka terima kelak.
PAS kata, mereka boleh ganti UMNO. Apa pandangan Dr ?
Sememangnya agak luar biasa kenyataan itu.
Tetapi kalau kita lihat pegangan PAS, prinsip PAS dalam Pakatan Rakyat sekarang ini, hakikatnya bertentangan dengan kenyataan itu. Dalam Pakatan, PAS nampak sangat bukan peneraju tetapi mereka hanya sebagai pengikut, “pak turut” atau mengikut telunjuk pihak yang lebih berkuasa.
Dalam hal ini, pihak yang lebih berkuasa dalam Pakatan adalah DAP dan juga PKR.
Jadi, untuk menyatakan mereka boleh mengambil alih peranan UMNO adalah satu kenyataan yang agak aneh dan lucu, kerana, apa yang sedang berlaku sekarang ini, mereka tidak mampu menjadi peneraju, apalagi menjadi ketua dalam sebuah kerajaan Persekutuan.
Pada saya, kenyataan itu hanya untuk mencuri hati ataupun membuat rayuan kepada pengundi-pengundi yang selama ini menyokong UMNO bahawa wujud satu lagi parti yang boleh menyaingi UMNO.
Tapi hakikat sebenarnya, dalam keadaan lebih kecil, mereka masih tidak mampu bersuara, hanya menjadi pengikut. Maka lebih sukar apabila kerajaan ditubuhkan dan sebab itu saya katakan agak aneh dan lucu.
Kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor, seperti melukut di tepi gantang, tidak lagi berani bersuara untuk amar makruf nahi mungkar.
Ya benar. Kalau kita lihat di Selangor adalah satu contoh yang paling nyata. Di mana dalam kerajaan yang kecil, pemerintahan kerajaan negeri, mereka masih tidak boleh memperjuangkan prinsip parti itu sendiri iaitu memperjuangkan agama Islam. Malah terpaksa tunduk kepada tekanan DAP dan juga PKR.
Jadi begitu jelas, kalau dalam kerajaan negeri mereka masih tidak mampu bersuara memperjuangkan agenda parti mereka, apatah lagi dalam hal yang lebih besar ?
Di Selangor, diterajui oleh PKR. Di Pulau Pinang pula diterajui oleh DAP. Tetapi yang sedihnya di Kedah juga sama. Walaupun Menteri Besar daripada parti PAS, tetapi nampak sangat pentadbiran negeri itu dikawal oleh kelompok-kelompok yang lebih berkuasa daripada pihak lain.
Walaupun PAS berkuasa, tetapi masih nampak mereka tidak boleh melakukan sesuatu yang mengikut prinsip sebenar mereka. Mereka masih perlu merujuk kepada rakan-rakan mereka dalam Pakatan itu sendiri.
Itu yang menyedihkan. Bagaimana mereka mahu menggantikan UMNO sedangkan dalam kes yang makro itu nampak jelas bahawa mereka tidak boleh memperjuangkan apa yang pada asalnya mereka perjuangkan.
Kita andaikan, Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Apa akan berlaku terhadap negara. Adakah akan berubah sistem negara ini. Adakah akan jadi Negara Republik seperti yang pernah disebut oleh Hasan Ali ?
Kalau kita tengok tingkah-laku pemimpin Pakatan sekarang ini, Nampak seperti mereka begitu ‘berseteru’ dengan Sistem Beraja yang diterima pakai sekarang ini.
Dalam setiap hal mereka akan mengkritik. Jika ada isu, mereka cuba mengkritik Sistem Beraja ataupun tingkah laku Sultan atau Raja.
Jadi, itu belum lagi mereka jadi pemerintah kerajaan Persekutuan, mereka sudah berani menongkah arus dengan melakukan kritikan terhadap perkara-perkara yang selama ini telah dipersetujui bersama dalam perlembagaan.
Jika diandaikan mereka berjaya menjadi pemerintah kerajaan Persekutuan, tidak mustahil jika didakwa Malaysia akan jadi sebuah Negara Republik. Tidak mustahil andaian itu.
Kalau kita ambil contoh yang kecil-kecil, semua itu sedang berlaku.
Bila sebuah negara itu sebagai sebuah Negara Republik, maka sistem Kesultanan Berperlembagaan itu secara automatik terhapus.
Jadi, akan berkubur sistem Beraja sama ada Sultan ataupun Raja di Malaysia. Kerana perlembagaan itu telah ditukar maka bermakna sistem raja berperlembagaan itu telah dimusnahkan.
Bagaimana pula dengan kedudukan hak istimewa Bumiputera. Adakah akan tergugat juga ?
Ya, kalau mereka berani mengatakan bahawa mereka tidak memerlukan Sistem Raja Berperlembagaan, apa yang boleh menyekat mereka untuk memusnahkan apa yang sudah ada dalam perlembagaan sekarang ini. Sebab saya pasti tidak kira PKR atau PAS, mereka akan tunduk kepada DAP.
Kita tahu apakah hasrat terakhir DAP adalah untuk menghilangkan hak keistimewaan Bumiputera. Itu matlamat akhir mereka. Mereka mahu sama rata.
Sebab itu dikatakan DAP itu parti chauvinis Cina. Sebab itu dikatakan Cina yang ekstrim itu begitu gemar menyokong DAP kerana mereka memikirkan jika DAP menguasai kerajaan Persekutuan, maka hak masyarakat Bumiputera yang termaktub dalam perlembagaan selama ini, akan digugurkan.
Jadi, tidak mustahil perkara itu akan berlaku. Kemungkinan itu tetap ada kalau kita nilai yang berlaku kecil-kecil berlaku setakat hari ini.
Di Pulau Pinang, mereka sendiri akui bahawa mereka tidak aplikasi hak istimewa Bumiputera yang sudah termaktub dalam perlembagaan kerana mereka kata mereka berdasarkan sistem merit. Adakah itu petunjuk-petunjuk awal ke arah kerajaan Persekutuan ?
Ya. Bukan saja petunjuk tapi isyarat-isyarat yang begitu jelas.
Sebab itu, kita perlu membaca dengan betul, membuat analisis apakah hasrat mereka sebenarnya.
Walaupun mereka menggunakan ungkapan merit, yang dikatakan begitu indah sekali, begitu baik sekali, sama juga istilah demokrasi, tetapi akhirnya kita perlu bertanya apakah agenda mereka sebenarnya, adakah ia boleh memusnahkan apa yang telah kita kecapi selama lima dekad yang lepas ?
Walaupun DAP mempunyai majoriti di parlimen, namun mereka tetap angkat Anwar sebagai ketua, dalam kontek Pakatan sekarang ini, mereka lebih banyak berdiam diri. Adakah ini sebagai satu strategi jangka panjang, mengaut untung yang lebih besar jika Pakatan berjaya tawan Putrajaya ?
Ya, memang benar. Sebab itu dikatakan dalam Pakatan, masing-masing mempergunakan antara satu sama lain.
PAS kadang-kala membenamkan prinsip mereka, perjuangan Negara Islam kerana kepentingan politik.
Jadi dalam hal ini, memang betul, DAP dalam parlimen, mereka mempunyai majoriti, tetapi masih melantik Anwar sebagai Ketua Pembangkang kerana untuk menunjukkan kononnya Anwar Ibrahim adalah ikon mereka.
Tetapi yang lebih pentingnya, DAP tahu, Anwar itu adalah seorang yang beragama Islam yang juga berbangsa Melayu. Itu yang lebih penting.
Jadi, kalau kita lihat percaturan politik DAP, mereka berkorban pada masa ini kerana habuan yang akan datang lebih besar lagi.
Mereka mahu mengaburi pengundi-pengundi Melayu bahawa mereka boleh bekerjasama dengan orang Melayu. Mereka boleh bekerjasama dengan PAS. Mereka boleh bekerjasama dengan PKR. Mereka boleh melantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.
Sebab itu sekarang ini mereka mengalah, kerana habuan politik di akhirnya, begitu besar sekali.
Seperti kes Selangor, walaupun Menteri Besarnya adalah Melayu, tetapi yang berkuasa nampaknya seperti DAP ?
Itu sebenarnya yang berlaku kerana yang pentingnya kuasa di belakang tabir itu.
Di Selangor memang jelas. Jangan cakap di Pulau Pinang, itu memang sudah terang-terangan. Di Kedah yang diperintah oleh Melayu pun berlaku perkara yang sama.
Di belakangnya, di sebalik tabirnya, adalah exco DAP walaupun tidak ramai tetapi suara mereka begitu kuat sekali. Kerana PAS memerlukan ADUN DAP, jadi perkara itu berlaku.
Maka, DAP memilih strategi yang nampak seolah-olah mengalah sekarang, tapi kita tahu tujuan mereka sebenarnya. Di akhirnya, kita tahu apa sebenarnya yang mereka mahukan.
Kalau tidak silap, dalam sejarah Singapura yang merdeka daripada Tanah Melayu, pada awalnya kedudukan Raja-raja Melayu masih termaktub dalam perlembagaan. Hari ini, walaupun masih termaktub tetapi tidak diaplikasikan. Bermakna termaktub dalam perlembagaan sahaja tidak mencukupi jika tidak dilaksanakan. Apakah perkara sama akan juga berlaku di Malaysia ?
Ya, matlamat terakhir DAP adalah untuk menguasai kerajaan Persekutuan. Seterusnya mungkin mahu menjadikan negara sebagai sebuah Negara Republik seiras Singapura.
Seperti yang dikatakan tadi, memang sistem Kesultanan Singapura itu masih ada iaitu selepas merdeka daripada Malaysia. Tetapi sedikit demi sedikit mereka akan hapuskan persepsi itu hingga pada hari ini rakyat Melayu Singapura sendiri tidak tahu siapakah yang berketurunan Raja atau Sultan.
Kerana pada rakyat Singapura sudah tidak penting soal raja-raja Melayu kerana mereka hidup selesa dalam sistem Republik.
Sebenarnya rakyat Melayu Singapura pada hakikatnya ditindas. Tetapi mereka tidak mahu mengaku hakikat itu.
Sama juga yang akan berlaku di Malaysia, sedikit demi sedikit mereka akan menghakis kuasa Bumiputera, hak masyarakat Bumiputera dan juga hak masyarakat Islam.
Sama juga agenda DAP di Malaysia dengan PAP di Singapura.
Kalau kita lihat di Singapura, banyak nama-nama Melayu itu sengaja dibiarkan begitu sahaja. Nama lagu kebangsaan masih lagi ungkapan Melayu.
Mereka memberi persepsi bahawa mereka masih mengekalkan sejarah lama tetapi apa yang mereka kekalkan itu adalah benda yang tidak penting. Yang penting, semuanya mereka ambil.
Sama juga DAP di Malaysia. Bagi mereka, tidak penting mereka berada di barisan hadapan. Tidak penting pemimpin mereka menjadi Ketua Pembangkang, yang penting mereka boleh berkuasa di belakang dan suara mereka didengar oleh pemimpin Melayu yang memimpin mereka.
Penerimaan LGBT tidak pernah kita dengar sebelum ini, sekiranya PR memerintah, adakah sistem nilai masyarakat juga akan berubah ?
Kita lihat sesetengah kepimpinan Pakatan itu terikut-ikut dengan konsep liberal yang dibawa dunia Barat.
Sama juga dengan konsep LGBT ini, konsep hak asasi setiap individu, kita lihat pemimpin pembangkang terikut-ikut dan menerima bahawa itu adalah hak individu, yang sepatutnya dihormati.
Itu adalah acuan demokrasi ala Barat seratus peratus. Walaupun individu itu seorang, haknya perlu diterima oleh kumpulan majoriti.
Jadi, apabila ditanya jika Pakatan memerintah kerajaan Persekutuan, apakah nilai-nilai sosial, nilai-nilai hidup akan berubah? Saya jawab ya.
Akan berubah, kerana prinsip mereka adalah berlainan sama sekali dengan prinsip kerajaan yang sedia ada. Mereka, pembangkang menerima hak asasi individu sebagai satu perkara penting. Dan dalam hak asasi individu ini termasuk juga hak kumpulan LGBT yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Ini satu contoh, ada banyak lagi perkara yang akan berubah dalam sistem nilai hidup sosial kita.
Mungkin, Melayu Malaysia akan jadi seperti masyarakat Melayu Singapura kerana kononnya mengikut peredaran masa, kemajuan dan juga liberal demokrasi.
Badan penerbitan mencabar sistem yang sedia ada seperti membawa Irshad Manji ke Malaysia serta mencabar badan agama ke mahkamah. Adakah ini bunga-bunganya ?
Ya memang benar. Kalau kita lihat terutama sekali di Selangor, banyak perkara seperti kes Irshad Manji itu berlaku.
Mereka secara terang terangan mencabar kewibawaan agama Islam ataupun majlis yang menjaga agama Islam itu.
Jika itu sudah berlaku, apabila PR memerintah, maka kacau bilau lah negara, kerana ada di kalangan rakyat Malaysia yang masih tidak boleh menerima cabaran yang sedemikian rupa.
Itu sudah berlaku di Selangor dan itulah gambaran masa hadapan.
Jikalau rakyat Malaysia ingin mengetahui apa gambaran Malaysia pada masa hadapan jika PR memerintah, maka Selangor adalah contoh terbaik.
Cabar-mencabar, bukan sahaja terhadap agama Islam, malah hak Sultan pun, mereka sudah berani mencabar.
Dalam erti kata lain, PAS tidak mampu menahan diri daripada membendung perkara ini terus berlaku kerana ditentang kombinasi DAP dan PKR ?
Ya, memang benar. Kalau kita lihat apa yang berlaku sebelum ini, PAS hanyalah menjadi “pak turut”, mengikut sahaja. Beberapa perkara yang berlaku melawan prinsip PAS itu sendiri, tetapi pada akhirnya mereka terpaksa menuruti sahaja kehendak DAP dan PKR.
Jadi, amat menyedihkan kerana kepentingan politik, PAS sanggup melupakan perjuangan mereka.
Sebab itu, tidak salah jika ada dakwaan mengatakan ‘Perhimpunan Hijau’ adalah untuk memenangkan DAP ke Putrajaya?
Itu yang sedang berlaku walaupun cuba dinafikan PAS. Hakikatnya apa yang berlaku sebelum ini, walaupun mereka mengatakan itu adalah perhimpunan hijau untuk PAS tetapi sebenarnya adalah untuk melangsungkan agenda DAP.
PAS tidak boleh menang keseorangan, jika mahu ke Putraja, mereka mesti menang bersama DAP dan PKR.
Begitu sedih sekali apa yang telah menimpa Pas sekarang ini, di mana kepimpinan mereka tidak nampak, mereka sedang dipergunakan.
Dr Azmi : Dana Asing, Demonstrasi Jalanan dan Masa Depan Negara
* Azmi Hassan adalah GeoStrategis, Universiti Teknologi Malaysia. Disertasi ijazah kedoktoran beliau adalah dalam bidang Pemperosesan Isyarat Satelit GPS dari University of Wisconsin-Madison.
Walaupun mempunyai kepakaran dalam bidang satelit, tetapi beliau mempunyai minat mendalam dalam hal ehwal pertahanan strategik dan geopolitik tempatan dan antarabangsa.
Beliau banyak menulis rencana umum (setakat ini lebih dari 500 rencana) yang disiarkan oleh media cetak perdana seperti The New Straits Times, Berita Harian dan Utusan Malaysia.
Beberapa rencana beliau telah mengundang kontroversi kerana ada kalanya bersifat provokasi. Antaranya ialah Pendirian Malaysia Terhadap Nuklear Iran, Evolusi ISA Malaysia dan Amerika, Singapura dan Israel Setaraf?, KL Tidak Ikut Telunjuk AS dan LGBT, Pinkwashing Israel.
Azmi juga banyak menumpu perhatian mengenai hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Singapura dan pernah dituduh sebagai seorang penulis yang gemar bermain dengan sentimen perang terutama sekali dengan pembaca berbangsa Melayu. Tuduhan tersebut dibuat oleh Menteri Luar Singapura S. Jayakumar dalam ucapan di Parlimen Singapura pada 21 Mac 2003.
Beliau juga adalah pemilik paten hakcipta 6052082 mengenai pemperosesan isyarat satelit GPS yang dikeluarkan oleh Bahagian Paten dan Hakcipta, Amerika Syarikat. Paten yang bertajuk “Method for Determining a Value for the Phase Integer Ambiguity and a Computerized Device and System Using Such a Method” berkisar kepada kaedah mengekang polisi Anti-Spoofing yang dikenakan oleh Jabatan Pertahanan AS terhadap pengguna awam satelit GPS

Sunday, 22 July 2012

Kes Latheefa Buka Operasi & Korupsi Networking Anwar..


 Apabila Zuraida Kamaruddin menyeru kerajaan Negeri Selangor agar ‘berhati-hati tangani isu Latheefa‘, ramai yang mula tertanya-tanya apakah bekas aktivis PRM itu terlalu penting hingga Ketua Wanita PKR meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berwaspada.
Pendedahan terbaru Raja Petra kamaruddin (RPK) dalam rencananya bertajuk “The reason for Latheefa Koya’s downfall” merungkai networking Anwar yang tersembunyi itu.

Kesnya bermula di MBPJ (Majlis Bandaran Petaling Jaya), di mana dua peguam Latheefa Koya dan Derek John Fernandez dilantik sebagai ahli majlis.
Derek Fernandez adalah peguam yang mewakili pihak gereja dalam kes majalah Herald Khatolik memohon kebenaran mahkamah untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.
Dalam kes itu, Derek Fernandez bersama-sama dengan Benjamin Dawson, peguam gereja yang pernah mewakili kes murtad Lina Joy.
Selain itu, orang kuat SUARAM, Cynthia Gabriel dan orang kuat AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin juga turut dilantik di MBPJ.
Menurut RPK, pelantikan Latheefa Koya dan Derek Fernandez sebagai ahli MBPJ disalahguna dengan melobi firma guaman mereka sebagai pilihan utama majlis itu.
Latheefa bekerja di firma guaman Daim & Gamany yang diketuai oleh Ahli Parlimen PKR, R Sivarasa.
Selain Latheefa, Fadiah Nadwa Fikri juga turut menjadi pekerja di firma itu yang juga merupakan firma guaman yang dilantik sebagai panel penasihat perundangan MBPJ.
“Sebahagian baik kerja undang-undang di MBPJ telah dialihkan kepada firma Sivarasa, Surendran dan Derrick melalui pengaruh Lateefa Koya dan Derrick.
“Semua ini menyebabkan majlis dikawal oleh PKR . Adakah ini bukan rasuah, atau sekurang-kurangnya konflik kepentingan?”, soal RPK dalam pendedahan bertajuk “just do it not duit
Firma Surendran adalah Edwin Lim Suren & Soh dan dan firma Derrick adalah Derrick Fernandez & Selvarajah.
Malah Sivarasa juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Kumpulan Perangsang Selangor yang menikmati faedah dan yuran pengarah yang dianggarkan puluhan ribu sebulan, selain elaun-elaun tambahan yang lain.
Dalam masa sama Sivarasa adalah pengasas dan tulang belakang SUARAM.
Dalam rencananya bertajuk “RM102,800 in 2009 and RM83,900 in 2010“, RPK menyertakan dokumen-dokumen yang menunjukkan ratusan ribu ringgit dituntut oleh firma Daim & Gamany kepada MBPJ.
RPK dalam rencananya, “Again, which part is not true?” dengan menyertakan dokumen-dokumen yang menunjukkan Derrick juga bekepentingan dalam firma guaman Daim & Gamany.

Thursday, 19 July 2012

Membina citra Islam progresif

Muhamad Razak Idris
Kebangkitan aliran dan gerakan Islamisme di kebanyakan negara Islam hari ini memberi kesan positif, terutama dalam mengalih minda dan perhatian masyarakat dunia terhadap wajah sebenar Islam dan masyarakatnya.

Lebih sedekad lalu, masyarakat Islam seluruh dunia berada dalam keadaan yang amat terhimpit sekali akibat merebaknya gejala Islamophobia. Dalam tempoh itu, imej Islam dan masyarakatnya dipandang sebagai satu nilai dan perkumpulan yang ganas dan berbahaya. Ektremisme sering disinonimkan dengan agama Islam. Sikap media antarabangsa yang gemar memberikan laporan keterlaluan terhadap pendirian dan kegiatan pergerakan yang beraliran keras dan ganas di dunia Islam memburukkan lagi agama imej Islam pada kacamata masyarakat dunia. Imej buruk yang direka-reka ini menimbulkan rasa yang cukup rimas sekali kepada masyarakat Islam terbanyak, malah dalam keadaan tertentu sering diburu oleh bayang ketakutannya.
Mutakhir ini, masyarakat Islam sudah mula boleh menarik nafas lega dan membuang perasaan terkurung dan rimas ketakutan yang ditanggung itu. Media antarabangsa nampaknya tidak lagi memberi tumpuan kepada kegiatan dan pendirian yang bercorak ganas dan keras oleh sesetengah pergerakan di dunia Islam.

Nampaknya dunia Barat mula sedar iaitu ekstremisme bukan mewakili realiti sebenar Islam dan masyarakatnya. Ia rupanya suatu nilai yang dianut oleh setengah kelompok kecil daripada kalangan masyarakat Islam saja dan mereka boleh dikatakan sebagai golongan terpesong dalam memahami erti dan makna Islam yang sebenar.

Kebangkitan Islamisme dan pergerakannya dalam pelbagai bidang kehidupan terutama di arena politik kini sedang menjadi sumber berita dan perhatian baru masyarakat Barat dan media mereka. Peranan golongan Islamis bersama-sama rakyat terbanyak menjatuhkan pemerintahan autokratik di Asia Barat sejak lebih setahun yang lalu menyumbang kepada kelahiran dimensi baru tentang realiti Islam kepada masyarakat dunia.

Malah, kemenangan parti yang ditaja oleh golongan Islamis menerusi saluran pilihan raya yang bersih membuka mata dan menjelaskan kepada dunia tentang sikap masyarakat Islam yang sebenarnya bersifat demokratik. Ini secara langsung menangkis dakyah sebelum ini yang sering memomokan masyarakat Islam sebagai golongan yang antikebebasan dan kemodenan.
Perubahan politik di rantau Arab ini secara langsung membuktikan iaitu nilai hidup moden seperti amalan demokrasi bukan suatu yang asing dalam kehidupan masyarakat Islam malah akan menghormatinya selagi ia tidak mencabar prinsip dan pegangan agama dan nilai asas kerohanian mereka.

Peralihan tanggapan berfikir secara positif terhadap Islam mula dikesan daripada beberapa kenyatan pemimpin Barat terhadap kemenangan parti berhaluan Islam di beberapa negara Arab baru-baru ini. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Amerika Syarikat yang menjelaskan kesediaan negara itu bekerjasama dengan calon dan parti yang beraliran Islam yang dipilih oleh rakyat di rantau Arab mengesahkan peralihan sikap ini.

Ia menjelaskan iaitu pola keislaman yang berkembang di dunia Islam hari ini ialah suatu citra baru dan ia berbeza dengan imej ekstrem yang berkembang sebelumnya. Untuk itu, Islamisme ialah realiti baru yang harus didepani secara terbuka oleh Barat demi menjadi kepentingan mereka di dunia Islam secara jangka panjang.

Sikap ini harus dialu-alukan oleh dunia Islam kerana ia amat berbeza sekali terutama ketika Amerika Syarikat menggerakkan projek yang dikenali ‘Tata Baru Dunia’ beberapa dekad lalu.

Pendekatan mereka dalam mendepani realiti Islamisme ialah menerusi konflik dan permusuhan. Kuasa besar lebih yakin menaja pemimpin tertentu walaupun bersifat kuku besi bagi mempertahan kepentingan mereka di dunia Islam dari memberikan peluang demokratik kepada pergerakan Islamis berkembang dan tumbuh.

Nampaknya pendekatan sedemikian bukan lagi pilihan terbaik dalam era globalisasi hari ini. Peralihan dasar dan sikap kuasa besar terhadap Islamisme amat jelas kini. Mereka nampaknya memperakui iaitu konflik dan permusuhan mendepani Islamisme bukan saja bertentangan dengan nilai kebebasan dan demokrasi yang diuar-uarkan, malah bakal menimbulkan sikap benci masyarakat dunia terhadap mereka secara berterusan.

Pilih pemimpin realiti bukan legenda

Penulis Tamu: Rahman Shaari
Pengundi perlu ambil kira sama ada janji pilihan raya ditepati atau tidak

Tanda tanya mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sedang membengkak di fikiran rakyat Malaysia. Dari semasa ke semasa, mereka meramal tarikh, jika terlepas satu tarikh, diramalkan tarikh baru. Namun, dalam sistem kita, hanya seorang penentunya: Perdana Menteri. Oleh itu, ramalan tarikh adalah sia-sia, melainkan kita suka meramalnya seperti kita suka meramal pasukan manakah yang akan menang dalam pertandingan bola sepak.
Pengundi berharap transformasi akan berterusan. Pihak membangkang pula berusaha meyakinkan rakyat bahawa mereka akan berbuat sesuatu yang lebih baik, di samping memperkecil apa-apa yang dibuat kerajaan.
Pada masa ini, dua pihak bersungguh-sungguh untuk menang. Kemenangan bagi pihak yang bertanding mempunyai makna pencapaian tetapi bagi pengundi kemenangan ialah penantian satu pelaksanaan.

Mereka mengundi kerana harapan. Pilihan raya bukannya bola sepak kerana kemenangan dalam pilihan raya membawa kesan jauh dalam kehidupan. Kemenangan pertandingan bola sepak hanya untuk dipercakapkan beberapa hari.

Pelbagai perkara diperkatakan dua pihak yang berentap. Pihak kerajaan – Barisan Nasional – berbicara mengenai transformasi dan buktinya ditunjukkan melalui bantuan dan perancangan untuk kebaikan rakyat.

Pengundi berharap transformasi akan berterusan. Pihak membangkang pula berusaha meyakinkan rakyat bahawa mereka akan berbuat sesuatu yang lebih baik, di samping memperkecil apa-apa yang dibuat kerajaan.
Pengundi sentiasa menimbangkan kemungkinan adakah janji akan ditepati. Daripada kempen, ceramah atau aneka pertemuan lain, kita mendengar masing-masing berhujah dengan cara yang meyakinkan.

Bagi mempengaruhi rakyat, cara lebih penting, logik dan kebenaran dikebelakangkan. Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila pembangkang berjanji segala yang muluk-muluk, segala yang sempurna, pada hal kita semua tahu dunia bukannya syurga.

Kerajaan memilih jalan munasabah, iaitu bertindak membantu rakyat secara konkrit, bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah, bantuan kepada pelajar dan seumpamanya.

Pembangkang menyebut masa depan cemerlang jika mereka menang. Masalah ada di hadapan, jika pembangkang menang ialah untuk menentukan apakah yang sebenar-benarnya dikehendaki rakyat dan kemudian cara melayani kehendak itu.

Saya melihat masalah ini berpunca daripada dasar dan fokus berbeza-beza antara satu parti dengan yang lain. Jika menang, PAS tentulah mengutamakan hukum Islam, pemimpin mereka memberikan tumpuan kepada hukum hudud berkali-kali.
Pada masa makalah ini ditulis, hukum hudud muncul bagi kali yang entah berapa. DAP tidak menyenanginya. Dalam PAS hanya Mohammad Sabu berfikiran selari dengan DAP dan hampir-hampir mendekati aktivis progresif Hishamuddin Rais, iaitu pembahagian kek ekonomi secara adil kepada rakyat dengan stail sosialis.

Tokoh lain, baik dari UMNO mahupun PAS, tidak demikian. Mohammad Sabu ada keyakinan boleh menang di kawasan bandar yang pengundinya orang Cina atau lain-lain.

DAP tentulah (logiknya) menyukai tokoh ini untuk dibawa ke arah fahaman Malaysian Malaysia. Memang ada beberapa orang Melayu dalam DAP yang berfahaman begitu, terutama apabila terdidik terasing daripada budaya ibunda.

Secara keseluruhan, peratusan orang Melayu yang cocok dengan gaya DAP amat kecil. Dapatlah kita simpulkan, jika pakatan pembangkang menang, selepas hubungan DAP dan PAS diperhalusi, mereka tidak akan menuju ke arah keharmonian. Kini, hubungan yang sesekali agak baik antara PAS dengan DAP berlangsung hasil tindakan amat politikal oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memang Anwar berbakat besar melaksanakan tugas demikian, tetapi adakah seluruh rakyat akan diperjudikan untuk berharap kepada seorang ahli politik? Pertentangan antara Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Karpal Singh berkaitan negara Islam tidak pernah terpadam.

Kita tinjau PKR pula. Oleh sebab Anwar menjadi ketua dalam hal imej, biarpun bukan menang pertandingan dalam parti itu, arah PKR ialah arah Anwar. Ketua seperti ini, jika di dalam hikayat ialah ketua legenda.

Tokoh legenda dipercayai hebat, padahal mungkin baik sedikit saja daripada pengikut.

Pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR, sama-sama berjanji untuk membawa kemajuan kepada rakyat Malaysia, tetapi jalannya tidak jelas. Masing-masing kita boleh berfikir, cuma saya bimbang kaedah pentadbiran oleh tiga parti yang masing-masing mempunyai impian yang berlainan. Wujudkah kemungkinan itu?

Pembangkang bukan tidak berguna. Jika pembangkang tidak berguna, kita tidak usah memilih demokrasi. Kini, kegiatan pihak pembangkang (bagi sesetengah pendapat) menyebabkan pihak kerajaan kian rajin berusaha memenuhi keperluan rakyat.

Ertinya sahlah pembangkang berperanan. Anwar menyatakan, jika pakatan pembangkang gagal mengambil alih Kerajaan Malaysia, beliau akan bersara dan menjadi pensyarah. Saya menterjemahkan kata-katanya itu sebagai penanda beliau rasakan menjadi pensyarah adalah sama, atau lebih baik daripada menjadi Perdana Menteri. Pengalaman sejumlah pensyarah memang boleh mengesahkan kenyataan itu.

Jika kerajaan yang ada sekarang masih berkuasa, Anwar menjadi pensyarah, saya kira ganti Anwar masih boleh dicari. Ada kemungkinan ketua pembangkang yang akan datang bukan tokoh legenda.

Masa depan politik bandar

Seorang pembaca memberi reaksi terhadap tulisan di ruangan ini dalam BH Ahad, 8 Julai lalu. Pembaca itu membandingkan tulisan di ruangan ini mengenai ‘Sikap Cina di bandar’ dengan kandungan wawancara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dalam Mingguan Malaysia bertajuk ‘Dilema Melayu Hari ini’.

Bagi penulis itu, isu yang dibincangkan BH Ahad dan Mingguan Malaysia itu sudah pun menjadi bahan percakapan dan perbualan rakyat, terutama mereka yang mengikuti perkembangan politik. “Kedua-dua tulisan jelas menyatakan sifat orang Cina Malaysia sejak akhir-akhir ini khususnya di bandar tidak memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Sifat angkuh mereka disebabkan memiliki kekayaan, keselesaan dan keselamatan untuk menjalankan aktiviti perniagaan di bandar menyebabkan mereka berfikiran siapa saja yang memerintah, keadaan tidak akan mengubah mereka.

“Justeru, selepas sekian lama ‘bertuankan’ Melayu, mereka kini mahukan pemimpin daripada kalangan orang Cina sendiri, tidak kira sama ada Parlimen dapat ditawan atau pun pun tidak. Sekadar dapat memerintah negeri pun mereka sudah berpuas hati,” menurut tulisannya itu.

Dalam konteks Malaysia, sikap dan tindakan kaum Cina tidak menyokong kerajaan bukanlah keputusan bijak, walaupun ia diterima sebagai fenomena politik bandar. Di bandar, keputusan politik penduduknya berbeza dengan luar bandar. Penduduk bandar berasakan mereka tidak perlu apa-apa kerana segala kemudahan sudah lengkap dan tidak perlu meminta-minta.

Ini disebabkan suasana politik bandar yang berkait rapat dengan struktur dan sosioekonomi masyarakat penduduknya. Selagi berlaku proses urbanisasi yang ditentukan faktor ekonomi, selagi itulah wujud politik bandar. Keadaan ini berlaku sejak sekian lama dan tidak boleh diubah secara mendadak.
Ia adalah proses urbanisasi yang sudah berlaku sejak sekian lama dan kadang kala di luar kawalan manusia. Perpindahan rakyat dari luar bandar ke bandar mewujudkan kelas masyarakat dari setinggan hinggalah kepada pemilik kompleks perniagaan.

Di bandar juga ramai golongan pertengahan yang terdedah kepada segala bentuk komunikasi dan ideologi. Keadaan sosioekonomi dan tahap kedudukan mereka dalam masyarakat mencorakkan pemikiran politik mereka.

Faktor kapitalisme dan individualisme penduduk bandar amat tinggi dan sukar diubah. Mereka yang mempunyai wang akan menenggelamkan golongan miskin. Jurang golongan kaya dan miskin jelas dilihat di bandar. Berbeza dengan orang Cina, orang Melayu tidak suka tinggal di bandar kerana keadaannya yang riuh rendah dan sesak.

Orang Melayu memilih untuk tinggal di kawasan tenang. Soal kependudukan di bandar juga ditentukan oleh pemilik syarikat besar dan pemaju perumahan yang kebanyakannya orang Cina. Jika harga rumah yang dibina terlalu mahal, ia tidak mendorong orang Melayu tinggal di kawasan itu. Ia memberi laluan kepada orang Cina untuk terus menetap di kawasan bandar manakala orang Melayu menetap di pinggir bandar.

Analisis akhir menunjukkan politik bandar dikuasai oleh kedudukan ekonomi kaum Cina yang ditentukan oleh regim korporat atau regim pembangunan. Untuk mengubah keadaan ini, kedudukan sosioekonomi orang Melayu perlu ditingkatkan. Struktur penduduk bandar juga perlu dikaji semula agar seimbang mengikut kaum.

Ketaksuban politik jangan sampai runtuhkan keluarga

Sekilas: Razak Rashid
Sepatutnya isu keagamaan bebas daripada politik. Ia tidak harus dicampur aduk dan sama ada seseorang itu sesat mahupun tidak, ia harus diperiksa terlebih dulu”
Di Britain, bekas Menteri Luarnya, David Miliband dan adiknya, Ed Miliband sama-sama bergiat aktif dalam parti sama iaitu parti Buruh. Kedua-duanya pernah bersaing untuk menjadi pemimpin parti. Dalam pemilihan parti pada 29 September 2010, David tewas di tangan Ed sebagai pemimpin parti berkenaan.

Bagaimanapun bagi mengelakkan cubaan berterusan daripada dalang tertentu yang dengan sengaja cuba mencari perbezaan di antara mereka yang boleh menjejaskan parti, beliau menarik diri daripada Kabinet bayangan parti berkenaan.

Hakikatnya, dalam masyarakat setempat pun, ada yang menyokong parti memerintah dan ada menjadi penyokong setia parti pembangkang. Sudah tentu dalam kalangan mereka, ada yang begitu taksub dengan perjuangan parti masing-masing.

Ketaksuban adalah perkara biasa tetapi ketaksuban melampau berbahaya. Justeru, isu perceraian di antara suami dan isteri kerana perbezaan parti politik bukan perkara baru. Sejak 30 tahun lalu pun kita sudah mendengar angkara sebegini berlaku.
Ia berpunca daripada ketaksuban anggota parti politik tertentu sehingga sanggup mengambil tindakan drastik termasuk meruntuhkan rumah tangga.

Pada 1980-an pernah timbul isu sembahyang dua imam, kafir-mengkafir, memulau kenduri-kendara yang dianjurkan oleh ahli parti politik tertentu dan perpecahan dalam kalangan masyarakat sekampung, yang semuanya berpunca daripada fahaman politik.

Dalam perkembangan terbaru di Pasir Mas, Kelantan minggu lalu, Yahaya Ibrahim, 78 dikatakan menceraikan isterinya, Che Hasnah Che Ahmad, 61 dengan talak satu selepas menganggapnya sesat kerana tidak menyokong PAS.

Kita bukannya hendak mempertikaikan isu perceraian itu tetapi punca ia berlaku. Andainya benar laporan yang menyatakan bahawa perceraian itu berlaku berikutan pendirian politik isteri yang tidak selari dengan suaminya, maka ia adalah sesuatu yang serius dan seharusnya dielakkan.

Pensyarah Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohamad Zaini Abu Bakar, berkata walaupun kita tidak mengetahui fakta sebenar kenapa berlaku perceraian di Pasir Mas itu, namun secara umum tidak dinafikan bahawa ketaksuban politik boleh menjadi antara puncanya.

Setiap orang sememangnya mempunyai ketaksuban tertentu dan ini boleh melampaui batasan dalam hal yang menyentuh kecenderungan kepartian.

“Sekiranya isu itu berkaitan hal keagamaan, tidak apa, tetapi masalahnya ialah apabila muncul kecenderungan kepartian. Ini pula membabitkan pasangan yang sudah lanjut usia,” ujarnya.

Sepatutnya isu keagamaan bebas daripada politik. Ia tidak harus dicampur aduk dan sama ada seseorang itu sesat mahupun tidak, ia harus diperiksa terlebih dulu.

Che Hasnah dilaporkan media sebagai berkata sejak berkahwin, suaminya pernah beberapa kali mengajaknya menyertai PAS namun dia tetap dengan pendiriannya untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Pada 11 Jun lalu, apabila beliau menghadiri ceramah politik bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali di Tanah Merah, suaminya tidak dapat menahan lagi kemarahannya, walaupun ketika baru berkahwin dulu, suaminya tidak kisah sokongannya terhadap mana-mana parti.

Yahaya pula berkata amalan isterinya bercanggah dengan ajaran Islam sehingga beliau memutuskan untuk menceraikannya. Tambahnya, beliau ingin merujuk semula tetapi isterinya kena mengikut kata suami dan melakukan semua ajaran Islam seperti yang diperintah Nabi.

“Ini tidak, orang lain pakai baju merah, dia pun pakai baju merah,” katanya.

Di sini jelas nampak kemarahan itu berpunca daripada tindakan Che Hasnah menghadiri ceramah Hasan dan mungkin juga mengingkari arahan suaminya supaya tidak ke ceramah berkenaan. Percanggahan berlaku apabila beliau menyatakan isterinya mengikut orang lain dengan memakai baju merah, lalu menimbulkan persoalan apakah baju merah yang dimaksudkannya itu ada kaitan dengan warna pakaian Wanita UMNO?

Kes ini seharusnya menjadi contoh dan sempadan kepada ahli parti politik, terutama yang mempunyai anggota keluarga daripada parti berlainan supaya tidak terlalu taksub dengan perjuangan masing-masing.

Boikot peniaga perlekeh logo halal

Menyirap darah apabila mendapat tahu lapan peniaga ayam sebuah pasar moden di pinggir bandar raya, yang sering dikunjungi penulis sekeluarga dikesan menjual sembelihan tidak sah.

Dalam pemeriksaan Jumaat lalu, lebih malang lagi mereka turut dikesan mencampur aduk sembelihan tidak sah itu dengan ayam yang disembelih mengikut hukum syarak, untuk dijual kepada pelanggan Islam. Di pasar sama juga dua kedai roti dan kek dikesan menggunakan berus bulu babi dalam menyediakan makanan. Loya tekak dibuatnya kerana premis terbabit sering menjadi tumpuan ramai termasuk penulis.
Penulis menghargai operasi bersepadu Jabatan Agama Johor (JAJ) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) berhubung isu halal kerana ia penting dalam kalangan pengguna Islam dan orang Melayu.

Sama ada disedari atau tidak, sejahat-jahat latar belakang seseorang, kalau dia Melayu, apabila menyentuh soal makanan, isu halal dan haram tetap menjadi keutamaan kerana sedar sembelihan yang tidak mengikut syarak, menukar status ayam itu kepada bangkai.

Sengaja atau tidak, JAJ perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana ayam yang dijual di pasar moden terbabit disembelih syarikat tertentu yang mengendalikan proses itu kerana sembelihan bukan dilakukan di pasar terbabit.

Lantaran itu, susulan penemuan di pasar moden terbabit, JAJ perlu menjejaki dan memeriksa setiap syarikat yang mengendalikan sembelihan dan mengambil tindakan tegas jika dikesan melanggar undang-undang.
Berdasarkan pengalaman lalu, penulis pernah membuat pendedahan seterusnya memboikot seorang peniaga ayam di Pasar Muar selepas melihat sendiri, dia mencampur aduk ayam yang disembelih pekerja beragama Islam dengan ayam yang dicucuk hingga mati dalam sebuah periuk air panas.

Ekoran pendedahan ketika itu, mendorong ramai pengguna menyokong usaha memboikot ayam jualan peniaga terbabit sebagai pengajaran hingga perniagaannya merosot teruk.

Susulan penguatkuasaan logo halal yang standard dikuatkuasakan ketika ini, JAJ mempunyai tugas berat memastikan peraturan itu dipenuhi khususnya oleh pengeluar produk yang menjadi kegunaan umat Islam.

Seboleh-bolehnya, JAJ perlu berusaha mengadakan operasi status halal setiap hari meskipun pada skala kecil, sebelum menyiarkan nama premis atau syarikat yang melanggar peraturan itu dalam lama web jabatan berkenaan.

Pada masa sama, umat Islam negeri ini perlu menyokong usaha JAJ dengan meningkatkan kepekaan serta kefahaman mengenai isu halal dan haram makanan yang hendak dibeli.

Kesepakatan pengguna dengan mengutamakan produk yang mempunyai logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau pihak berkuasa agama peringkat negeri seperti JAJ, adalah kunci kejayaan kepada usaha kerajaan menyeragamkan penggunaan logo halal negara ini.

Pada masa sama, tindakan pengguna memboikot peniaga atau pengeluar yang melanggar peraturan berkenaan, dapat mendidik golongan itu supaya lebih menghormati pelanggan Islam dengan mengutamakan aspek halal dalam perniagaan masing-masing.

Penulis ialah Ketua Biro Johor

‘Tuan Guru’ PAS langgar syarat

Parti tetapkan pemimpin lulusan pengajian Islam

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah dua pemimpin PAS yang pernah belajar dan lulus bidang pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar. Mengikut takrif ulama dalam Perlembagaan PAS mengenai Dewan Pemuda PAS Pusat, kedua-duanya ulama kerana memenuhi dua syarat. Mereka dipanggil ‘tuan guru’ dan siswazah pengajian Islam dari institut pengajian tinggi (IPT) iaitu Universiti Al-Azhar. Dalam kepemimpinan PAS kini, Abdul Hadi dan Nik Aziz adalah ulama selaras dengan ketetapan Bab Kesepuluh Perlembagaan PAS.
Bagaimana pula pemimpin nombor dua PAS iaitu Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu? Adakah dia siswazah pengajian Islam dari IPT? Adakah Mat Sabu seorang profesional seperti Nasharuddin Mat Isa yang ditewaskannya pada pemilihan pucuk pimpinan PAS Pusat? Mat Sabu kini Timbalan Presiden PAS. Kalau diandaikan presiden sudah tidak berfungsi, maka naib presiden mengambil tempat.

PAS lama berada di bawah Datuk Mohd Asri Muda sebelum Yusof Rawa dipilih pada Muktamar PAS menggantikan Mohd Asri. Ketika Mohd Asri memimpin PAS berbelas tahun, dia tidak dikatakan bukan ulama tetapi apabila ahli mahu menjatuhkannya, maka label dia buka ulama dijaja. Akhirnya mereka berjaya menjatuhkan Mohd Asri dengan alasan PAS mahu dipimpin seorang ulama, sedangkan Mohd Asri bukan ulama.

Dalam struktur organisasi dan pentadbiran PAS Pusat, pemimpin pertama bergelar presiden dan kedua, timbalan presiden. Di bawah dua jawatan ini, ada tiga jawatan naib presiden yang kini dipegang Salahuddin Ayub (753 undi), Husam Musa (660 undi) dan Mahfuz Omar (616 undi). Adakah tiga Naib Presiden PAS ini siswazah pengajian Islam? Adakah mereka berkelulusan profesional seperti Nasharuddin dan begitu juga Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.

Selain presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden, seorang setiausaha agung, Jawatankuasa PAS Pusat mempunyai ahli lain yang dipilih ahli pada muktamar 2011.
Satu berita dalam The Malaysian Insider, pada 4 Jun 2011 menulis: “Mat Sabu wins PAS No 2, professionals sweep EXCO”. Betulkah ahli PAS memilih profesional untuk berada dalam Jawatankuasa PAS Pusat (JPP)?

Nama yang dipilih pada Muktamar 2011 untuk berada dalam JPP ialah Mazlan Aliman (804 undi), Dr Hatta Ramli (765), Datuk Kamaruddin Jaafar (739), Hanipa Maidin (735), Azizan Abdul Razak (721), Dr Zulkefly Ahmad (702), Dr Mujahid Yusof Rawa (651), Khalid Samad (643), Abdul Ghani Shamsuddin (579), Amiruddin Hamzah, Abdul Wahid Endut, Abu Bakar Cik, Mohd Amar Abdullah, Dr Mahfodz Mohamad, Dr Siti Mariah Mahmud, Dr Hasan Ali, Abdul Ghani Abdul Rahman dan Nurida Salleh (416).

Dalam kalangan JPP ada yang bergelar Doktor (Dr). Adakah semua doktor ini merujuk kepada bidang perubatan moden yang berijazah MBBS atau lainnya? Dr Hasan Ali yang sudah dipecat daripada PAS tidak berkelulusan MBBS tetapi mungkin Doktor Falsafah (PhD).

Daripada 18 ahli PAS dalam JPP, hanya Azizan, Abdul Ghani, Abu Bakar dan Mohd Amar yang jelas siswazah Pengajian Islam. Kamarudin Jaafar pernah bersama UMNO berkelulusan sarjana sains politik dan pernah menjadi pensyarah di Jabatan Sejarah dan Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum memasuki politik sepenuh masa dan selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari UMNO beliau keluar UMNO dan menyertai PAS.

Daripada 18 ahli dalam JPP, hanya empat saja berkelulusan bidang Pengajian Islam dari IPT, dan tiga naib presiden bukan bidang Pengajian Islam dari IPT dan timbalan presiden juga bukan bidang Pengajian Islam dari IPT. Persoalannya di manakah kepemimpinan ulama dalam PAS kini?

Mengikut Bab Kesepuluh, Perlembagaan PAS, Fasal Dewan Ulama PAS Pusat menyatakan ulama adalah “tuan guru atau/dan siswazah lulusan apa-apa bidang pengajian Islam dari mana-mana IPT atau mana-mana Pengajian Islam yang menjadi ahli PAS.”

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu tidak dipanggil ‘tuan guru’ untuk melayakkannya menjadi ulama mengikut Perlembagaan PAS dalam Bab Kesepuluh. Demikian juga tiga Naib Presiden PAS tidak dipanggil ‘tuan guru’. Perlukah PAS memanggil semua ahli PAS dalam JPP ‘tuan guru’ jika mereka bukan siswazah dalam bidang Pengajian Islam?

Penulis ialah pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM

Menghukum kafir

RAMAI di kalangan umat Islam hari ini tersalah dalam memahami sebab-sebab sebenar yang mengakibatkan seseorang itu terkeluar daripada Islam dan dihukum sebagai kafir. Mereka kelihatan begitu mudah dan terburu-buru menghukum kafir ke atas saudara seagama hanya kerana wujudnya percanggahan pendapat dalam permasalahan khilaf pada cabang feqah. Ia akhirnya menatijahkan hanya sedikit sahaja individu yang diiktiraf sebagai muslimin yang tinggal di muka bumi ini pada penilaian mereka.
Mengambil sikap baik sangka, berkemungkinan niat mereka baik demi menjaga kemurnian ajaran Islam daripada perbuatan syirik melalui konsep amar makruf nahi mungkar.
Namun, mereka lupa, dalam melaksanakan konsep amar makruf nahi mungkar, perlu kepada sikap berhikmah (bijaksana) dan memberi peringatan yang baik. Jika ada yang perlu diperdebatkanpun, haruslah dilakukan dengan cara terbaik. (rujuk al-Nahl: 125)
Al-'Allamah al-Imam Sayyid Ahmad Masyhur al-Haddad mengatakan: "Sesungguhnya telah ditetapkan oleh ijmak ulama larangan mengkafirkan seseorang ahli Kiblat kecuali jika dia mengingkari Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa atau melakukan perbuatan syirik secara terang-terangan yang tidak perlu lagi diandaikan takwilannya atau mengingkari kenabian Nabi Muhammad SAW atau mengingkari sesuatu yang telah pasti kebenarannya dalam agama atau mengingkari suatu masalah atau hadis mutawatir (yang telah pasti kesahihannya) ataupun sesuatu yang telah disepakati oleh ulama."
Dalam ajaran Islam, ilmu agama yang diketahui secara pasti (kebenarannya) seperti masalah tauhid, kenabian, kesempurnaan risalah dengan perutusan Nabi Muhammad SAW, kebangkitan semula pada hari kiamat, hisab, pembalasan pada hari kiamat serta syurga dan neraka. Jika seorang Muslim mengingkari hal-hal seperti itu, maka dia dinilai sebagai kafir.
Tiada keuzuran bagi setiap Muslim untuk tidak mengetahui perkara-perkara asas seperti itu, melainkan bagi orang-orang yang baru memeluk agama Islam. Mereka dimaafkan sehinggalah mereka mempelajarinya.
Sesungguhnya, menghukum seseorang Muslim itu kafir bukan pada perkara-perkara yang telah kami terangkan di atas adalah suatu yang amat bahaya.
Rasulullah SAW menegaskan: "Jika seseorang berkata kepada saudaranya 'wahai kafir', maka kekafiran itu akan kembali (menimpa) kepada salah seorang di antara keduanya."
Orang yang layak untuk menilai sama ada seseorang itu kafir atau mukmin, hanyalah orang yang mengetahui menerusi sinaran cahaya syariat Islam perkara-perkara yang memasukkan seseorang kepada kekufuran dan yang mengeluarkannya dan juga orang mengetahui secara pasti, batas pemisah antara keimanan dan kekufuran di sisi hukum syariat Islam yang mulia dan sempurna.
Sesiapapun juga tidak harus bertindak rakus dan terburu-buru dalam medan ini dan menuduh kafir terhadap saudara seagamanya hanya berdasarkan kepada sesuatu yang tidak pasti dan prasangka tanpa menggunakan ukuran yang pasti dan meyakinkan serta pengetahuan yang kukuh dan mendalam.
Jika tidak berhati-hati, yang jernih akan bercampur dengan yang keruh dan tidak akan ada lagi seorang Muslim pun di atas muka bumi ini. Jika ada pun hanya sedikit.
Begitu juga, tidak boleh seseorang itu dihukum kafir hanya kerana dia melakukan maksiat. Padahal dia masih mempunyai keimanan dan memperakuinya dengan mengucapkan dua kalimah syahadah.
Sehubungan dengan perkara ini, Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik: "Tiga perkara daripada asas keimanan ialah menahan diri daripada (mengkafirkan) orang yang mengucapkan Laa Ilaaha Illallah kita tidak mengkafirkannya kerana dia berbuat dosa dan kita tidak mengeluarkannya daripada Islam hanya kerana dia melakukan maksiat dan jihad yang sentiasa berterusan semenjak Allah mengutus saya menjadi Nabi hingga umat saya yang terakhir memerangi Dajjal. Jihad tidak akan dibatalkan kerana kezaliman orang yang zalim ataupun kerana keadilan orang yang adil. Dan (yang ketiga), beriman dengan qadar."
Imam Haramain berkata: "Jika dikatakan kepada kita 'perincikan ungkapan atau perilaku yang membawa kepada kekafiran dan tidak membawa kepada kekafiran'. Kami menjawab 'ini suatu keinginan yang bukan pada tempatnya kerana (hak) mengkafirkan orang lain adalah termasuk dalam masalah yang sangat jauh jangkauannya dan sangat dalam wawasannya, yang harus dikaji asal-usul tauhid. Sesiapa yang tidak mengetahui sesuatu ilmu hingga kepada hakikatnya, tidak mungkin mengetahui cara membuktikan kekafiran seseorang dengan pasti."
Oleh kerana itu, hendaklah kita mengingati dan berhati-hati daripada melabel orang lain sebagai kafir bukan pada tempat-tempat atau perkara-perkara yang telah dijelaskan sebelum ini, kerana perbuatan seperti itu mengandungi bahaya yang amat besar. Hanya Allah SWT yang dapat menunjuki ke jalan yang lurus, dan hanya kepada-Nya sahajalah kita semua akan dikembalikan.

Bayangkan pakatan pembangkang tanpa Anwar

KENYATAAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin mengundurkan diri adalah cetusan awal secara psikologi bahawa politik beliau sedang sampai ke hujungnya. Reaksi terhadap kenyataan itu tidak diterima dengan hebat oleh khalayak. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula menyatakan Anwar patut undur sekarang.
Kes Anwar-Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang sedang berada di Mahkamah Rayuan adalah hal yang menarik untuk difikir. Jangkaan umum dulu Anwar akan kena lantaran ada asas prima-facie, Mohd. Saiful adalah saksi yang berwibawa dan Anwar dipanggil membela diri. Tetapi mahkamah tetap mahkamah. Ia membuat keputusan dan keputusan itu boleh dicabar di mahkamah yang lebih tinggi.
Katakan di mahkamah yang lebih tinggi Anwar terbabit, kesannya kepada Pakatan adalah besar. Kesan terhadap Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali lebih besar lagi kerana walaupun mereka berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tapi kem mereka tidak sama.
Kesan kepada Pakatan Rakyat adalah mencari siapa pengganti Anwar. Lim Kit Siang atau Datuk Abdul Hadi Awang. Pas tidak akan semudah itu menyerahkan jawatan nombor satu ke Putrajaya kepada DAP. Ketiadaan Anwar nanti boleh menyebabkan Azmin juga membina cita-cita kerana de facto Anwar dalam PKR ialah Azmin.
Bila ini terjadi Wan Azizah tidak akan berdiam diri. Kem Wan Aziz-Faekah-Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Nurul Izzah dan kem Azmin masing-masing akan menunjukkan kekuatan siapa yang lebih berpengaruh.
Kes Faekah dibaca umum adalah bukti pertarungan dua kem berkenaan. Isu yang dibangkitkan oleh MCA dan Barisan Nasional (BN) Selangor mengenai isu Talam menguntungkan Azmin. Isu iringan surat Faekah kepada suatu permohonan dilihat oleh Abdul Khalid biasa saja. Surat iringan yang sama pada masa lalu yang menyebabkan tindakan berlaku menyebabkan Abdul Khalid dalam dilema.
Sehingga kini Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan de facto kepimpinan utama PKR tidak mampu berbuat apa-apa. Diambil tindakan kepada Wan Azizah-Khalid dan menyebelahi Azmin ibarat ditelan mati emak dan diluah mati bapa.
Khalayak berpendapat kalau isu yang sekecil ini Anwar tidak mampu menyelesaikannya betapa untuk jadi Perdana Menteri yang isunya jauh lebih besar dari isu itu. Itu dalam keadaan Anwar masih ada dan masih berperanan.
Kalau Anwar tidak mampu berperanan lagi , apakah Wan Azizah sebagai Presiden PKR akan membuat keputusan sendiri atau Azmin sebagai Timbalan Presiden akan terus mendapat arahan dari Anwar hingga akhirnya konflik Wan Azizah- Azmin menjadi sesuatu yang tidak boleh dielakkan lagi.
Seperti juga Anwar, Azmin menghadapi masalah integriti yang amat serius dalam soal moralnya. Azmin yang 'melupakan" ibunya, dakwaan yang berterusan adiknya Ummi Hafilda ditanggapi khalayak sebagai isu yang belum terlerai.
Anwar sepatutnya menasihatkan Azmin mengenai hubungannya dengan ibunya tetapi itu tidak berlaku. Kalau seluruh anggota keluarga menyebelahi Ummi Hafilda tentu ada sesuatu yang tidak kena kepada Azmin. Khalayak mengharapkan Azmin kembali semula kepada ibu dan menyaman Ummi Hafilda atas kes-kes yang dibangkitkan. Inilah integriti yang dituntut terhadap ahli politik yang bercita-cita besar.
Kalau ini berlaku dalam PKR, bagaimana Pas dan DAP ingin bergantung kepada Anwar. Agak sulit untuk Pas dan DAP mendukung Pakatan Rakyat tanpa Anwar bersamanya. Pas mahukan Anwar dan DAP kerana motif politik kerusi.
Tidak mungkin Pas menguasai Malaysia tanpa dukungan DAP. Dan tidak mungkin DAP mempunyai saham yang besar dalam pemerintahan tanpa dukungan Pas. Dan tidak mungkin Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya tanpa dukungan Anwar.
Takdirnya kes Mahkamah Rayuan atau Persekutuan menyebabkan Anwar terpaksa meninggalkan politik tentu DAP dan Pas akan menghadapi situasi baru yang amat mencabar. Pertama, kem-kem dalam PKR mula berantakan mengenai siapa akan menjadi teraju dalam kepimpinan dan menentukan calon yang bakal bertanding.
Pas tidak mungkin menerima Azmin sebagai pengganti Anwar mahupun Wan Azizah sebagai Perdana Menteri. DAP tidak mungkin ingin melangsungkan cita-cita Karpal Singh untuk melantik seorang bukan Melayu sebagai Perdana Menteri dan ia juga bercanggah dengan hasrat Pas.
Kalau begitu apakah cita-cita untuk sampai ke Putrajaya ini hanya suatu fatamorgana atau miraj yang indah pada cita-cita tetapi realitinya hampa dan kosong. Lazimnya cita-cita besar begini perlu didukung oleh pemimpin yang berintegriti tinggi. Dari sudut Pakatan, dasar parti harus jelas dan merintis ke jalan wehdah atau kesatuan.
Mana mungkin sebuah parti yang memperjuangkan negara Islam yang terpaksa dilunakkan menjadi negara berkebajikan bekerjasama dengan parti yang mendukung faham sosialis demokratik. Mana mungkin juga sebuah parti Islam boleh membisu terhadap elemen-elemen liberalisme, pluralisme dan elemen sosialis dalam PKR.
Kenyataan di atas sudah memadai untuk membawa kesimpulan bahawa diwaktu ini perbezaan itu boleh ditenggelamkan walaupun mereka menyedari ini suatu masalah tetapi apabila kuasa sudah ditangan perbezaan ini bakal terserlah. Dan Pas akan terus melakukan justifikasi. DAP bakal menyerlahkan konsep Malaysian Malaysianya secara halus dan PKR bakal menuntut perlaksanaan faham liberalisme dan pluralisme dalam sistem.
Jika ini berlaku tanpa kehadiran Anwar apa akan jadi kepada Putrajaya dan apa akan jadi kepada Malaysia. Hanya yang arif saja yang dapat mengenal manikam.

Teguran Sulaiman dan politik Pas

PADA 27 Mei lalu, Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Kenyataan beliau itu menimbulkan perasaan tidak selesa di kalangan sesetengah pemimpin dan penyokong Pas, malahan ada pemimpin parti itu mahu tahu apa pula jawapan Dr. Sulaiman jika ditanya mengenai orang Islam yang menolak pelaksanaan hukum Islam.
Dan kelmarin, Dr. Sulaiman mungkin sekali lagi membangkitkan perasaan tidak selesa pemimpin dan penyokong parti tersebut apabila menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan kerajaan Islam yang memerintah walaupun dalam kepimpinan didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

Kerjasama strategik KL-Washington

BUKAN menjadi satu rahsia lagi keprihatinan Amerika Syarikat (AS) terhadap rantau Asia Pasifik sejak kebelakangan ini merupakan percaturan strategik Washington untuk memastikan pengaruh Beijing berada pada tahap yang boleh dikawal.
Kemuncaknya pelaksanaan strategi baru ini bermula dengan pengumuman dasar pangsi Pasifik oleh Presiden AS, Barack Obama pada tahun lepas dan diperkemaskan pula oleh Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta yang menegaskan strategi pangsi tersebut merupakan pengimbangan kekuatan tentera AS di antara Atlantik dan Pasifik. Panetta memperkenalkan ungkapan terbaru tersebut ketika menghadiri Dialog Shangri-La di Singapura pada bulan lepas.
Anjakan daripada ungkapan pangsi kepada pengimbangan terpaksa dilakukan untuk mengelak tanggapan bahawa strategi terbaru ini hanya melibatkan faktor ketenteraan yang dianggap begitu sensitif terutama sekali di rantau sebelah ini.

ISU-ISU AKHBAR CINA

PEMIMPIN PERLU BERAKHLAK MULIA

AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 14 Julai 2012 menyiarkan artikel mengenai perlunya seseorang pemimpin itu mempunyai akhlak mulia.
Artikel bertajuk ‘Antara pemimpin dengan skandal’ tulisan Hong Choo Chew disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuanlun halaman W3.
Perkataan ‘pemimpin’ merujuk kepada mereka yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat dan mereka memimpin rakyat bagi mencapai hala tuju tertentu.
Mereka mempunyai pengaruh yang luas dalam masyarakat dan pengikut juga akan menjadi taksub terhadap pemimpin, mengikut gayanya dan menyerah diri mereka kepadanya.
Kata-kata pemimpin mempunyai kekuatan tertentu, tetapi kata-kata yang diluahkan itu perlu menyakinkan semua orang, barulah beliau akan mendapat kepercayaan.

Kerana berpolitik, rakyat jadi mangsa

KRISIS bekalan air bersih yang melanda kawasan Lembah Klang dilihat seolah-olah tiada penghujungnya apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sehingga kini terus berdegil enggan membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi mengatasi masalah tersebut.
Sebagai sebuah kerajaan negeri, kedegilan itu tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat dan pembangunan di Selangor kerana apa yang jelas, pembinaan Langat 2 yang bernilai RM8.65 bilion itu bukanlah satu pembaziran, sebaliknya ia merupakan jaminan kepada kelangsungan bekalan air bersih di negeri ini dan seluruh kawasan lain di Lembah Klang.
Ini kerana, berdasarkan maklumat serta spesifikasi Langat 2 yang sepatutnya siap pada pertengahan 2014, loji itu berupaya memenuhi keperluan bekalan air bersih bagi pengguna dan industri di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga tahun 2025. Malah, pembinaannya cukup signifikan dengan bilangan penduduk serta pembangunan Lembah Klang yang bakal berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Aura Najib tarik perhatian jutaan belia

LAUNGAN anak muda di Taman Esplanade KLCC bersempena program 1Malaysia For Youth (1M4U) Ahad lalu, sangat memukau sehingga dikatakan boleh didengar sekitar Jalan Ampang.
Kehadiran Perdana Menteri,, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencetuskan fenomena luar biasa kepada anak muda di KLCC . Beliau muncul bukan dengan memakai baju rasmi tetapi kehadirannya secara santai menyebabkan anak-anak muda berasa teruja melihat wajah Perdana Menteri.
Lebih menarik lagi beliau boleh duduk di atas tangga bersama puluhan ribu anak muda menyaksikan pelbagai persembahan .
Jarang kita melihat seorang Perdana Menteri bersantai bersama anak muda dan sanggup mengetepikan segala protokol dan atur cara rasmi Najib kini boleh dikatakan sehebat aura artis popular malah menjadi tarikan yang amat kuat kepada rakyat Malaysia untuk hadir dalam program yang disertai beliau.
Saya berpendapat rata-rata anak muda di Malaysia sangat berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri yang berterusan memandang anak muda sebagai agen kepada transformasi.
Pengiktirafan Najib terhadap sumbangan anak muda memang tidak dinafikan lagi malah ia telah membawa perubahan kepada suara anak muda.
Ke mana-mana sahaja beliau pergi , sudah pastinya ramai anak muda hadir dan berkerumun untuk menemui Perdana Menteri. Ia boleh dilihat dalam program Himpunan Jutaan Belia yang diadakan pada Mei lalu, ratusan ribu belia membanjiri Putrajaya sewaktu program perasmian.
Kehadiran mereka bukan secara paksa atau dibayar, sebaliknya hadir kerana sangat teruja dengan keikhlasan seorang Perdana Menteri menyebabkan mereka gembira disebabkan Najib telah melaksanakan pelbagai program dan insentif untuk anak-anak muda.
Pelbagai pendekatan dilaksanakan oleh Perdana Menteri seperti berhubung secara langsung melalui media sosial seperti facebook, twitter dan blog membuktikan bahawa beliau sentiasa mengikuti perkembangan minda anak muda semasa dan boleh dikatakan Perdana Menteri berjiwa pemikiran anak muda.
Lagi mengukuhkan program, Perdana Menteri tanpa protokol beliau turut menjemput anak-anak muda bersama-samanya minum pagi, makan tengah hari, minum petang, menonton bola dan mengayuh basikal bersamanya. Inilah pendekatan yang sangat mesra rakyat dan ia melambangkan ciri-ciri pemimpin dekat dengan rakyat.
Kita harus akui peranan anak muda sangat penting kepada Malaysia malah ia adalah penentu landskap politik pada PRU akan datang disebabkan 38.8 peratus pengundi berdaftar ialah mereka yang berusia di antara 21 hingga 40 tahun.
Kita harus menjaga kebajikan anak muda serta mendampingi dengan golongan ini memandangkan mereka adalah penggerak penting kepada transformasi negara.
Rakyat memerlukan seorang pemimpin yang jujur dan bersungguh-sungguh untuk membina negara Malaysia daripada kemelut ekonomi negara. Sikap turun padang dan melakukan tinjauan mesra Perdana Menteri bukan sahaja dapat menyelesaikan pelbagai keluhan rakyat sebaliknya ia sebagai satu simbol pemimpin transformasi.
Baru-baru ini, seorang rakan saya yang jarang bangun pagi pada hari minggu sanggup bangun pagi semata-mata ingin berjumpa dengan Perdana Menteri ketika melawat pasar di Bandar Baru Bangi. Saya melihat beliau cukup teruja untuk melihat Perdana Menteri secara lebih dekat.
Wajah ceria Perdana Menteri melayan 50,000 belia di program 1M4U dengan aksi spontan beliau menyanyi dan menari serta bergurau dengan belia adalah sesuatu yang sangat luar biasa. Najib nampak tidak letih dan begitu bersemangat walaupun kita mengetahui beliau mempunyai atur cara yang sangat padat dan meletihkan.
Kehadiran Perdana Menteri di mana-mana sahaja sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Banyak ucapan Perdana Menteri di program bersama rakyat telah mencetuskan pelbagai cerita menggembirakan kepada nelayan, pemandu teksi, pertubuhan belia , mahasiswa, guru, petani, peneroka felda, usahawan muda dan ramai lagi pihak yang mendapat bantuan.
Ucapan Perdana Menteri bukan ucapan kosong tetapi penuh isi dan padat dengan segala manfaat untuk rakyat. Rakyat tidak mahu mendengar ucapan berapi-api tetapi sebenarnya tong kosong yang tiada isi.
Kehadiran Najib yang tidak mahu ada meja khas, kerusi khas, permaidani merah atau pun bunga manggar serta menikmati hidangan tengah hari di tempat biasa adalah seorang pemimpin yang berhemah tinggi dan tidak sombong dan tidak angkuh dengan jawatan tinggi.
Beliau telah membawa kelainan dalam pendekatan beliau dalam memimpin negara dan mendekati golongan anak muda.
Dalam pada itu, golongan belia juga berharap pemimpin lain mencontohi cara Perdana Menteri dalam mendekati rakyat dan berinteraksi tanpa rasa kekok dan janggal.
Perdana Menteri telah mencetuskan aura tarikan tersendiri kepada rakyat Malaysia. Ke mana sahaja beliau hadir dalam program pastinya ia mendapat sambutan ramai. Aura Datuk Seri Najib telah menjadi tarikan yang positif kepada rakyat.
Rakyat berhimpun bersama Perdana Menteri bukanya untuk merosakkan negara sebaliknya bersama Perdana Menteri untuk membangunkan negara Malaysia yang tercinta.
Saya yakin Perdana Menteri pada kali ini berjaya mengubah persepsi rakyat bahawa kita boleh boleh berjumpa Perdana Menteri di program rasmi sahaja yang diserikan dengan banyak protokol.
Pada hari ini kita jangan terkejut apabila sedang minum di kopitiam malah di kedai mamak , seorang pemimpin bernama Najib akan menyapa dan duduk bersembang dengan kita mengenai apa jua topik.
Ataupun kita akan menerima jemputan daripada Perdana Menteri untuk mengajak kita menonton bolasepak perlawanan Manchester United bersama beliau di kediaman Seri Perdana.
Inilah Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai kekuatan sendiri dan sentiasa dikelilingi lautan rakyat yang menantikan kehadiran beliau.

Memerangi kumpulan ajaran sesat di Malaysia

Gambar fail mangsa yang terlibat dalam serangan ke atas Balai Polis IPD Batu Pahat, Johor oleh kumpulan ajaran sesat Jubah Putih dalam tragedi berdarah pada 18 Oktober 1980.
PENYELEWENGAN akidah dan masalah ajaran sesat boleh merencatkan usaha kerajaan dalam membangun ummah dan menyebarkan fahaman Islam di Malaysia. Faktor ini boleh menyebabkan beberapa perubahan negatif terhadap kepercayaan, sikap dan amalan dalam masyarakat umat Islam di negara ini.
Di Malaysia, kajian mendapati bahawa ajaran dan amalan sesat bergerak secara senyap- senyap atau tanpa disedari semasa Islam mula bertapak di negara ini pada abad ke-15 lagi. Ia dipercayai turut dibawa secara imigrasi yang membawa fahaman asal yang ada antaranya ciri-ciri ajaran animisme dan adat yang tidak selaras dengan Islam.
Ajaran sesat yang bergerak cergas di seluruh Malaysia sebelum 1980an bukan sahaja telah mengalami pengurangan bahkan kebanyakan dapat dibanteras oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari semasa ke semasa dengan kerjasama yang berkaitan.
Berdasarkan kajian Jakim, ajaran sesat yang dikategorikan sebagai aktif sehingga Mac 2001 adalah sebanyak 26 kumpulan meliputi pelbagai bentuk amalan seleweng, penggabungan dengan amalan pembomohan, persilatan serta amalan khurafat seperti amalan sihir, penggunaan jin atau hantu. Beberapa daripada kumpulan berkenaan telah difatwa dan diwartakan oleh negeri-negeri sebagai sesat.
Ajaran sesat adalah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam atau didakwa tidak berlawanan dengan ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan itu berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.
Hasil daripada tindakan agresif yang dilakukan oleh agensi-agensi yang terlibat dalam usaha membanteras ajaran sesat ini maka jumlah ajaran sesat tegar di Malaysia akhir- akhir ini dikenalpasti sebanyak tujuh kumpulan. Kumpulan tersebut adalah kumpulan Al- Arqam/Rufaqa'/Global Ikhwan Sdn. Bhd, Pertubuhan Kerabat Raja Sakti-penjenamaan semula dari Ajaran Azhar Wahab (Al-Mansur), Ajaran Ilmu Hakikat, Ajaran Islam Jamaah, Ajaran Qadiani Ahmadiah, Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya dan Ajaran Aurad Ismailiah.
Golongan pengamal ajaran sesat kerap menggunakan beberapa taktik sebagai umpan untuk mendapatkan pengaruh daripada kalangan masyarakat. Di antaranya adalah janji dan jaminan yang boleh merangsang seseorang itu terpengaruh untuk mendapat manfaat duniawi dan ukhrawi.
Sementara itu, cara pergerakan ajaran sesat adalah dengan mendekati mereka yang mempunyai ciri-ciri seperti jahil, mudah terpengaruh dengan kawan, ghairah dengan kerohanian, tertipu, ingin berubat penyakit, kesilapan memahami asas-asas akidah dan disebabkan faktor kekayaan dan mencari pengaruh.
Selain itu, antara faktor penyebab penyelewengan akidah umat Islam di negara ini adalah kerana tersebarnya buku berunsur ajaran sesat atau melalui koleksi khas para guru ajaran sesat berkenaan serta individu yang cuba menonjolkan diri sebagai orang yang arif dalam ilmu-ilmu pengubatan dan agama yang semata-mata bertujuan memperolehi kepentingan diri atau lain-lain kepentingan.
Ada pelbagai ciri amalan yang dilakukan oleh kumpulan ajaran sesat ini di Malaysia dan dikenalpasti oleh pihak berkuasa agama. Antaranya, mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya, bersumpah tidak akan menceritakan ajaran yang diikutinya kepada orang lain, mengaku dirinya atau gurunya sebagai nabi, mengaku dirinya memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah SAW seperti pedang dan sebagainya, mempercayai semua ajaran adalah sama, semua menuju ke syurga, mengakui diri sebagai wali atau mempunyai keramat, mempercayai gurunya boleh memberi syafaat di akhirat, mengakui dirinya atau gurunya sebagai Imam Mahdi, meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk dan lain-lain.
Dalam usaha mengatasi masalah itu, pihak berkuasa agama Islam negeri dan Jakim bekerjasama erat melalui pelbagai program yang bertujuan mengembalikan mereka kepada akidah seperti proses pemulihan akidah, program-program penjelasan akidah dan penerbitan bahan penerbitan.
Selain itu, kerajaan mempunyai strategi dan platform khusus untuk mengenalpasti dan membanteras ajaran sesat ini antaranya melalui Jawatankuasa Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS), proses pewartaan fatwa yang bermula dari penerimaan aduan, kajian, pembentangan melalui Panel Kajian Akidah (PKA) seterusnya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Jakim juga sentiasa memaklumkan perkembangan melalui Majlis Raja-raja dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Jakim turut mewujudkan strategi Rancangan 5 Tahun Membanteras Ajaran Sesat yang dibentuk pada setiap lima tahun bagi membendung perkara ini hingga ke akar umbi.
Secara keseluruhan, saya mendapati dengan wujudnya undang-undang yang disertakan penguatkuasaan diyakini dapat membendung gejala ini. Walaupun pelbagai perancangan dilakukan oleh pihak kerajaan, namun ia tidak akan memberi kesan tanpa kerjasama, bantuan dan kesedaran dari masyarakat bagi mengatasi gejala tersebut dari terus berleluasa.

Jangan salah guna kebebasan

MINGGU lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan langkah berani untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan satu rang undang-undang baru yang dikenali dengan nama Akta Keharmonian Nasional.
Langkah itu termasuk dalam pelan transformasi politik yang sebelum ini menyaksikan pemansuhan undang-undang lapuk seperti Akta Buang Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
Walaupun Akta Keharmonian Nasional masih di peringkat penggubalan, gambaran awal seperti diumumkan oleh Najib adalah ia tidak akan menyekat kebebasan bersuara seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan memastikan daya kreativiti serta sifat inovatif dapat disuburkan.
Bagaimanapun, kebebasan itu bukan bermakna pihak tidak bertanggungjawab boleh menimbulkan perkara-perkara yang bersifat cauvinisme, ekstremis dan isu-isu sensitif yang boleh memecahbelahkan perpaduan nasional.
Dalam erti kata lain, akta baru itu menekankan keseimbangan antara kedua-duanya. Dalam masa sama, ia mempunyai peruntukan yang memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Akta baru itu juga tidak akan menghalang rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pihak mahkamah yang melaksanakan pentadbiran keadilan. Ia berbeza sama sekali dengan Akta Hasutan yang mula diperkenalkan semasa darurat yang dianggap pihak pembangkang sebagai alat pemerintah untuk merencatkan tindakan dan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan.
Ketika menjelaskan lebih lanjut mengenai akta baru itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ia tidak akan menghalang mana-mana pihak membuat kritikan terhadap kerajaan dan pemimpinnya.
"Kerajaan berpendapat kritikan kepada pemerintahan dan pemimpinnya adalah 'legitimate' (sah) dan selaras dengan hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan.
"Kita juga berasa kritikan yang dibuat kepada kerajaan boleh menjadikan perimbangan supaya kerajaan sedar mungkin ada kelemahan mengenai perkara yang dikritik rakyat itu," jelasnya.
Bagaimanapun, katanya, berikutan Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai latar belakang agama, budaya dan adat resam yang berbeza yang mesti dipelihara keharmoniannya, maka akta baru itu tidak akan memberikan kebebasan bersuara yang mutlak.
Sehubungan itu, sekatan-sekatan yang masih dikekalkan adalah tidak boleh menimbulkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja, penghinaan terhadap kaum lain dan tidak boleh mempersoalkan hak dan keistimewaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun ada sekatan-sekatan berkenaan, kita yakin semua rakyat akan bersetuju bahawa Malaysia tidaklah seteruk seperti Singapura dan Mynmar yang langsung tidak membenarkan rakyatnya untuk bersuara.
Dalam pada itu, ketika semua pihak menyambut baik pengumuman Najib, lain pula ceritanya dengan pihak pembangkang yang seperti 'cacing kepanasan' melihat peningkatan sokongan kepada kerajaan berikutan transformasi terbaru itu.
Sehubungan itu, mereka mula mencipta pelbagai dakyah bagi menidakkan usaha itu. Antara yang lantang menentangnya ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang menyifatkan pembaharuan itu membuktikan Najib seorang 'demokrat palsu'.
Label demokrat palsu itu ditimbulkan kerana pembangkang sengaja berprasangka buruk dengan menuduh Akta Hasutan itu akan digantikan dengan akta baru yang menurut mereka akan mempunyai kuasa-kuasa drakonian yang sama.
Cukup aneh! Belumpun akta baru itu siap digubal, pihak pembangkang sudah cepat membuat andaian negatif dan menyerang kerajaan. Sikap mereka jelas sekali tidak dikongsi oleh para ilmuwan dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersikap lebih positif.
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Jeniri Amir misalnya menyifatkan tindakan kerajaan itu bertepatan dengan kematangan pemikiran rakyat masa kini.
Beliau berkata, akta sedia ada memang sudah sampai masanya dimansuhkan kerana tidak sesuai dengan perkembangan politik dan tidak mampu menangani isu perpaduan serta hubungan antara kaum yang kian mencabar.
"Ini transformasi kerajaan yang amat kena pada masanya dengan tuntutan rakyat pada masa kini dan akan datang," katanya.
Beliau berkata, langkah kerajaan itu juga belum terlambat, malah ia tindakan yang responsif dan sesuai dengan slogan 1Malaysia.
Bagi penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain, langkah itu sepatutnya dialu- alukan oleh seluruh rakyat kerana pemerintah negara bersikap semakin terbuka.
"Walaupun tanpa akta baru berkenaan, kerajaan sentiasa memberi ruang kepada rakyat untuk dikritik bagi memperbaiki kelemahan. Saya melihat kerajaan yang ada hari ini sentiasa dikritik rakyat dan tidak pernah menyekat rakyat daripada terus mengkritiknya," katanya.
Mengulas perkara sama, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, perubahan yang dilakukan itu membuktikan kerajaan prihatin terhadap situasi semasa negara.
"Kami percaya segala usaha membawa transformasi ini adalah bukti kerajaan mendahulukan rakyat. Pada masa sama, masyarakat perlu lebih matang dalam menyuarakan pendapat agar keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini dapat terus dijaga," katanya.
Perbezaan pandangan antara pihak pembangkang dengan penganalisis politik dan pemimpin NGO tersebut sebenarnya sudah dijangka. Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan menerusi akta baru itu sudah pasti akan disalahgunakan pihak pembangkang dan penyokong mereka untuk mengkritik kerajaan dengan pelbagai dakyah palsu.
Jika sebelum ini, mereka 'bersembunyi- sembunyi' mengkritik kerana takut dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan, selepas ini mereka sudah pasti akan bersuara lebih lantang.
Dalam menghadapi sikap lebih lantang pembangkang itu, semua rakyat seharusnya sedar bahawa kritikan yang tidak berlandaskan kepada fakta hanya akan merosakkan negara.
Janganlah kita menyelar kerajaan kerana perbezaan fahaman politik sehingga yang hitam pun dikatakan putih. Segala teguran yang dibuat seharusnya bersifat membina bagi mewujudkan negara Malaysia yang lebih baik.